Friday, January 6, 2017

Things to do in 2017

bismillahirrahmanirrahim...



Lagu takde kaitan dengan entry.
Kebetulan dengar kat Mix masa drive hantar Razin tadi...



Rajin pulak update blog hari-hari. Semalam update, hari ni update. Well, tu antara azam tahun baru aku la kot. Uruskan masa dengan lebih baik and prioritize things. Benda yang mengarut sila tinggalkan. Benda yang ade datangkan kebaikan, kita proceed. Well, kita cubalah ye. Doakan.

Anyway, nak blog tentang benda yang aku nak buat/capai this year. Takpe, berangan tak perlu duit kan? Everything starts with a dream. Aku nak ade kedai and bekerja sendiri tanpa ada boss ni pun dulu aku angan-angan je tau. =)

Let's start with what I started last year.

Yang paling obvious was my weight loss. Start February 2016 with average weight around 85-84kg (6 months selepas operate beranak) and now in January 2017 berat aku dalam 74-73kg. Masih tak capai target untuk below 70kg tapi alhamdulillah, I am lighter now. And yang paling penting, ade shape cos pergi gym. Ade muscles and curves yang aku sangatlah suka. hehe... However, still buncit though - tapi takpe cos I know why... aku tak control makan sangat. =P

Bak kata Kak Tini, nak kurus senang je... takyah makan. Tapi nak kurus and fit (& healthy!) you have to exercise!

1. Okay. So azam tahun 2017 ni aku mesti capai below 70 kg!


Eh btw, tahukah kome, Yong pun nak kurus jugak katanya. Sebab ape? aku and Nini setiap sorang cabar nak bagi dia RM1k if dia berjaya kuruskan badan. Ye, aku nak bagi 1k. Nini nak bagi 1k. Dua ribu tu! Haaa kuruskan badan!!


Nampak ke gambar? Berat Yong pada 1 Jan aritu adalah 166.8kg! 
Gilooo hahahaha

Aku and Nini cabar tu bukan ape... risau dia sakit je. Umur baru 33 kot (eh 34 tahun 2017 ni) tapi berat sangat. Dahla dia rendah dari aku (150 cm something).. risau la kan... anak dahla kecik lagi.
Well, semoga tercapai la - tho aku and the siblings are skeptical sebab selalu dia ni memang hangat-hangat taik ayam je. Sebab tu aku berani cabar lol



2. Anyway, back to my resolution for this year. I want to do simple things I had never done before. Benda-benda outdoor yang biasa-biasa and tak menelan kos besar macam naik paramotor aritu... Next, aku teringin...

- white water rafting kat Gopeng
- naik jet ski (serius tak pernah)
- naik ATV (pun tak pernah)

Haaa tu je. Simple things. Tengokla if ada masa and kesempatan. Jet ski kat Pangkor je pun. haha... tunggu la bila free..



3. Umrah. Well, laki aku yang beria suggest. Actually aku ajak pergi tempat lain (haha) tapi kena bidas dengan "pergi la umrah dulu... lepas tu nak pergi mana baru plan lain..." Hmmmm ok. Tapi ni biar dia yang simpan duit and tanggung sumer lah =P



4. Makeover kedai. Ni bergantung kelulusan loan yang aku apply tu lulus ke tak. kakakaka...


5. Nak beli dryer. Nak ubahsuai bilik untuk ada sudut untuk work out. Ok... dua benda ni perlu duit. So berjimat lah supaya tercapai wishlist ni =P


6. Last but not least, trying to be better. Rambut aku dah beruban weh (which reminds me, aku nak potong rambut pendek today!), kubur kata mariiiiii... so kita cuba la k. Amin!





Well... takde idea dah nak tulis gapo dio. 

Jom buat keroje kejap, pastu tunggu kedai buka untuk gunting rambut, then abis gunting rambut kita pergi gym/amik Ajin dari sekolah. Whichever comes first lah.


Adios



P/s: Eh, Mama Panda nak buka slot kutu baru next week. Pls request to join our FB group "Mama Panda Store" for updates!


Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: