Saturday, January 7, 2017

Bismillah...

Been up since 4.30 am (again!) cos I needed to pee. And still can't sleep even though it's 5.23 am now.

Why?? Cos i'm in pain. Perut masuk angin. And tak jugak kentut-kentut or sendawa. My God, it's so painful I've been tossing and turning for the past minutes.

Kenapa masuk angin? Cos my shirt was up... cos i was breastfeeding.

It happened before... but i don't remember it being so painful like this one. Dah sapu krim herba tropika but didn't do much. :(

I can't lie down or I'll be moaning in pain.... so here i am sitting by the edge of the bed. Waiting... need to fart! Omg so hilarious but damn painful too I'm almost crying.

I can't wait to wean Raiq off breast feeding. I mean like really! I can't wait for July to come. Then I won't be so guilty to stop it.

I hate nights (morning?) like this.

No, I won't be missing it.

I'm just tired.



:(







Alhamdulillah...



Friday, January 6, 2017
bismillahirrahmanirrahim...



Lagu takde kaitan dengan entry.
Kebetulan dengar kat Mix masa drive hantar Razin tadi...



Rajin pulak update blog hari-hari. Semalam update, hari ni update. Well, tu antara azam tahun baru aku la kot. Uruskan masa dengan lebih baik and prioritize things. Benda yang mengarut sila tinggalkan. Benda yang ade datangkan kebaikan, kita proceed. Well, kita cubalah ye. Doakan.

Anyway, nak blog tentang benda yang aku nak buat/capai this year. Takpe, berangan tak perlu duit kan? Everything starts with a dream. Aku nak ade kedai and bekerja sendiri tanpa ada boss ni pun dulu aku angan-angan je tau. =)

Let's start with what I started last year.

Yang paling obvious was my weight loss. Start February 2016 with average weight around 85-84kg (6 months selepas operate beranak) and now in January 2017 berat aku dalam 74-73kg. Masih tak capai target untuk below 70kg tapi alhamdulillah, I am lighter now. And yang paling penting, ade shape cos pergi gym. Ade muscles and curves yang aku sangatlah suka. hehe... However, still buncit though - tapi takpe cos I know why... aku tak control makan sangat. =P

Bak kata Kak Tini, nak kurus senang je... takyah makan. Tapi nak kurus and fit (& healthy!) you have to exercise!

1. Okay. So azam tahun 2017 ni aku mesti capai below 70 kg!


Eh btw, tahukah kome, Yong pun nak kurus jugak katanya. Sebab ape? aku and Nini setiap sorang cabar nak bagi dia RM1k if dia berjaya kuruskan badan. Ye, aku nak bagi 1k. Nini nak bagi 1k. Dua ribu tu! Haaa kuruskan badan!!


Nampak ke gambar? Berat Yong pada 1 Jan aritu adalah 166.8kg! 
Gilooo hahahaha

Aku and Nini cabar tu bukan ape... risau dia sakit je. Umur baru 33 kot (eh 34 tahun 2017 ni) tapi berat sangat. Dahla dia rendah dari aku (150 cm something).. risau la kan... anak dahla kecik lagi.
Well, semoga tercapai la - tho aku and the siblings are skeptical sebab selalu dia ni memang hangat-hangat taik ayam je. Sebab tu aku berani cabar lol



2. Anyway, back to my resolution for this year. I want to do simple things I had never done before. Benda-benda outdoor yang biasa-biasa and tak menelan kos besar macam naik paramotor aritu... Next, aku teringin...

- white water rafting kat Gopeng
- naik jet ski (serius tak pernah)
- naik ATV (pun tak pernah)

Haaa tu je. Simple things. Tengokla if ada masa and kesempatan. Jet ski kat Pangkor je pun. haha... tunggu la bila free..



3. Umrah. Well, laki aku yang beria suggest. Actually aku ajak pergi tempat lain (haha) tapi kena bidas dengan "pergi la umrah dulu... lepas tu nak pergi mana baru plan lain..." Hmmmm ok. Tapi ni biar dia yang simpan duit and tanggung sumer lah =P



4. Makeover kedai. Ni bergantung kelulusan loan yang aku apply tu lulus ke tak. kakakaka...


5. Nak beli dryer. Nak ubahsuai bilik untuk ada sudut untuk work out. Ok... dua benda ni perlu duit. So berjimat lah supaya tercapai wishlist ni =P


6. Last but not least, trying to be better. Rambut aku dah beruban weh (which reminds me, aku nak potong rambut pendek today!), kubur kata mariiiiii... so kita cuba la k. Amin!





Well... takde idea dah nak tulis gapo dio. 

Jom buat keroje kejap, pastu tunggu kedai buka untuk gunting rambut, then abis gunting rambut kita pergi gym/amik Ajin dari sekolah. Whichever comes first lah.


Adios



P/s: Eh, Mama Panda nak buka slot kutu baru next week. Pls request to join our FB group "Mama Panda Store" for updates!


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, January 5, 2017
bismillahirrahmanirrahim...




Alhamdulillah.. tercapai gak wishlist aku. Wishlist 2017 actually. 2hb Jan dah tertunai. Syukur...

Kebetulan nampak kat fb page kawan blogger dulu-dulu si Awin (blog lama x update! haha)

So aku contact jela pilot nyer yang lepas aku stalk komen-komen, duduk Manjung je hehehe

Aku and Nini je join. Ajak laki aku tapi dia tak nak, Ajak Hanis pun tak nak. Lantak kome lah. Nasib baik Nini nak. So ade la geng gak...


Abang pilot tu kabor suruh datang 7.45 pagi. Tapi kami sampai pukul 8 pagi hehehe... Nini sampai awal, aku yang lembab kuar umah.

Tempatnya di Padang Astaka, Sitiawan

Pilot: Mr Zul Majdi (contact via FB je)

Bayaran: RM120 seorang

Masa di udara; Dalam 10-15 minit

Ketinggian: appr. 1000 metres


Pilot ni ada buat kat Taiping gak tau. So orang Tepen kalau teringin, contact jela abang ni...




Layan gambar jelah...



Gambar aku sebelum berlepas semua muka cam hampeh. Pejam mata la ape la... huduh semuanya...

Yang kat tangan tu pinjam kamera Hanis. Bukan Go Pro pun. SJCam jer hahaha... Hanis beli sebab nak record dia mancing and tangkap ikan best-best. Aku mana la ade kamera gini. Nak pakai untuk ape je pun? So aku and Nini of cos le nak pinjam untuk naik benda alah ni. Nak guna henpon sendiri and guna monopod biasa cam takut terjatuh je huhuh...





Dah nak berlepas. Video berlepas macam kat bawah...











Video on air seperti di bawah... 43 saat je... Yang panjang ade kat Youtube aku.




It was really fun!

So tak payah la nak berparagliding lagi. Actually tu wish pertama... nak merasa paragliding kat Bukit Jugra, Banting nun. Tapi if paragliding tu we are strapped to someone else's body... macam err... agak awkward gak la kan.
Yang ni best cos ade seat asing hehe... takde touching2 pun. 

Will I recommend this to anyone?

OF COURSE!!



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Sunday, January 1, 2017
bismillahirrahmanirrahim...


Dah 1hb Januari 2017 dah kome oi... aku ni punye la dok tangguh tangguh nak update blog sampai dah masuk tahun baru dah pun. huhu....

Takpelah, just a quick update. Catatan peristiwa supaya aku tak lupe...


Aku dah berjaya naik Bukit Engku Busu pada 23hb Nov 2016 yang lepas with Kak Yantee, her daughter (darjah 3 xsilap) and Kak Nina.

Penat nak mampus and I scratched myself when going down the hill. Jatuh! hampeh...

Best la jugak cos view cantik. Masa ni tobat tak nak naik dah hahaha...


First time naik lepas last naik masa aku Form 5 (2002)
So di usia 31 tahun ni, 23hb Nov 2016 ni tarikh bersejarah jugakla haha




Amik masa sejam jugak cos aku pancit gile.
Suke view atas ni. Aman je...
Tu leh nampak pengkalan TLDM Lumut...




