Saturday, January 5, 2013

Reminder

bismIllah...



Rasa nak menulis lak malam ni.

Tengah hujan lebat kat luar. Razin tengah tidur. Sejak duduk ngan aku ni, tidur awal cos aku tak tau nak buat ape dah pas Maghrib. Golek-golek, main-main... tidur jela.

Kebetulan tv dalam bilik ni rosak, lagi la bosan kan. Huhu... Nak kena amik balik tv kat umah Mak yang diorang pinjam tu... ntah bila...

Petang tadi aku 'hilang' purse. Aku memang tak ingat langsung mana aku letak purse. Sedar purse aku takde masa nak kuar pergi Poslaju. Dahle sume barang dah angkut masuk kereta including all our stuff since kekonon nak terus gerak balik Beruas lepas pos barang. Jadi camtu, maka tak jadi la pos barang... sorry dear customers. huhu... Isnin baru pos yer...

Aku macam nak gila masa tak jumpa-jumpa purse. Nangis beria-ria bila dah penat mencari. Bayangkan la dari 4pm till 6pm tak jumpa-jumpa. Rasa macam dah geledah satu rumah sampai sakit kepala, sakit hati dok mikir mana pergi purse aku tu.

Dok bantai teriak cam hape lagi... bukan ape, aku bengang cos takde duit nak pergi poslaju. Pehtu aku bengang cos penat. And lebih nyampah, aku ni dah 2x pernah report kehilangan wallet. Leceh ok nak buat baru sume kad-kad yang ade... kalau tak jumpa gak, jadi kali ke-3. Giler...

Husband didn't help much when I called. Dok salahkan aku pelupa. Of cos la... aku banyak benda nak mikir. :(

Mintak tolong tenant carikan jugak purse tu tapi sama-sama gagal. Haihh... nak give up dah.. tapi aku sangat yakin barang hilang dalam rumah je cos semalam aku tak pergi mana pun pas balik Poslaju. Apek tong gas datang umah kul 5 lebih, and time tu purse tu ade je time aku bayo.

Maka, aku menggoogle la doa-doa berkaitan kehilangan barang. I found this blog. Ikut la ape yang dicadangkan kecuali solat... cos arini lak period first day. No wonder aku emo semacam.

Then.... Alhamdulillah. Lepas tengok Maharaja Lawak kejap tadi (tengok suku je cos ngantok), aku tetiba teringat sesuatu. When I checked, yes... my purse was there. ALHAMDULILLAH. Syukur sangat-sangat.

So yeah... ni peringatan untuk aku supaya jangan alpa sangat. Aku ni mudah lupa. Mudah sangat lupa and tak bersyukur. Ni baru kena acah-acah hilang purse, kalau hilang anugerah paling berharga dalam hidup?? Nauzubillah min zalik. Jangan la sampai camtu....

Lega sangat-sangat dah jumpa purse Bonia berharga RM89.90 yang dibeli di Jusco Maluri pada tahun 2010 itu. Huhu... Murah je, tapi penuh kenangan... ;')

Anyway, nak share tu je kot.

Esok leh balik Beruas, yeay!

Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: