Monday, August 27, 2012

Perasaan berbelah bagi

bismIllah...


Perasaan berbelah bagi nak balik Johor. Aku seboleh-bolehnya tak nak balik Johor... sebab?

- Selesa dok Perak. Of course la kan... since umah sendiri dok sewa kat orang, aku dok di rumah Mak. Gile best takde masak sangat (hahaha) and yang penting, Razin ramai orang melayan. Ni kalau balik Johor, bertempik lagi la aku hari-hari ngan dia...

- Suka POSLAJU kat sini. Walaupun bila dok Beruas aku kena rush pos barang sebelum 3 petang (sebab ade pejabat pos je), aku tak kisah sebab tak banyak songeh and tak ramai orang kat pejabat pos. Poslaju Sitiawan pun ok sangat-sangat, tak penah lagi la aku kena balik tanpa pos barang sebab kotak tak dibalut brown paper! (Damn you, PPL Pasir Gudang!)

- Senang kalau nak order barang kat supplier. Diorang pos alamat Beruas je. Takde la kejap-kejap alamat Johor... yer, diorang pun dah pening cos kejap-kejap alamat lain. Aku ada 3 alamat yang selalu digunakan untuk pengeposan barang: Lumut, Beruas and Johor. So kalau satu alamat je kan senang... takdela risiko barang aku dipos ke alamat lain (dah penah jadi, aku kat Perak tapi barang dipos ke Johor. Nasib baik bukan barang orang nak pakai urgent)

- Rumah sewa kat Johor tak best. Aku syak ber'penunggu' cos aku kan selalu online memalam buta (dah itu je time yang leh online... kena tunggu Razin tido) and selalu dengar bunyi-bunyi yang kurang enak. Selain dari tu, umah tu sempit sangat... semak gila bila barang-barang order sampai... Bila jadi camtu, aku tak senang nak ajak orang ke rumah maka dah kurang bizz opportunity (bila orang datang rumah nak amik barang/COD, selalunya diorang akan dapat tengok barang-barang lain and SELALUNYA end up beli barang-barang lain jugak. Muahahahahaha). So bila aku tak berapa kenan orang datang umah (umah bersepah cos sempit and penuh barang-barang bizz), kan dah rugi peluang tu... uhuk uhuk

- Aku tak suka nak pegi pos barang kat Poslaju Pasir Gudang sebab kena bayar 60 sen setiap kali masuk untuk parking dalam tu. Selalunya parking kat luar, tepi jalan... tapi kalau pos barang banyak gile, nak taknak kena masuk dalam gak... Pulak tu, banyak songeh gak la PPL tu... aritu aku dah terkena sekali. Aku dah beratur punye lama (1 kaunter je bukak ok! Kata gred A, kat bandar besar and kutuk yang Sitiawan gred B ke C ntah... tapi Poslaju Sitiawan tu koman2 ade gak buka 2 kaunter ok!), tetiba bila turn aku sampai dia kata kotak yang aku nak pos tu kena balut cos banyak tulisan-tulisan. Tulisan ape je pun... tu gambar and label + description apa dalam kotak tu! Bengang betui aku. Sia-sia je beratur. Dahla satu kotak tu je aku nak pos. Mencarut-carut aku (dalam hati) masa blah. The same box aku pos beberapa minggu lepas (kotak Trunki btw) elok je diterima kat kaunter Poslaju Sitiawan. Takde hal pun. Bertambah meluat aku nak balik Johor. Hmph.

Tu jela dilema aku nak balik Johor.

Kalau leh, memang takmo balik sana... Plus, banyak gile barang aku nak order sekarang ni... so aku tak tau nak bagi alamat Perak ke Johor... Rase-rase macam kena bagi alamat Johor la kan... Cuma risau kalau tengah-tengah bulan 10 ke 11 nanti tetiba nak balik Perak memang mati la nak angkut barang banyak-banyak. Haihhhh i hate nomad life.

