Tuesday, August 27, 2013

Kagum dari jauh

bismIllah...


Aku sebenarnya patut update payment dan settlekan bungkus barang untuk pos esok sekarang ni... Tapi masih ambil mood. Baru bangun setelah tidur sejak Maghrib. Badan sedap sangat lepas diurut. Hmmm 2 entries in one night? Dah lama tak begini. hehe...

Mungkin sebab sekarang hubby is here in Lumut till Wednesday? So aku tak rasa bersalah sangat tinggal Razin tidur seorang.

Now I'm downstairs, minum susu dan tengah berblogging. Lepas settle blogging, nak update payment yang masuk hari ni and kalau sempat bungkus barang untuk pos esok.

Petang tadi sempat melawat kedai Kak Yati. Saje je menyibuk haha. Beli baju ultraman untuk Ajin sambil tolong-tolong dia check FB page dia. Tapi seriously susah la nak buat kerja online kalau dari iPad je. Laptop dia rosak plak. Sabo jelah.

She let out that she's worried because her sale is slow. Well, yes... aku pun tumpang risau jugak. Dia bergantung kepada jualan baju-baju budak dan aksesori semata-semata. I advised her to put more stuff. Ade banyak sikit variasi. Lagipun people do not buy clothes every day, do they? Entahla... aku pun zero bab kedai ni cos tak pernah ada kedai kan. huhu...

Kagum juga bagaimana dia terus nekad buka kedai walaupun tak ada pengalaman menjual barangan bayi. She's in her 40s. So of course dah lama la tak ada baby kan... anak dah remaja... so she's not up to date with what the in thing' among most mommies these days.

I told hubby about this.

I  told hubby, "I think I am more than able to open up my own store now, don't you think?"

If Kak Yati can, of course I can. I am more than can. Boleh gitu? hehe...

I mean, without any shop pun aku ada jugak la sales kan... kalau ada kedai mesti lagi ok? Orang nampak... ade display items etc.

But Hubby argued (of course! he always does). He said it's too early. I should learn more. "Jangan sebab orang buka kedai, kita pun nak buka padahal ilmu tak cukup. Nanti jadi perkara tak diingini macam mana?"

I wonder 'perkara tak diingini' bagaimana yang beliau maksudkan.

But then, aku setuju juga. And honestly I'm not ready too, actually.

Having my own brick and mortar shop would mean no more sleeping in! HAHAHA. Yes, aku selalu bangun tido lambat cos aku selalu tido lambat. Tido lepas Subuh mostly. Sebab I'm productive and full of ideas during 1-3am. Sejak zaman student lagi, time-time aku study dulu camtu le. hehe...

So kalau ada kedai of course kena bangun awal, hantar anak pergi nursery then jaga kedai. Then nak tinggal kedai pun susah, kena amik pekerja pula. Hai... mampu ke nak hire pekerja? kwang3.

Pastu dah ada kedai, kena pasang security stuff. Dah le owner pompuan, orang datang merompak ke ape ke... bahaya oi... baru je ade kes kedai tudung kat pasaraya Rapid kena rompak and salesgirl kena hempuk dengan batang besi. Takutnyeeeee....

Hish... banyak songeh sebenarnye. So? Aku mampu kagum dari jauh jela dengan orang yang nekad boleh buka kedai tanpa enough info or suppliers.

Oh sebut tentang suppliers. Ya Allah geramnye dengan salesperson yang aku suruh Kak Yati contact. Aku tak tahu le ni ada kaitan dengan 'peniaga MELAYU' ke ape... tapi nampaknye macam ada unsur tak berapa best di situ.

Kisahnya begini, aku ada bagi contact number Mr XX kat Kak Yati untuk dia contact. Aku cakap la, "Kak, try contact Mr XX ni untuk supply barang untuk kedai akak. Kat Ana dia bagi margin rendah cos online business... kalau ada kedai, margin lebih tinggi... minimum order RM3K. Nanti kita kongsi-kongsi ler order nak cukupkan MOQ" (nak jugak!! haha...)

Sekali kau, bila Kak Yati gitau aku dia dah called, Mr XX cakap kena order at least RM10K! Ape kejadah? apsal banyak sangat? Dulu masa aku jumpa Mr XX ni dia siap cakap, most shops kat Manjung ni kalau order barang at least RM3k baru dia hantar free... kalau tak sampai RM3k, aku kena hantar courier aku sendiri untuk pickup barang... or dalam erti kata lain, aku kena bayar duit pos le kan.

So macam mana pula tetiba dengan Kak Yati ni dia cakap kena minimum order sampai RM10K? bengang pulak aku dengar... merepek betul! Saje nak tindas cos melayu? cos baru buka kedai? (Kak Yati TERcakap 'baru 1st time buka kedai... etc'). Kenapa?? kenapa???

haish... aku tak nak fikir negatif, tapi itu la yang terlintas di fikiran. Dengan aku dulu sebab aku siap tunjuk website, siap gitau aku ni aktif online bla bla bla... and hell yeah, I'm confident lah kan. tapi dok tekan-tekan tak dapat gak margin best. Diskriminasi antara online seller dengan seller ada kedai di situ. Tapi takpela.. aku paham jugakla.

Cuma bab Kak Yati ni aku tak faham. geram je... terus dia macam malas nak order barang tu. haih...

Macam-macam dugaan kan.

Benda yang kita tak pernah tahu sebelum ni.

Benda-benda yang aku tak terfikir pun.





Haih... mari kita berangan dulu....


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

2 comments:

deena awanis said...

cantiknya kedai tu ana.teringin gak nak bukak kedai sendiri..=)

Mama Panda said...

hehe... jom!

pasang angan2 dl... :D