Saturday, September 8, 2012

Pukul 4 setengah pagi...

bismIllah...


Terjaga. Yela, tido pun awal cos nak tidokan Razin, ngan aku-aku sekali tertido pas Isyak tadi.

Badan tak berapa sihat. Well, more to my throat actually... Sakit and bengkak rasanya tekak aku ni. Nak telan air liur pun seksa. Nak makan lagi la... Susah nak menelan. Perut lapo... huhu...

Alhamdulillah my hubby sangat memahami. When I bbmed him "Tak larat...." and "Tak masak...", he bought home 2 large bowls of McD porridge for lunch. And for dinner, he cooked me tasty porridge. Love u hub. :)

Thanks hubby cos bertahan denganku.... because I was annoying when I'm sick. Tetiba nak sangat-sangat makan kek coklat or Choc Indulgence dari Secret Recipe. Masalahnye kat Pasir Gudang ni takde Secret Recipe kalau tak silap (ke aku tak tau katne?). Yang paling dekat kat Giant Plentong yang kitorang pernah pergi sekali. So... hubby malas la nak pergi cos hujan and agak jauh... huhu... Aku nak sangat-sangat, setiap berapa minit, "Abang, nak kek....", "Nak kek....". Nasib baik tahap kesabaran suamiku tinggi... kalau aku jadi dia, nak kena pelempang dah tu. Mengada-ngada. Haha...

Tapi betul la... memang teringin sangat-sangat tekakku ni nak merasa kek. Nak cheesecake or choc kek or macam aku tulis tadi, Choc Indulgence Secret Recipe tu. Waaaa... rasa nak sangat-sangat tu mengalahkan orang mengandung mengidam. But I'm not pregnant....yet. Yela, tengah bendera merah kot. huhu

Entry ni tiada hala tuju melainkan nak citer ape aku alami sekarang. Rasa cam lama tak update blog, so update jela...

I miss writing in this blog... But now, I don't have the time. Razin is 50% on disposable diapers now since I don't have time to check and change his diapers.

Problem with cloth diapers is... since ianya kain and takde tunjuk baby dah kencing banyak (kalau DD kan kembung), ianya kena ditukar setiap beberapa jam. Well, nak keep track tu susah sikit bila aku busy. I don't want Razin to end up with red genital, so kalau aku rasa hari tu aku busy gile, dia pakai DD je.

Plus, takleh blah la pakai mesin basuh manual ni. Buang masa gila nak tunggu dia abis pusing, abis drain, abis spin. Tobat memang aku haramkan pembelian mesin basuh manual. Guna auto je senang... humban terus dalam tu, tunggu settle and sidai... ni bila mesin manual, kekadang aku lupa/tak perasan mesin dah abis spin...so air bergenang je camtu.. kalau biar semalam dah busuk... so nak kena bilas lagi... cam hampeh. Tapi since mesin ni tuan rumah yang bagi, belasah jelaaaaa. Cuma bab nak membasuh cd tu aku jadi malas...

I'm a supermom now. Since dah balik Johor semula, semua kena buat sendiri... time duduk umah mak masa bulan puasa aritu aku rileks sikit la cos kekadang ada orang mandikan Razin, baju-bajan ada orang mesin and sidai (hehehe), siap kekadang orang lipatkan kain pun ada... aku ni masak pun tak... memang goyang kaki sungguh la dok umah Mak. Well, goyang kaki dari segi house chores la. Aku still busy dalam bekerja online... heeeee...

So now dah balik duduk bersama suami semula, back to reality la. No more holiday yer...

Start dari bangun awal pagi, aku kena mengemas rumah yang tunggang-langgang malam sebelum tu (kekadang before tido aku kemas... tapi kalau tertido awal, pagi2 la baru kemas).

Sambil kemas-kemas, on lappy and online jap check email, messages and comments kat FB page bla bla... Kekadang tersangkut lama kat online so tak abis mengemas. hehe...

Once Razin dah jaga, kena bagi susu and mandikan dia... start masak nasi kul 10-11 pagi camtu... Kuarkan la ayam ke sotong ke untuk defrost. Pastu prepare nak masak.

Sambil-sambil masak akan bergaduh ngan Razin yang sibuk nak besar/kecikkan api dapur and mengacau. Biase la... badan dah tinggi, dah leh mencapai itu ini... Takleh lepa sikit, ade la yang dicapainya. Buat masa ni dia tengah gila nak mencapai pisau. Bahaya ok... selalu time nak masak ni terpekik-pekik la aku kat dapur. Last resort, babywearing. Back carry dalam Ergo baru tak ngaco... huhu

Selesai masak, masa untuk bagi makan sambil tengok tv. Settle bagi Razin makan, aku akan check pm/comment FB or payment dari customers. Razin akan kacau aku the whole time aku depan lappy. Jaki beno dia kalau Mak dia online...

Selalu pas makan Razin akan memerut... so basuh berak dia and mandi lagi sekali, bagi susu and ajak tidur. Selalunya dia tido... kadang-kadang tak nak tido... so, bersabar jela melayan budak sorang ni.

Bukan ape, time dia tido la aku baru dapat nak mempacking order customers. Kalau Boba and Ergo lagi la... nak kena balut 2x cos risau kertas koyak ke kan... aku akan balut ngan plastik and then ngan brown paper... Memang time consuming gak la bab packing2 ni...

Aku selalunye akan busy giler time hujung bulan. Iaitu time gaji walaupun aku takde gaji cos waktu ni la orang ramai membeli and membayar duit kutu bulanan. Waktu ni memang straight dari pagi sampai petang busy kerja. So, bayangkan kalau dari pagi and petang aku kena hadap kerja aku and at the same time kena masak, lipat baju, mandikan anak etc? Penat sangat.

Aku lak jenis kalau orang dah bayar hari tu, hari tu jugak aku akan pos. Aku memang tak suka nak simpan lama-lama. Sebab tu time elok-elok tengah tengok tv ke ape, kalau dapat notification orang dah bayar (emel dr bank yang masuk inbox di BB), cepat-cepat aku terus packing... Kecuali la kalau dia bayar after aku dah balik poslaju... so malam-malam nanti packing pun takpe. hehe...

Beza sangat kalau full-time-working-mom (FTWM) and work-at-home-mom (WAHM) ni...

Kalau FTWM, leh fokus pada sesuatu kerja in certain time range. Time pergi keje or kat ofis, fokus 100% bab kerja... time dah abis working hours, balik rumah main ngan anak and settlekan bab rumah...

Kalau WAHM, kena banyak multitask. Kalau time ko nak masak, mengemas ada orang call tanya tentang barang of course kena jawab and layan. Bagi aku, WAHM ni banyak buat benda bercampur-campur. Kejap-kejap hal rumah, kejap-kejap hal kerja... Tapi alhamdulillah masih fleksibel and enjoyable cos I don't have a boss yang arah itu ini or marah-marah... And I love what I'm doing.

Cuma kena banyak bersabar la cos bukan senang nak keep up with other competitors. Ape-ape pun stay positive je.


This is so me minus 1 child.

Tak dapat bayangkan kalau anak bertambah and I'm at higher level?

I probably need a helper by then, who knows... huhu




Blog ni makin boring dengan stories of my WAHM life, don't you think?


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: