Friday, June 28, 2013

Tepu.

bismIllah...


Oh dear blog. Lama tak update rasanya.

Rindu betul nak menulis di sini... This blog is really my escape. Tempat aku lari sebentar untuk rekodkan detik2 yang aku rasa perlu ditulis. hehe...

Alhamdulillah... minggu gaji ni aku sangat sibuk. Syukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi.

Sebenarnya, bulan Jun ni memang bulan yang sibuk jugak bagi aku. Sebab aku ade buat banyak pre-order la, kutu la.. ape la... Kalau dulu malam banyak masa free, now... malam aku lebih senang tido je. Kul 1 dah tido. Kalau dulu, kadang-kadang 3,4 pagi baru tido. Ape aku buat pun tak tau la...

Alhamdulillah... proses pembelian rumah kedua dah hampir nak settle. Sabtu ni nak pergi sign agreement. And start bulan July gaji suami dah kena potong untuk bayaran rumah insya Allah.

Banyak sangat nak pakai duit. Masa hubby called last few days telling me about the amount of money to be paid, rasa nak luruh jantung. Ada lagi RM6k for lawyer fees and another RM5k untuk previous house owner yang kitorang masih hutang (sebab loan yang kitorang apply tu tak dapat byk... since hubby pun dah banyak komitment... so kitorang kena topup duit sendiri... and ade yang masih hutang lagi ekekeke..).

Pengsan. Fuh... Nasib baik la duit lawyer leh bayar half dulu. huhuhu...

Dugaan banyak betul minggu ni. Dengan barang aku order dari oversea masih sangkut, dengan order stroller ada delay dari ETA. bla bla bla... Dah naik tepu kepala otak aku.

Stress kerja ni dah macam masa aku blaja engineering dulu je. Macam masa ade test  Thermo, Dynamics and Strength bertubi2. Oh and Fluids jugak. Tapi masa blaja dulu aku leh la abaikan. paling teruk fail and repeat je wakakaka... tapi kerja aku ni? it will affect people.. my customers... ape-ape hal aku kena hadapi jugak. Ya Allah... bagi la aku kekuatan dan semangat.

I love my job by the way.

Anyway, semalam ade orang contact untuk sewa bilik. Sebelum ni memang aku reject jer... gitau dah tak sewakan bilik dah. Tapi since memikirkan laki aku balik Perak lambat lagi (tak abis2 delay), I think it's better to have housemates. Aku tak sunyi, duit pun ada la dapat untuk topup itu ini. Hopefully things work out well. Aku suka sebab diorang dah cakap diorang takkan masak. =)

2nd house tu tak tau bila nak dapat kunci nyer.. tapi most probably soon. Lepas sign agreement kot. Tu pun nak kena furnishkan bla bla bla... since hubby nak sewakan fully furnish. Duit lagi. ermmm...

Aaaaa... entry kali ni catatan tentang duit je ke? huhu...

Bilalah boleh 'free from financial worry'.

What I really really need right now is a damn holiday.

Just 2 days away from everything will be great. No laptop or iPad. Oh, phone kena la ada. hehe... tapi switch off data plan? :P boleh ke...... 

Tapi susahnye bila kahwin dengan askar ni. Cuti tak menentu. Selalunya, cuti pun macam tak cuti jer. Hubby pernah je cuti seminggu, tapi dalam seminggu tu 3 hari masuk base cos ade 'kerja'. Sabar jela.

Memang macam tu. Takleh nak buat apa... pengorbanan isteri askar. Huhuhuhu...

Okla... better stop kot? Dah nak pukul 2 pagi. Razin dah tido since pukul 10 lebih tadi. Awal pulak malam ni... maybe sebab petang tadi aku tak bagi dia tido lama-lama kot? He slept in the car masa on the way nak pergi Airpak, then Poslaju. Masa kat Poslaju aku dukung dalam Stork and he continued sleeping while aku beratur untuk pos barang. Masuk kete semula pun tido balik. Then pergi kedai Pak Bakar tapau nasi ayam and mee rebus, baru la dia jaga and tak tido dah.

We went to Teluk Batik today. Saje je aku bawak Razin berjalan tengok laut. Dia asyik main iPad jer kejenya. Sangat not healthy.


Selesai pos barang and beli makanan, balik rumah untuk makan.




Then out to Teluk Batik!


Razin takut air laut. Or takut ombak? Aku tak tau mana satu... Takut betul dia bila melihat air naik ke pantai selepas ombak memukul pantai (eceh ayat). Menjerit-jerit bila kaki dia kena air. Asyik tarik tangan aku suruh naik... and kept saying, "takut... takut..."

Ape la Razin.

Klah... nak tidur.

Good night and assalamualaikum!


Written By Ryehana\
alhamdulIllah...

2 comments:

PakMail said...

Puan Ryehanna,

Samalah dengan saya. Pukul 2.00 pg pun belum dapat tidur....

Selamat berjaya dalam apa jua yang diusahakan....

Ryehanna said...

Salam pak mail...

hehe.. jadi burung hantu mlm2 ni yer...

thanks for the best wishes! :)