Kak Nina and Kak Yantee. Aku la yang bawak kuetiow goreng tu haha... cos tak sempat breakfast. Nasib tak pengsan haha


Aku ada naik lagi Bukit Engku Busu ni dengan Amirul pada 22hb Dec 2016 yang lepas. Gambo takde cos aku tak share kat FB, bateri pun kong masa tu. Ah lantak...

Masa cuti sekolah bulan 12 tu dapat naik Bukit 300 sekali and Bukit Engku Busu sekali. Both trips was accompanied by Amirul.



Ok next...

Masa cuti skolah jugak ada merayap beramai-ramai ke Taiping. Senang, dekat... hahahah... jimat duit. Tarikh: 12hb Dec 2016




Family potrait. Elok pulak semua tengok kamera (bukan senang oi)



Gerak dua kereta. Naik MPV lakiku and kereta Nan. 
Masuk zoo, picnic kat Lake Garden (Aina masak nasi ayam), pegi makan cendol pastu balik.

Actually nak naik paddle boat mengenang zaman berdating dulu tapi hujan le plak (biasa la taiping)... 




Haaa... next!


Laki aku eksiden pada 19hb Dec 2016 yang lepas di Tanjung Malim.

Abis Mr Cherev total loss. Alhamdulillah laki aku selamat and takde ape-ape...


Makanya, sejak takde kereta, laki aku tido ofis je cos malas susahkan kawan dia... nasibla dah nak cuti hujung tahun... 

But looking at the bright side, bagus gak crv tu eksiden total loss. Takde la nak bayar lagi monthly mahal-mahal hahahah... masa beli mpv dulu lagi dah nak jual, tapi harga yang kedai amik adalah sama dgn hrga hutang, means tak dapat ape. So sayang nak jual.. hehe

Now, laki aku plan beli used car murah-murah yang rege dalam 5-6k so that bole beli cash. Kurang la sikit komitmen. So far dapat la wira cabuk satu hahaha.. jadila... dia nak pakai berulang je pun...

If anything goes according to plan, lagi seminggu dpt la kete Wira tu. For this week, laki aku amik MPV and aku pinjam Vios mak kejap...

First week of January yang agak kelam-kabut cos my babysitter amik leave seminggu. Aku terpaksa tinggal Raul kat Beruas lagi.

Camne nak keje if semua ada. Dengan Razin sekolah, Raiq melasak and I HAVE TO WORK.

oklah. tu je kot update kali ni. byk lagi nak type macam bebaru ni FIL sakit and kitorg kena stay kt Selayang and Batang Kali... pastu bawak bdk2 pegi Petrosains bla bla... tp xde masa nak cite cos esok aku kena bangun awal utk naik paramotor. hopefully cuaca baik and selamat semuanya.


Bye.. till next time

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Wednesday, December 7, 2016
bismillahirrahmanirrahim...




Rajin pulak nak update blog today. Maybe sebab masuk kerja awal dari biasa, Hanis tak datang lagi so aku update la kejap.

Kat blog ni aku tak citer lagi eh yang Kak Yantee aka my trainer dah kena pindah ke daerah Kuala Kangsar? Sedih giler aku masa dia kabor... yela, aku ni dahla takde kawan sangat kan, aku kawan dengan dia je.

Lepas ni nak pergi gym, nak pergi hiking dengan sape? Nak bergossip, nak menyembang hal bini-bini askar dengan sape? Sedih wei... aku takde kawan huhu

Like today, sebenarnye aku tengah semangat berkobar-kobar nak hiking Bukit 300 tu tapi takkan la nak pergi sorang-sorang? Bahaya oi. (dahle aku ni penakut le jugak)

Pastu nak pergi gym pun, mmmm malas sebab sorang-sorang...

Anyway, since dah takde trainer, aku decide I HAVE TO CONTROL MY DIET.

That's the least I could do now that I won't be working out much? Don't know...

Target aku nak dapat below 70 kg je. Walaupun berat ideal would be 65 kg, but man, itu zaman anak dara kot? Takyah kurus kerempeng sangat (padahal susah nak capai kahkah). 

Nini sekarang dah banyak turun berat cos dia buat Just Dance and treadmill kat rumah. She is also a calorie-counter (very annoying most of the time) and control makan gile-gile. Menyampah haku. Tapi tu memang bagus la kan, berat cepat turun. Haih... semoga istiqamah untuk #ananakkurus2016

Ade beberapa hari je lagi untuk habis tahun 2016. Tercapaikah target #ananakkurus2016 tu?


---

Next, cerita tentang budak-budak. Razin and Raul now kat Beruas, aku hantar semalam cos Yong suruh hantar. Yong and Huurun ade kat Beruas. Yong siap bawak mak mertua dia lagi and sorang lagi anak sedara umur 6 tahun, Abg Chik. Bestfriend Razin. So that's why aku bawak le jugak Razin balik.

Jumaat nanti nak kena amik balik cos husband aku pulang and he will want to see all of his kids at home.

Weekend ni spend kat Lumut je cos ade orang nak check in homestay dua malam. Plus, last weekend dah balik Beruas, weekend ni dok je la Lumut. Kalau nak merayap pun maybe Isnin or Selasa? Kalau rajin.

Umi, my lived-in babysitter dah request awal-awal yang first week of January tu dia nak cuti seminggu. 9hb Jan baru datang kerja. Huhu... jenuh ler... Husband said, maybe tu tanda-tanda kena cari pengganti dah? Well, I hope not. Tak larat nak cari orang. Hopefully she still wanna work with us. Dia start April aritu kot. Gaji pun aku dah upkan dah. Oh well, we could only hope.


---

I can foresee 2017 can be a tough year financially. Well, dari segi bisnes, memang dah nampak how people are so berjimat-cermat sekarang... Again, let's hope for the best.

Razin will be 6 years old next year. How time flies. I'm getting old too. Husband would be 37? Hmm tapi lahir hujung tahun, lambat la lagi... His birthday is tomorrow by the way (8th Dec), so esok baru genap 36 years old. Wow. Dah tua. kahkah...

Oklah. That's all for now.

Diakhiri dengan gambar anak-anak kesayangan.






Written By Ryehana
alhamdulillah...
Tuesday, November 29, 2016
bismillahirrahmanirrahim...




Went to Dr Diong's today sebab aku dah tak tahan sakit period pain.

Sakit yang lama and agak melampau bagi pendapat aku. I can't even laugh or cough without feeling a sharp pain to my tummy. Weirdly, bukan area ari-ari (bawah pusat) je sakit, even area tummy pun sakit jugak if tekan-tekan. Macam rahim membengkak...

So tadi masa pergi klinik, she asked how my period was like and she did the ultrasound scan. Luckily my uterus was normal. Everything looks okay. Takde cyst ke ape (was aftraid of that)...

Maybe darah ketul-ketul banyak sangat?

Though I must say ni first time period aku sampai 2x dalam sebulan.


October punye period agak lambat sikit dari biasa (which was supposedly on 3rd)
Yang merah2 tu waktu period.
Yang hijau tu waktu subur huhu...

Aku kan takde amik ape-ape perancang, so rancang cara ni je lah.. huahua






Ni plak yang bulan November. See how frequent that is??

Before aku period Ahad lepas, aku dah start having cramps and sakit belakang since 21-22hb kot.

Terkejut gile tetiba eh hari Ahad tu aku period??




Hmm... Dr Diong bagi painkiller je. And she said if I'm still in pain after 3 days, visit her again. Maybe kena check dari 'bawah' pulak. Eee ngeri. huhu...


Sakit penghapus dosa no? Adehh... I'm still in pain. :(

Ingatkan nak update blog tentang naik Bukit Engku Busu last week... tapi next update jela...

I did ask Dr Diong, could this be because of over-exercise? Sebab aku naik bukit ke? errr.. aku ade jatuh macam nangka busuk gak masa nak turun bukit tu. Hmmm but she said from hiking should be takde ape la...

Ni macam aku ade buat abs workout yg melampau ke ape ke... well. tak jugak cos aku mmg dh selalu kot buat crunches ni. No big deal... kenapa baru sekarang nak sakit? Plus, ni bukan sakit sebab buat crunches la. Aku dh pernah rasa dah sakit workout camne, definitely tak sama.

Haihh........ semoga cepat baik. Tak larat la weiiii T_T



Written By Ryehana
alhamdulillah...
Monday, November 21, 2016
bismillahirrahmanirrahim....




First time naik bukit selepas berbelas tahun tak naik bukit.

Last time masa aku Tingkatan 5 kot. Tahun 2002. Join program KRS naik Bukit Engku Busu. Nini pun join tapi dia tak naik sampai atas cos pitam 1/4 of the way haha... Sian Cikgu Nurul Ashikin tak dapat naik jugak cos have to accompany her turun bawah.

Ok, bukit yang aku naik pada 25 Oktober yang lepas adalah Bukit 300 yang kat Teluk Batik tu. Kenapa nama 300? Sebab Peak 300, tinggi cuma 300metres dari paras laut. Tapi challenging la jugak for newbies. Aku ni kan baru je nak belajar naik-naik bukit ni, tumpo le kalau naik Engku Busu terus haha


With Kak Yantee and Kak Nina.
Kak Nina tu 40ish I think tapi steady jer... ni first time aku hiking so pancit gile gile..

Jantung macam nak meletup weh.
Banyak stop gakla cos tak larat, terkejut... sampai Kak Yantee risau aku pengsan, jenuh le sape nak angkut bawak turun kahkahkah


Untuk newbies, memang agak challenging la bukit ni. Tapi bagi Kak Yantee & Kak Nina, diorang rileks je. Lebih-lebih lagi Kak Nina tu selalu naik bukit Engku Busu, so setakat yg 300 ni, rileks je dia. 

Kak Yantee pun rileks je naik. Siap petang tu masuk gym lagi cos katanya dia tak rasa ape naik bukit 300. Huuuu...



There's a little creek down there but seriously very LITTLE.




There were 9 check points (9 bukit kecil)





Dah sampai puncak.



Masa kitorang naik bukit ni, kitorang naik pagi dalam pukul 8 lebih camtu. And WE WERE THE ONLY ONES there! Giler tak. Takde jumpa orang lain langsung. Nasib baik la bertiga. Bahaya wei if jadi ape-ape huhu...

So far okla cos naik Bukit 300 ni bukan mendaki je... ade jalan landai jugak, ada turun bukit gak sikit (9 bukit kecik2 xsilap). Cuma JAUH... perjalanannya agak jauh la. Tu yang aku first time naik agak penat cos bila nak sampai, tak sampai2 hahahaha.... Siap vow to myself I don't want to HIKE ever again!


Well, that was then...


2nd hiking was last 9th November. Kak Yantee ajak lagi cos it was a good cardio for me. Remember how pumped I was, I thought my heart would burst?

Okay, this time I was better! Takdela penat macam nak mampoih like the first time. Still penat, tapi okla... tak banyak stop sangat macam sebelum ni...


This time ade geng ramai sikit. Kakak kpd Kak Yantee joined too with her friend.

And there were others Chinese friends who joined us.




Penat still penat haha.. tapi better than before.



With Kak Aisha (mualaf) and her kid(s)?


On the way turun. Slow-slow je... jaga lutut k.

Track berlecak sikit cos baru lepas hujan...


See? Kotor gile kasut cos lecak.

To note: Takyah naik bukit if baru lepas hujan. Or... pakai kasut yang aku tak sayang sangat. Haha...




That's all for now.

Next hopefully naik Bukit Engku Busu pulak cos dah lama tak naik and view situ lagi best. Bukit 300 ni view takde mende sangat.


Sekian.

Daaaa


Written By Ryehana
alhamdulillah,,,