Tuesday, May 20, 2014

My second child

bismIllah...


Alhamdulillah... Dah selamat melahirkan anak kedua melalui pembedahan. Another boy =)


12hb Mei tu bukan kena operate rupanya... tapi jumpa doktor bius je. But still kena warded cos doktor busy gila... silalah standby je kat wad bila doc panggil. Maka, hari Isnin tu semata-mata jumpa doktor bius.
The doctor told me to start fasting by 2am hari Rabu cos waktu operation adalah lepas pukul 10 pagi.
Abis jumpa, aku balik rumah (walaupun sebenarnya takleh balik).

13hb Mei:
- Masuk ward semula dalam pukul 3 petang. Malam dah kena start puasa untuk operation the next day. Melantak dulu puas-puas. hehe...


Bilik 7-8
Katil no. 7
Ni bilik untuk pegawai/bini pegawai.
Kalau pangkat komander ke atas ade bilik lebih special (bilik no. 6 kalau tak silap)
Dapat bilik ni pun dah alhamdulillah.

Selesa je cos bilik ada aircond and sebelah katil kosong. Suke hati nak buat ape pun...
Sejak hari Jumaat lepas memang aku duduk bilik ni jer bila warded (walaupun kejap and tak kena bermalam)..



Start pukul 11 malam hari Selasa tu dah kena cucuk macam ni. Takleh tido cos sakit tangan :(
(First time kena macam ni huhu)


Esok pagi kena pindah ke bilik yang ada 4 katil. Bilik ni bertentang kaunter. Motif adalah untuk senang monitor cos nak kena operate kan... 

Sebelah katilku ade sorang mommy bakal dibedah cos baby songsang juga. Actually she was the 1st patient masuk OT. Aku patient kedua.



Gambar ini disnap semasa doktor tengah buat round. 
Yang uniform hijau dari kiri: Dr Sharifah (doktor ni la yang operate diriku), Dr Ilyana and lagi sorang tu nurse.

Smart je doktor pakai uniform tentera hehehe...


Start dari pagi Rabu tu dah mula cuak.
Bila turn aku sampai (dalam pukul 1 petang), kena strip and pakai scrub sahaja. Then dimasukkan catheter (salur kencing). Giler tak selesa! Other mommies kat FB bagitau yang catheter tu dimasukkan lepas kena bius... so tak rasa ape. huhu... tapi malang nasibku kena time sedar. Erghhh... 

Proses ni berlaku time waktu melawat. Memang la ade tirai penghalang tapi ade jugak mak pesakit sibuk nak ngintai-ngintai nurse prepare aku. Geram betul. Tak selesa betul dok bilik ni. FYI, kat HAT ni boleh sesuka hati je nak datang melawat pukul berapa... ade time yang nurse halau gak pelawat tapi takdela strict sangat. And budak-budak pun leh naik ke wad, takde masalah. Tak macam hospital lain yang tak bagi budak naik melawat. Tapi kalau budak-budak hyper and bising memang ko sakit hati gak laaaa... mengganggu ketenteraman. huahua...
Anywayyy...Bilik Bedah di HAT ni di tingkat 1 (Wad Bersalin iaitu tempat aku stay adalah di tingkat 2). Masuk je OT aku dah terkejut cos ade seorang doktor (doktor la kot) lelaki. Alahai... dari awal sume pompuan je... tetiba ade lelaki plak dah. Memang la beranak operate takde kena seluk-seluk miss v ke hape, tapi malu le jugak cos dalam OT time nak kena cucuk bius tu belakang memang bare... time nak kena cucuk tu aku duduk tak betul kot, 3x cucuk baru ok. Hadoii sabo jelah.

Lepas tu kerjanya baring jela sambil tunggu doktor settle membedah.

Alhamdulillah baby selamat dikeluarkan pada pukul 2.17 pm, 14hb Mei 2014. Mulanya cuak juga cos tak dengar baby nangis (kalau masa Razin dulu, time keluar je dah uwaaa uwaaa). Then terdengar dia batuk. A few minutes lepas tu baru nangis. Fuhh lega =)

Baby was taken away to be cleaned up. Then dibawa masuk semula dan diletak di dadaku. Masa ni baby memang wide awake and nak menyusu... mencari-cari nak menyusu tapi tak dapat nak susukan cos diorang tak positionkan betul-betul. Doktor bius tu cakap "Takpe.. nanti kat bilik boleh susukan. Nak bagi nyusu sekarang position awkward sikit". Okla pasrah. huhu...

Abis kena jahit, baby was taken away again. Time ni aku dah kesejukan tahap gaban. Memang ade warm blanket yang cover tapi still takleh cover kesejukan tu. Menggigil-gigil badan aku menahan sejuk huhu... Pastu settle segala benda (amik bp, bla bla bla) I was sent to Wad Bersalin semula. 

Menunggu husband datang... datang je dia azankan baby.



Janggal je rupa pegang baby.




My second child. 
Berat 3kg.




Petang tu Mamito, Nini, Diyana, Kak Lin, Mak Yang, Amirul & Razin datang melawat.

Esoknya baru pindah ke bilik no. 7 semula. Lega giler...


 Ni dah balik bilik 7-8. Lebih privacy and selesa. huhu....

Esoknya (Jumaat) baru check out.


Razin pelik je tengok ade bawak balik baby =P




Gambar hari ni... 20th May 2014. 
7 hari.

Nama baby?

MUHAMMAD RAUHILLAH ALTAMIS BIN ROSTAFAR

(Bapak dia bagi nama kali ni... mak punyer cadangan semua kena tolak)

Semoga sihat sejahtera, membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti wahai anakanda...


Written By Ryehana
alhamdulillah...

7 comments:

Rusilawani Abd Razak said...

Ana....hari kedua dah boleh balik ke...walaupun ceaser ek

Ilyani said...

uisy, pjg nama...panggil ape tu ana?

Allene said...

tahniah... nama tu nampak hebat sangat dan unik.

fiefa said...

hai congrates for the newborn..

feel free to join
http://fiefa9009.blogspot.com/2014/05/fiefa9009-mom-baby-contest-and-giveaway.html?showComment=1400636817512#c3613146567423419160

Hanni Hanafi said...

Tak ada button like.. hehe..

By the way, bgenang air mata tengok newborn baby.. moga ibu ngan baby sihat2 aje..

Mama Panda said...

To Wani: Mulanya mmg ingt Sabtu baru leh balik tapi nasib baik la Jumaat dah leh discharged. Borink dok hosp huhu

To Ilyani: Haha mmg panjang.. kalau ikut ana nak 2 perkataan je. tp bapak dia nk ltk jugak Muhammad kat depan. Panggil 'Raul' heheheh

To Allene: Thank you... semoga baby membesar menjadi anak yang hebat juga hendaknya :)

To Fiefa: Thank you

To Hanni Hanafi: Thanks kak hani... =)

Norkhadijah Shamsul said...

Ada satu pic baby tu muka sama dengan abg dia time baby. hehe.. Anyway, congrats kak Ryehanna! :D