Wednesday, October 19, 2016

Of Razin botak and my fitness updates

bismillahirrahmanirrahim...



Just a quick update cos aku tengah free sikittttt pagi ni cos takde gym today.

Kepala bertobek cos main gunting kat kedai. Mak tak perasan cos busy ngadap komputer... ni pun Pak Ucu perasan. >_<




Blah dari kedai terus pergi gunting rambut. Tak pasal-pasal dah botak.




Nasib baik botak pun hensem yer Ajin. haha






Next, nak update tentang my fitness routine.

Okey, seperti yang aku pernah update kat blog ni. Aku start pergi gym pada bulan Feb aritu. Sampai la bulan puasa aku terus stop. Dah tak bayar trainer cos puasa, then raya.

Bulan Feb - berat dalam 85-84kg

Bulan July (raya Julai kan?) - berat aku 75kg.

Pastu Ogos takde upah trainer. Aku naik cross trainer kat rumah je KALAU RAJIN.

Then pikir-pikir balik, aih takleh jadi ni. Masih overweight (tak obese dah ok) and belum capai target (target sebenar 65kg tapi actually asalkan under 70kg, aku ok dah).

So start September. aku upah trainer again.

Fyi, sebenar-benarnya boleh je tak upah trainer TAPI!!

1. Keazaman kena kuat
2. Rajin tengok youtube and study teknik-teknik yang betul untuk weight training
3. RAJIN WORKOUT

Oleh kerana aku ni pemalas and memang kena ada pompom girl, takpe, kita melabur sikit la untuk sihat kan... secara tak langsung dapat juga bagi trainer aku pendapatan cos memang dia full time train orang.

So yeah, since dah start last month, berat aku masih maintain 75kg wakakakaka...

TAPI, aku tak kisah sangat cos aku sendiri boleh nampak perbezaan pada badan. My body is more toned and light. And I am stronger. Kalau dulu aku tak larat nak angkat berat 13kg ish, now rileks macam tak mende. See?

Aku tak kejar sangat la nak 65 kg cos now pun dah ok jer... still chubby gitu-gitu and perut buncit argh hahahaha


Work out semalam. Semalam main bicep and back.
Ni gambar weight pada lat pulldown machine seperti di bawah ni.




So pada berat 13.5 kg aku angkat sebanyak 30 kali, diikuti makin berat 18kg 25 kali and last yang paling berat 22.5kg sebanyak 15 kali.

Sekali buat dikira 1 set.

Haa kalau dgn Kak Yanti kena buat sampai 4 sets. 

Memang tak larat especially yang 22.5 kg tu tapi dia support la bila dh tak larat sangat.

That's why aku suka ada trainer. Dapat push diri sendiri dengan dorongan dia.


Aku ingat lagi, masa mula-mula pergi gym nak angkat 13.5kg tu pun cam nak haup nak abiskan 3 sets. Sekarang angkat 30x takde rasa mende pun. Yeay Mak kuat! XD





Ni kalau main kaki... if main kaki, satu hari tu memang just work out kaki jela or orang panggil 'Leg day' cos ko tak larat dah nak buat benda lain.

Leg workout sangat-sangat bagus untuk slimkan kaki gemuk. Tapi standardla if lepas tu kaki tu macam jelly or jalan mengengkang and tak larat gilaaaa. That means it works lah.

Leg day aku adalah pada hari Khamis & Jumaat cos ada weekend untuk recover hehehe...
Kalau buat awal minggu takut tak larat nak pergi gym dah pastu.



Beria kan? Beli gloves bagai hahaha... poyo jer.
Beli cos nak bergayut la konon-konon, tapi gloves ni tak best sangat cos murah. Still sakit tangan. Nak yang best kena beli glove harga seratus lebih tu.. nak buat deadlift pun best.

Sebut tentang deadlift, start last week Kak Yanti dah masukkan deadlift tu dalam benda yang aku kena buat at least twice a week? i dont know.

Fyi, Kak Yanti ni ratu deadlift. Dia memang gile angkat berat... =D

Badan kecik je tapi kuat oo.. dia tengah nak influence aku la ni hahaha...

Gambo deadlift takde tapi video ada hehe

video


Bole lah for newbies...

First aku angkat 10 kg, 5/5
Then angkat 20 kg, 10/10

Tu last week yang aku tak larat gile.

Semalam aku tak angkat dah 10kg, but angkat 20kg & 25kg.

Haaa amekau.

Boleh je sebenarnya. 


Helpful link:


K lah, gotta go sambung kerja. Bye






Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: