Thursday, October 17, 2013

Emosi

bismIllah...



Situasi 1:

Pagi. Mandikan Razin... lepas berperang dalam bilik air, Razin mintak dukung and I carried him to bed. Lap-lap badan and prepare nak pakaikan diaper.

"Ajin... Ajin jangan nakal-nakal tau. Nak mandi pun susah sangat. Dah mandi tak nak keluar bilik air plak..."

"Mandiiiiii" jerit Razin.

"Yer... dah mandi dah kan" and I continued wiping his body.

"Ajin... nanti kalau Ajin dah ada adik, Mak tak tahu la boleh luang masa nak mandikan and layan Ajin lama-lama macam ni... Mak takut nanti semua benda nak cepat je..."

Air mataku bergenang.

"Mak takut nanti Ajin dah tak dapat manja-manja dengan Mak macam sekarang"

Nangis.




Situasi 2:

Drive ke UniKL Mimet bawak Razin untuk hantar ke taska.

Banyak perkara bermain di fikiran.

Kesian Razin. So I decided to send him to nursery until hubby is back. Oh hubby delay posting ke Lumut. Bulan November plak. Sedih...

Radio Lite FM. Tetiba lagu 'Will Smith - Just the two of us' ke udara.

Air mata menitik-nitik macam air hujan. Sayu...




Situasi 3:

Pagi. Dah terang. Pukul 7.30 pagi. Golek-golek atas katil dan kejut Razin.

Mata pejam tapi ditepisnya tangan aku dengan kuat. Ala-ala nak belasah orang.

"Ajin, bangun la. Mandi"

Dia mengeliat. Gosok-gosok and cuba tarik taik mata yang melekat di kelopak mata.

"Bangun la Ajin... nak pergi sekolah tak?"

"Tak nak" lembut je dia jawab. Laju plak jawab.

"Jom laaaaaa"

"Tak nak"

Aku tenung je dia. Dia tengok aku balik. Senyum-senyum and golek ke dada. Baring atas dada.

Tiba-tiba dia bangun, cium pipi aku.

Sebak.

Nangis lagi.

Tak jadi pergi taska aritu.




Situasi 4:

Nak update blog. Nak update tentang hubby delay draf Lumut, tentang customer banyak songeh, tentang kutu, tentang selera aku yang takde.... tapi teringatkan Razin yang sedang tidur (awal tido mlm ni)

Taip.

Remembering.

Cried.

:'(


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: