Thursday, November 6, 2014

Razin ke taska.

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 Razin ke taska. Aku nak berblogging sejak 1st day dia ke taska aritu (Isnin lepas, 3hb November 2014) tapi biaselah, perasan sibuk dan tiada masa nak menaip.

1st day, nangis.

2nd day, nangis dari rumah lagi. Sepanjang dalam kereta dia dok tersedu-sedu kat belakang. Bila sampai taska, he squirmed and screamed. Not wanting to be left there.

Sedih hati aku. Menangis jugak aku dibuatnya time drive berlalu dari situ. Hati sapa tak sedih... dia berkejar ke pagar and gapai-gapai tangan suruh aku amik.

Dok terfikir juga, betulke ape aku buat ni? Tinggal anak kat orang? Raul pun sama.... tapi yelah Raul kecik lagi mana tahu ape.. memang tak nangis ape pun.

Yang si Razin ni ha... sedih bebenor kena tinggal.

Then Hanis reminded me, "Biase lah razin.. dia kan mana pernah berenggang lama2... hari2... asyik berkepit dengan mak je. Mak pergi mana dia ikut. So dia tak puas hati kena tinggal la tu"

And Mamito also added, "Kalau dia tak ke taska, dia ikut ke kedai, ape dia dapat? ade ke kamu mengajor dia? idak kan... sibuk mengadap laptop. bior jela dia ke taska, bagi bergaul dengan budak lain. ni nak kawan pun tak reti"

Betul la tu kan...

It's not like I teach my him at home pun. Memang lebih bagus dia ke taska dari dok melepak tengok tv, main ipad or sepahkan kedai huhuhu....


Ni kalau Razin tidur kat kedai. Tak ke sedih rupanya??



Sebenarnya kat kedai memang ade sofa bed and selesa nak duduk, tapi area belakang la. Razin penakut sikit nak tido area belakang tu sesorang. huhu...

Takpelah, setelah ditimbang-timbang, lebih elok dia ke taska je dari ke kedai ikut aku. Dah besar dah Razin... bole dah kot lepas bersekolah awal...

Honestly aku tak tau la betul ke tak cara aku ni. Yela, pergi sekolah seawal umur 4 tahun macam sangat2 awal bagi aku yang ke tadika umur 6 tahun! hehehehe... tapi zaman berubah kan... aku pun takde pilihan lain yang lebih baik.


Ni masa 2nd day aritu. Masa ni dah moody dah sejak dari rumah.
Tengok la muka tu macam nak nangis... (adik debik tak sakit pun... dia tampa2 manja je hehehe)






Raul and Razin happily bergolek2 atas katil lepas bangun tidur. 
Memang la bahagia je Razin takde ke sekolah ke ape hari-hari... 
So agaknya dia macam terkejut apsal hari2 kena pergi sekolah and MAK TINGGAL dia kat situ lelama kot?



hai la anak-anak... nak wat camne kan... Mak korang ada kerja juga.
Raul pun sekarang mak hantar ke babysitter. Razin lak pergi sekolah (taska)

Semoga Allah lindungi anak-anak Mak... insya Allah.


Written By Ryehana
alhamdulillah...

3 comments:

amal said...

4 tahun dah ok dah htr pegi taska ana. at least dia leh main2 ngn kawan sebaya. insyaallah lama2 okla tu. mak jangan sedih2 ye :)

Ryehanna said...

hehehe... mak dia mmg emo lbh ckit. nk pg mana2 pn mls cos razin takde teman. rasa kehilangan jugak T_T

err razin thn dpn br 4 thn. now dia msk awal cos xde sape nk tgkkan

mama darwisy said...

Mama mana tak emo. Fa adam tahun dpn nk hantar gak, umo 5 tahun. Sbb duk rumah tgk tv n main tab. G la duk beberapa jam belajar gak something. Mama duk umah pon xngajar, bz dgn biz d rumah. Huhu. Doa yg baik2 insyaAllah baiklah. Mmula tue je ana. Fa pon risau gak nnt nie. Hihi

Cara hilangkan alahan mengandung