Sunday, September 9, 2012

Of cakes, survey-survey, 2nd house and Manjung

bismIllah...


Penatnye arini...

Walaupun Sabtu, tapi pagi tadi hubby pergi ofis settlekan kerja. Tengah hari baru balik. Aku lak since bangun kul 4.30 pagi update blog, membuta je kerjanya sampaikan van poslaju datang pun tak sedar. Tau-tau ade notis suruh amik kat Poslaju Pasir Gudang. Tak tau barang ape...

Malas nak masak lunch, plus masih mengidam nak makan kek. Tekak aku nak kek jer... So pas Zohor encik suami bawak pergi Giant Plentong makan kek Secret Recipe. Aku memang betul-betul makan kek je... Order kek 2 potong. Satu Black Forest Cheese, satu lagi Choc Indulgence.

Tapi aku makan Black Forest Cheese dahulu... maka, aku tak larat nak abiskan another slice of Choc Indulgence. Tamak lagi... ish ish ish. Nasib baik hubby abiskan... and Razin too. :)

 Orang sakit tekak minum air panas jela...

See that piece of cake? Tak larat nak abis. huh


Order kek je semata-mata. Razin makan fish and chips, hubby makan grilled chicken amenda tah.

Aku bedal makanan Razin gak hehe...


Lepas tu kitorang ke Danga Bay untuk jenjalan and survey pakej untuk ke USS. Pakej untuk tiket bas pergi balik + tiket masuk USS for adult is RM210. Children berapa ringgit tah.. lupe dah aku cos Razin tu free jer hehe (Free for children less than 2 years old). Tak book pun lagi cos Nan and Nini tak confirm lagi time tu... Tapi now they all dah confirm. So leh la book next week (call je).

Cuti Hari Malaysia nanti akan balik Perak lagi. Hubby ade kerja kat Lumut and kebetulan ade orang nak sewa bilik and nak tengok rumah. Well, elok sangat la cos one of our tenant yang cikgu di Pangkor tu dah dapat tukar ke tempat lain. Report 1st Oct. So, by hujung bulan ni ada 1 kosong. 3 orang cikgu-cikgu praktikal dari UPSI yang menyewa bilik lagi satu pun bakal keluar hujung bulan Oct. So yes, I need new tenants. Sesape yang nak menyewa bilik do 'CONTACT ME' ya. :)

Oh ya... cakap tentang rumah. Belum settle lagi hal nak beli rumah kedua. Rumah kedua ni umah 2nd hand kat Manjung. Tapi yang buat kami suka and berkenan sangat ialah kerana ianya rumah Semi-D! Kitorang memang nak sangat rumah ada tanah (umah sekarang takde tanah, semua bersimen) cos konon-konon leh la bertanam ape-ape (HAHAHAHA).

The house is currently rented.


Actually belum settle ape pun lagi... baru sign agreement untuk 'chop' rumah tu je... Loan bank belum settle, baru survey-survey bank mana yang interest rendah. Ejen suruh amik ngan Public Bank cos low interest katanya, masalahnye bank tak call-call pun. Yang call hanya Affinbank, tapi interest dia cam tinggi la plak... Tu yang kitorang masih dalam dilema. However, hubby macam lebih berat nak amik ngan Affinbank so that potongan loan tolak dari gaji je nanti (gaji askar masuk melalui Affinbank).

Cepatlah settle bab loan. Sebab once settled, nak terus cat, and lengkapkan rumah ni dengan perabot so that leh sewa dengan harga potongan loan tiap-tiap bulan tu. hehe... Semoga dipermudahkan, insya Allah. Kena cepat bertindak cos hubby akan kekeringan gaji membayar banyak hutang. wakakaka... dengan rumah 2 bijik, kereta (nasib baik kereta sebijik je) and loan untuk aku berbizz (yup, he helps)... masakkkkk la wehhhh! =P

Agak leceh bila kena buat loan bank... tapi nak wat camne, loan gomen dah guna untuk 1st house. uhuhu...

Takpelah... bersusah-susah dahulu... sebabnya, kami meramalkan bahawa harga tanah/rumah akan makin naik since sekarang ni pun tengah pesat membangun. Rumah kat Manjung sekarang lebih mahal dari Ipoh.

Actually, tenants aku sebelum ni ramai dari Ipoh. Aku pada mulanya pelik kenapa jauhnya datang from Ipoh untuk bekerja? Tapi dah rezeki di Manjung, nak buat guano kan... Maka, memang melonjak-lonjak la harga rumah kat Manjung ni.

***Antara sebab lain harga rumah di Manjung mahal ialah... mahal-mahal pun orang beli jugak! Plus, kat sini kan markas tentera laut yang paling besar, bandar maritim lah katakan.. so memang ramai navy.. navy kan kerja gomen, so leh buat loan gomen untuk rumah. So.... that's why la harga rumah sini mahal sangat. In fact, rumah yang kitorang nak beli ni pun milik navy gak. Tapi sebab dah berhijrah kat KL, diorang nak jual je rumah tu...

Sekarang AEON Manjung, Hospital Pantai and Hospital Columbia Asia dalam pembinaan. Yang Columbia Asia tu kat Sitiawan, area tempat pembuangan sampah tu. Wakakaka... heran sungguh aku napela bina kat situ cos bau sampah busuk gile ok. Lagi sakit la orang yang dok situ nanti. ekekeke.. tapi kalau akan ade perubahan memang bagus sesangat la cos tempat pembuangan sampah kat Sitiawan tu memang tak strategik langsung. Tepi jalan besar! Bau tak usah cakapla kan... 

Ni gambar Aeon Manjung yang dalam pembinaan... diambil dari entry blog INI.



 AEON Manjung ni dibina dekat-dekat je ngan Hospital Pantai (yang also under construction)
Kat area Giant Manjung tu...





K lah... that's all for now. Ngantok le plak... (mana tak ngantuk, kul 3.15 am dah!)

Aku tengah bengang cos kabel BB aku hilang mana tah. Nak transfer gambo ke lappy pun takleh. Ni aku amik gambar dari twitter... mana yang aku sempat upload. Sedih betol.

Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: