Tuesday, January 7, 2014

Razin's new bed

bismIllah...


Huahua... tah ape2. Beli katil pun nak blog. tapi pedulik le... kehkeh...

Aku yang excited terlebih. Yela, masa kecik tak merasa weh. Kecik-kecik dulu tido katil double decker besi yang senang goyang and slalu tercabut penghadang sampaikan aku pernah jatuh dari tingkat atas masa tido (tido lasak beno) ketika umur 6-7 tahun. :p

Since aku decided takmo beli baby cot/baby crib for new baby, so aku beli la katil double decker ni. Leh anak-anak aku tido bila dah beso nanti. Time sekarang ni, tetamu jela yang tido dulu hehe...

Untuk 3 orang tido. 
Bahagian tangga tu storage compartment jugak.
Btw, corak Angry Bird tu leh custom nak kartun ape... kalau anak girls, leh tukar jadi Disney Princess ke ape...

Aku beli di CK Home Sitiawan.

Order pada 11hb Dec 2013 yang lepas, tapi baru semlm (6th Jan) diorg datang hantar.


Kisahnya memang dah nak cancel cos mula-mula janji leh dapat before Krismas. Tapi tunggu punyer tunggu tak sempat. Janji ke2 dapat lepas New Year... pun tak dapat jugak.

Memang dah nak cancel and amik duit dah...sekali diorg gitau yang akan hantar 6th cos xde transport dr Johor ke Perak (jauhnye katil aku ni datang). So tunggu jela. Nasibaik semalam dah settle.

Dia bagi free cadar untuk 2 tilam walaupun aku kata takyah (cos aku dah order set cadar+comforter Angry Birds online sejak beberapa minggu lps lagi)

Tilam2 and bantal2 memang dapat sekali... Harga dalam RM2K lebih. Mahal gak le bagi aku tapi... dah kitorang nak sangat. And takde kedai lain kat Sitiawan ni jual. Pakai la sampai lebam.

Razin yang excited cos ade gambo Angry Birds.
Baru pasang cadar baru... haha... yang tilam bawah and atas malas nak sarung cadar lagi. 
Tunggu ade tetamu baru pasang cadar untuk tilam bawah tu.



Malam semalam Razin dah ajak tido katil tu tapi after some time, risau cari bapak dia lak. So masuk la tido bilik mak semula. hehehe...

Takpela slow2.. Lagipun awal lagi. Tunggu dah masuk tadika leh baru nak ajar tido asing tegas sikit (ye ke?? =P)

Sekian.

Tu je post arini.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

2 comments:

Nurul Izayani said...

Cantiknya kak ana.untung razin..

Dalila yusof said...

berangan untuk anak dara saya 3 org nih