Tapi kena la balik jugak. Sian laki aku sorang-sorang kat sana. Aritu bulan puasa dia dah bagi aku spend almost sebulan kat Perak (sebab raya kat Pahang, kampung dia), naik lemak ke takmo balik Johor? Huhuhu... Ni pun dia dah baik hati bagi aku dok Perak lama-lama pas raya and nak amik aku semula cuti 31 Ogos nanti. hmmm...

Semalam dok BBM kata dah sebulan lebih dok bujang je... aku pun risau la kan... kang pasang bini lagi sorang kat Johor naya je... kwang3

Kena settlekan macam-macam before balik Johor especially Razin's checkup. Nasib baik la ex-tenant aku dulu ade sorang doktor dari Penang yang bertugas kt KKIA Sitiawan... Semalam aku call dia tanya leh ke Razin cucuk 18 bulan minggu ni walaupun Razin belum 18 bulan? And she said ok. Siap nak amikkan no.giliran untuk aku siap-siap so that takyah tunggu lama. Haaaa bagus. Jumpa doktor terus. Selalu jumpa nurse je kat klinik tu.. and kena tunggu lama gak la. Kali ni nampaknye takyah tunggu lame. Hehe... sukenya teman! =P

Razin ni last checkup bulan 4 aritu. Patut ade lagi checkup bulan 6 untuk makan ubat cacing tapi tak pergi cos kat Johor. Maka, sebab tu nak settlekan semua hal Razin before balik Johor. Moga-moga Razin tak demam Rabu ni... cos kalau demam memang takkan kena cucuk ar...

Ape lagi aku nak membebel ntah.

Hmmm... banyak dilema berkaitan bisnes je. Ate, dah itu je sumber pendapatan aku sekarang... nak wat camne kan... nak bizz, buat betul-betul and bukan hot-hot chicken poop. Nak tak nak kena rasa 'tak selesa' gak la...

Tak sabar nak duduk Lumut semula. Tapi kapal hubby delay bab repair... Patut hujung tahun settle, tapi delay sampai Jun tahun depan. matikkk... aku dah meroyan dah masa dia mula-mula gitau. Gile ah... Tak nak la dok Johor lelama... kalau umah cun, suasana best takpe... ni neighborhood pun tak best, umah pun kecik n tak best.

Aku ni bukan ape... aku ni jenis manusia yang organized jugak sebenarnye (ekekeke). Tapi bila kejap-kejap kat sana, kejap-kejap kat sini, aku jadi malas nak organized things betul-betul.

Now benda utama yang aku target once balik Lumut adalah untuk upah Ah Seng buat display cabinet/storage cabinet kat umah tu untuk senang aku check stock and inventory barang. Sekarang sangat hampeh sistemnya iaitu aku amik dari kotak je. Tak best la wehhhh... =(

Pastu nak pasang wifi kat umah Lumut. Best gile ok ade wifi dalam umah. Unifi ke or streamyx tu tak tau la lagi... tengok la mana yang ok nanti. Tapi yang pasti kena ade wifi. Senang sikit. Tak payah nak cari-cari modem cucuk lappy etc. hehe...

Pas settle bab tu baru nak hias-hias rumah sikit. Razin bakal duduk bilik asing (maybe). Tengok la camne kan... Aku dah bengang ni nak tunggu sampai tengah tahun depan. Rasa macam lama gilaaaaaa je.

K la... that's all for now.

Nanti free membebel lagi...

Selamat hari raya, everyone! (gile lambat wish kat blog)

Serik dah letak gambo kat blog banyak-banyak cos gambar asyik kena curi je (aku kan hot! *muntahhhh*)

So tu je. Bye.

Written By Ryehana
alhamdulIllah...

2 comments:

deena awanis said...

dugaan orang nak berjaya ni ana..good luck k..and banyak2 sabar (ecewahh sedap betul nasihatkan orang..hehe)

Mama Panda said...

heheh... thanks dina!