Monday, October 7, 2013

TTC stories


bismIllah...



Seperti yang pernah diblogkan sebelum ni, aku consume Qaseh Gold Adinda sejak Mei-Jun lepas sebagai usaha untuk hamil anak kedua.

Aku tak penah pakai ape-ape pun untuk merancang... So bila Razin dah cukup setahun, terus aku ON je untuk bagi Razin adik. Razin dah 2 tahun 6 bulan baru aku disahkan hamil.

Bagi aku, lama jugak la proses TTC tu. Dari duduk sekali di Johor sampai dok asing-asing starting January 2013 till now. Alhamdulillah husband dapat draf ke Lumut semula and lapor diri 16 Oktober ni.

Anyway, just nak share pengalaman TTC.

First sekali, period cycle. Aku bersyukur dikurniakan kitaran haid yang takde masalah. I'm regular as a clockwork. Cycle aku 26 hari.

Untuk yang ade masalah period, elok la betulkan cycle tu dulu... Boleh jumpa doc untuk penerangan lanjut. Leh jugak consume supplement yang boleh bantu betulkan cycle. Yong (kakak aku) amik Qaseh Gold baru la period dia teratur katanya. Kalau tak, penah je sebulan or 2 bulan tak period. Tapi takde baby pun.

Aku sebenarnye pemalas tahap gaban nak jot down bila period, bila abis period... sebab tu aku selalu tweet je. "arini bendera merah la plak" would be what I tweeted. So nanti aku check je twitter aku. HAHA... pemalas!


Kedua, berat badan. Well, aku CUBA jugakla nak kurus untuk dapatkan berat badan ideal. Tapi hampeh gak haha... awal-awal beli cross trainer memang aku rajin workout. Pehtu maleh. hahaha... tapi betul la, nak preggy seeloknye dapatkan berat badan ideal. Tak kurus sangat, tak gemuk sangat.


Ketiga, amik supplement. Aku amik Qaseh Gold Adinda dan air Sole (garam mineral). Husband ku pun aku bagi Qaseh Kekanda... tapi bab laki aku tu, tak tau ler dia makan hari-hari ke tak. Aku juga amik asid folic beli kat farmasi.


Keempat, kira hari bila akan bertelur (ovulation week). Selalunya hari ke-13 lepas kita tau kita period. Means, kalau macam aku yang period 5-6 hari, dlm lebih kurang 6-7 hari lepas abis period tu waktu subur la... Ovari tengah mengeluarkan telur.. So kalau nak bersama dengan suami, sangat afdhal pada waktu subur ni la.

Bagi yang PJJ macam aku and hubby (tahun ni), memang susah la sikit. Yela, laki balik time period ke... dia balik time x subur ke etc. So, bagi married couples yang berPJJ and masih belum ada rezeki, sabo jelah... memang amik masa... insya Allah kalau ade rezeki tu ada la.

Aku baru je join group TTC kat FB. Baru tau macam-macam masalah kesuburan yang wujud rupanya.

For women, antara yang paling common is PCOS (Polycystic Ovarian Disease). 

Amende PCOS tu?

Polycystic (pah-lee-SIS-tik) ovary syndrome (PCOS) is a health problem that can affect a woman's:
  • Menstrual cycle
  • Ability to have children
  • Hormones
  • Heart
  • Blood vessels
  • Appearance
With PCOS, women typically have:
  • High levels of androgens (AN-druh-junz). These are sometimes called male hormones, though females also make them.
  • Missed or irregular periods (monthly bleeding)
  • Many small cysts (sists) (fluid-filled sacs) in their ovaries

Ada banyak lagi problem selain PCOS. Endometriosis, fibroids... etc.

Lelaki pun menyumbang jugak... bilangan sperm yang sikit, sperm motility etc... 

Seeloknya bagi yang dah setahun kahwin and belum ada rezeki, rujuk pakar. Jangan tunggu lama-lama cos semakin meningkat usia, semakin kurang subur.

Kalau memang takde masalah kesihatan, then memang belum rezeki... Insya Allah nanti ada lah tu.

I'm in delicate mood since preggy.

Kalau leh nak ramai kawan-kawan TTC preggy too. 

Selalu jenguk-jenguk group and baca kisah TTC kat situ...

Esok ada appointment dengan Dr Ngo. Aritu pergi dia scan tak nampak ape lagi (of cos la, baru 4 weeks kot!). So esok dia nak scan lagi...

Kekadang rasa macam tak percaya je pregnant. Tapi till now takde period and pregnancy test pun positif, so.. ya... ada baby dalam rahim ni. Syukur Ya Allah...

Razin pun sekarang manja semacam je. Macam tahu nak berkongsi kasih lepas ni. I still love you, Razin. :')



Written By Ryehana
alhamdulIllah...

0 comments: