Sunday, April 17, 2016

Undergarments

bismillahirrahmanirrahim...



Masih lagi cerita tentang #ananakkurus2016 tapi kali ni bab shopping!

Ok... ape yang aku beli? Pakaian sukan ler... hehehe. If this blog has male readers (which i doubt) sila pergi main jauh-jauh. Ni hal orang pompuan :p


Ok, seperti yang dah ditulis di blog, aku work out di gym kan... Mulanya aku ingat work out kat gym ni tak yah la beria nak baju sukan sangat. Pakai t-shirt and seluar track dah settle.

Rupanya tak. Well, at least kalau bebetul nak selesa, Kak Yantee suggest aku beli proper attire for working out.


First and foremost, pakaian dalam yang paling penting iaitu sport bra. Haha

Aku selambe je pakai nursing bra (biase la mak-mak) masa mula-mula ke gym cos I don't have any sport bras.. Not ever, Memang tak pernah beli langsung (eh jap.... ade yang macam Genie bra tu je tapi tu BUKAN sport bras yang elok)

A good sport bra ialah bra yang bila pakai memang hold you close, tight, no bouncing and very very supportive.

No wonder la I hate running or even jogging before ni. Memang sakit dada kot if pakai bra biase... Bouncing kan... errr... pastu siap wonder camne org pmpuan lain boleh berlari. errr... normal bras memang tak sesuai langsung (unless u have small boobs)

Ni la bagusnya bila ada trainer pompuan. Bole la berkongsi-kongsi cerita bab baju dalam ni KAHKAH... kalau trainer lelaki, tak ke malu??? =P


Anyway, Kak Yantee suggest aku beli sport bras & baju yang mudah kering and BUKAN dari kain cotton. Pakai t-shirt yang kain macam jersey bola tu. Amik yang kualiti bagus la.

Baju & seluar aku beli kat department stores je. For sport bras kitorang usya-usya kat Al-ikhsan tapi tak beli sebab takde size. Hai biasa lah orang gemok cam aku ni mana nak dapat size biasa kan.. tak confident pun sama cos takut salah size udah problem...


Aku akhirnya beli kat Zalora.

Yang bestnya Zalora ni ialah korang boleh RETURN semula item tu if tak muat or memang korang tak suka/tak jadi beli. Yelah, tengok online lawa, sampai depan mata cam tak lawa pulak. So leh pulangkan balik. No problemo. TETAPI kena pulangkan dgn condition yang cun melecun/tak pakai lah. Aku dah 3x return barang. Kasut, baju, seluar... Hehehe





Mmmm banyak jugak aku membeli kat Zalora ni yer...



Ok this is the first sport bra I bought.

Sila beli yang ada padding. 
(trust me, u don't want benda yg tak sepatutnya tersembul kan.. kahkahkah)
Medium support is good enough for me.

I totally love it! Nasibaik muat.. XL paling besar kot. 
Tak muat kena bagi jugak muat wakakaka


My review? 
Recommended.
Tak tau pakai size ape? 
sila usya kat kedai-kedai fizikal size dia and bajet-bajet sendiri le.
Pastu order je online. Tak muat leh pulang balik
Kalau ada kedai accept returns lagi la bagus.


What else did I buy from Zalora yang berkaitan sports?


Sama macam model atas. Beza warna je...



Training tank size L. 
Jenuh jugak survey cos aku cari yang ada padding + supportive.

Gamble je beli size L cos size XL takde.
Muat lah pulak. Nasib baik!
Jenis camni best cos cover sampai perut.
Perut gemok or buncit tu takdelah bouncing bila running

Ermm well I didn't even run though... Fast pace atas treadmill je. But I love these!

Very recommended!




2nd training tank yang sama brand Nike tapi warna merah.

Yang Yoga Long Bratop tu brand Reebok aku return semula cos besar.
Size L juga tapi Reebok ni memang cutting besar kot. huhu...


Next, ade jugak beli Nike Air Max 90 shoes from Zalora. 
Huhu aku memang minat brand Nike. Brand lain takde pun beli :p


For me at first, the price for a good sport bras was ridiculously pricey.
Kejadahnya sampai RM100 lebih? Ada yang RM200 lebih. Seketul benda yang kecik je kot. 
Untuk orang yang tak pernah beli lingerie/branded bras mahal memang aku rasa ridiculous la at first.

Beli time ade vouchers/discount coupons la yer...

Tapi percayalah, lepas beli and pakai, memang berbaloi. Rasa nak pakai for everyday use. 

I would if I didn't breastfeed my baby. 

Sebab ape, it's very tight (supposedly so) and susah nak tarik ke bawah - ahh u know, for bf moms mesti paham, it's kinda hard to pull down. Bole tu bole, tapi risau rosak plak getah dia huhu

Do not buy sport bras biasa-biasa yang murah-murah yang ala Genie Bras tu. Just don't.
Memang murah and rupa pun dah macam sport bras dah, tapi the feel is not the same!
Beli la dari well know brand macam Nike, Adidas, Under armour etc...
Trust me, especially if u're around my size
(160cm tinggi and berat awal dulu 85kg)

Try satu. Tak suke leh pulang balik.

But sport bra ni nak pakai memang seksa sikit eh. cam nak mampuih nak tarik bagi elok terletak cos it seems so small/tight. HAHA

No worries k, memang macam tu.

Aku ni siap suruh laki aku tolong tarikkan bahagian belakang cos selalu tergulung and tangan tak sampai nak tarik. Kahkahkah


Sekian...

Tak sangka siap jugak entry tentang review sport bras. LOL



Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: