Monday, August 26, 2013

Great massage

bismIllah...


I actually decided to take a break from TTC last few weeks. Tapi sebelum tu sempat juga usya di FB tentang orang yang boleh datang mengurut ke rumah... untuk ibu-ibu lepas pantang. Sebelum ni kalau berurut aku mesti balik kampung, panggil Mak Cik Timah tu datang mengurut.

Sebelum ni jugak aku perasan yang kalau berurut, takdela rasa sedap or best sangat? Biase je.... mungkin tak serasi sangat kot? Ntah.

Bila dah dapat orang yang mengurut di Lumut ni, baru la aku boleh compare.

Kisahnye bermula beberapa hari lepas aku saja gatal check posts kat group 'I Love Manjung' di Facebook tentang ni... mencari contacts... then sorang sis ni recommend seorang akak di Manjung.

Dia bagi nombor rumah je. So aku pun call la semalam. Dapat cakap, then akak tu (Kak Nor) gitau esok boleh amik dia pukul 3petang. Maka, hari ni aku pun pergi la amik dia.

Gitau la yang aku ni TTC. heheh... and aku gitau jugak sebelum ni pernah berurut ngan makcik kat kampung, makcik tu gitau peranakan turun ke ape tah.. sebab angkat benda berat. Kak Nor ni gitau 'Tak semestinya'. Wahh positif sangat. I like! hehehe...

She started from the back. Urut urat-urat... memang terasa. Sakit tapi sedap.

Detail sangat urutan dia sampai ke jari jemari. Bila part yang aku tetiba rasa sakit gila, akak ni buat slow-slow sambil selawat... zikir... rasa tenang je.

Great feeling, masya Allah.

Bila part urut bahagian depan, kat perut tu, sedap je rasa. Haha. Akak tu siap tanya, ada masalah buang air besar ke? I said yes. Memang kekadang aku ni nak membuang seksa benor rasa. Waktu tu dia tengah urut urat yang berkaitan 'sistem pembentungan' ni. Hihi...

Part paling sakit bila dia urut belah kanan aku. She said urat besar aku lari alignment. Allah... macam nak terkencing aku rasa. Udah macam sakit nak beranak pun yer jugak. Tapi alhamdulillah sekejap je. Masa aku tengah tahan sakit tu, dia ajak selawat and zikir sama-sama. Syukur alhamdulillah lepas tu lega sangat. Rasa ringan badan.

Dia jugak kata takde masalah pun dengan kedudukan rahim etc. Urat jela kembang... and she said that's normal la.. pemakanan kita etc. huhu...

Ape sebenarnye punca urat kembang? Lupa pulak nak tanya tadi... nanti aku google.

Tu je nak catat kali ni. Supaya aku ingat ape yang aku experience. Pengalaman yang best mesti dicatat untuk ingatan di masa hadapan hehe...

Kak Nor tu jugak cakap memang rezeki aku hari ni dapat dia datang mengurut. First time call terus dapat. Katanya, ada orang dok booking dia berbulan-bulan baru dapat cos dia punye schedule busy bebenor. Orang dah book sampai ke tahun depan. Huhu... alhamdulillah. Allah nak bagi aku experience urutan dari orang selain makcik Timah kat kampung.

So far memang puas hati sangat-sangat. Dapat satu sesi pun aku dah lega walaupun aku tengah period sebenarnya... and my fertile week coming up next week husband aku takde. huahua... (sebab tu susah cos tak duduk sekali kan. Timing lari je... =P)

Last sekali masa dah abis sesi mengurut, Kak Nor mintak garam sesudu. Suruh bungkus dalam tisu dan bagi dia. Untuk ape wallahualam. Ade la tu kot pantang larang dia...

Moga murah rezeki Kak Nor tu cos tolong orang. :)


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: