Tuesday, October 11, 2016

Haus

bismillahirrahmanirrahim...



Baru lepas lunch kat Aeon Manjung, heading back to my shop with Razin in the car.

Then suddenly he said, "Mak, Ajin haus... Haus la... Haus..." while eyeing the air-conditioners inside the car. (sebab aku pesan before this untuk slowkan rear aircond. Dia sorang je pun yang kat belakang)

Eh, bila masa pulak Razin pandai guna perkataan haus ni?

"Ajin haus?"

"Ye Mak. Ajin haus la. Buka la aircond kuat eh"

Aikkk. Mintak aircond, bukan air.

"Ajin tau tak haus tu ape?"

"Haus tu panas la Mak"

Hahaha... gelak dalam hati.

"Bukan la Ajin. Haus tu maksudnya dahaga. Nak minum air. Bukan panas."

"Haus tu panas. Sebab tu Ajin cakap Ajin haus"


"Bukan... Haus tu maksudnya dahaga. Mana Ajin dengar orang cakap haus ni? Teacher ke? Ke kawan-kawan?"

"Ajin la cakap"

"Mmm ok tapi Ajin salah faham. Haus means thirsty. Not hot. Ok?"
Senyap.

Aku sambung lagi, "Kalau Ajin duduk tengah panas, memang la panas kan? Bila panas, Ajin haus. Rasa nak minum air, betul tak? Tapi haus bukan maksud panas. Haus maksudnya dahaga, nak air"


"Okay Ajin panas. Ajin kuatkan aircond ye Mak"

"Haa kuatkan la..."



Settle satu entry. LOL

Written By Ryehana
alhamdulillah...

1 comments:

Anonymous said...

Penerangan yang sempurna dan mudah untuk difahami oleh kanak - kanak. Awak seorang ibu yang baik dan penyayang.