Friday, July 3, 2015

36 weeks!

bismillahirrahmanirrahim....




Woohoo dah 36 weeks dah kome... Kalau macam Razin, keluar 38 weeks, lagi 2 weeks je nak beranak! Adoii cuaknye... time Raya plak tu. huahua


Alhamdulillah.. pagi ni dah settle tulis consignment note Poslaju and Airpak yang customers dah bayar petang semalam.

Dan juga dah follow up kes barang customer yang dipos guna KTMD tak sampai-sampai lagi.

Settle kejap leh la update blog. Rindu nak menaip kat blog ni. =D


Banyak benda aku tak sempat jot down kat blog ni.

Aku dah ada babysitter baru sejak 1st Ramadhan aritu. Yang bestnye babysitter ni duduk taman yang sama dengan ex-babysitter Raul last April hehe... So senang la. Tak jauh dari kedai, tak jauh dari taska Razin. Lepas hantar Razin, terus hantar Raul and aku plak terus ke kedai.

Alhamdulillah so far ok... Babysitter tu pun muda lagi... 23 tahun, baru kahwin last year tapi belum ade rezeki baby lagi. Husband tak bagi kerja, so dia bosan and sudi nak mengasuh Raul. Okla.. jaga Raul sorang je. Rezeki Raul.

Cuma yela rumah takde budak kecik, so kena la prepare tilam, bantal and mainan kat Raul hehehe... Alah no hal la. Cumanya nanti aku beranak mesti stop kejap... and since nak raya rasanya akan sambung balik hantar babysitter by August.

Razin plak makin bijak. Alhamdulillah walaupun aku ni takdela beria sangat mengajar dia membaca ke hape, tapi nampaknye ok la pergi Little Caliphs tu. Macam dah leh bace and kenal huruf sikit-sikit (ni pun consider slow gak cos target LC budak leh membaca by 4 years old). Tu pun Mak malas ngajar. Kalau Mak rajin mesti Razin pun lagi cepat dapat. Huhu... forgive me Razin... Nak wat camne Mak kamu ni busy, pehtu mengandung pulak... asyik tak larat je...

But then, aku sendiri pun takdela nak tekankan sangat bab pandai baca by 4 ni. Rileks la. Baru 4 tahun kot. Main puas-puas dulu...

Razin still nangis setiap kali hantar pergi taska. Kadang-kadang ok, tapi sejak cuti sekolah 2 minggu tu, hari2 ngobak bila hantar. Ngada-ngada. Dia takdela menjerit beria, tapi menitis2 air mata tahan sedih. Sabo jela aku budak ni. Padahalnye dah masuk taska and jumpa kawan-kawan, elok je.... heh.

More notes on Razin; dia still belum diaperless. YA! At 4 years old masih belum berjaya fully diaperless.

Bapak dia dah penat ngajor (and cuci!)... aku pun dah penat... kadang-kadang ok la, dia bagitau dia nak kencing, nak berak... tapi MOST of the time dia diam je. Sedar-sedar dah basah. Dah berapa kali ek keluar, dia kencing tak bagitau... abis basah seluar. Paling takle blah masa kuar pergi bazar Ramadhan, tengok2 abis basah lepas kuar kete. Terpaksa le aku pegi beli seluar jap kat Giant (nasibaik pegi pasar malam Giant) untuk ganti seluar dah basah kena kencing.

Banyak gak insiden kat luar yang dia tak pakai diapers and dia tengah terkucil....

So... still memang dia tak pakai diapers, tapi bila pergi taska, tak berani le pulak kalau tak pakaikan diapers. Kang tak pasal teachers kat taska bengkek nak kena basuh kencing bersepah. Nasib baik bab poop dia ok la leh gitau. Tapi nak pee tu masalah... sedar-sedar dah basah. Nak kena remind suruh kencing tapi kadang-kadang mak pak pun lupe. T_T

Nayaaaaa...camne nak consistent tah. Ahh lantak. Ni keroje ayah. Semoga Ayah cepat settlekan. Tahun depan dah 5 tahun oi...

Aku tak ingat kitorang dulu camne...

Masa kecik-kecik memang takdela pampers bagai ni. Pakai lampin kain. Tapi Mamito cakap, once kitorang dah boleh bercakap, takde dah pakai lampin. Kencing malam tu standard le.. sampai dah masuk sekolah rendah pun kencing malam jugak (HAHA). Tapi umur 4,5 tahun memang takde dah pakai lampin. Haihhh susah jugak ye nak train budak ni.

I know the key is consistency. Tapi susah cos orang yang nak train pun tak consistent. Kejap2 pakaikan diapers, kejap2 idak. Hmmmm... wait and see jelah camne jadinya.


Ok settle updates hal Razin.


Preparation untuk beranak?

Aku plan nak berpantang kat rumah je kali ni.

Last weekend kitorang settle tukar ofis aku kat bawah jadi bilik tidur.


Meja tulis dah dipindahkan ke kedai.

Penambahan: new queen bed & aircond. 

Oh and bilik air kat bawah jugak baru install water heater. Sebelum ni dalam rumah aku ada heater kat master bedroom je. Kat tingkat atas. Koser le kan time pantang nak turun naik tangga... which is why bilik bawah ni finally dilengkapi dengan katil + aircond. Sebelum ni takde bajet and keperluan. =P

Okla, senang kalau ade guests. Macam mak aku or Mak Yang, mana larat deme nak naik tangga ke bilik atas huhu...


So now, the waiting games.

Tunggu jelah bila nak beranaknye.

My next check up is next week.



Insya Allah kalau takde ape-ape, dapat bersalin normal di Sejati ni.

Yeah it's a clinic. Ramai ingat aku nak beranak kat Hosp Pantai Manjung hehehe...idok le... beranak kat tempat dah biase check up jela.

Tunggu next pregnancy pulak nak beranak tempat lain ke... huhu

Hospital bag and other stuff belum ready lagi. Next week la kot.

And in the next blog post insya Allah.


Till then.


Assalamualaikum.
Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: