Tuesday, May 6, 2014

Baby songsang

bismIllah...



Isnin lepas aku ade check up kat A10. Seperti yang aku risaukan, baby masih songsang. So kena refer ke HAT and memang most probably akan dibedah la... Aku tanya gak kat HAT ade buat ECV (External Cephalic Version) ke? Diorang cakap TAK. And since Dr Sharifah adalah doktor yang busy gila, memang akan dibedah jelah. kwang kwang kwang...

Balik dari check up terus nangis beria-ria. Sedih and takut. Sedih cos nak bersalin normal macam Razin. Yela, nak lalui benda yang kita familiar la kan... Then takut sesangat. Yer, aku memang penakut. Bayangkanlah perut nak kena bedah! huhuhu T_T

So hari Selasa (arini) aku pergi ke Sejati Maternity pulak nak buat detailed scan and tanya pendapat Dr Goh sama ada dia boleh buat ECV ke tak.

Dr Goh tanya aku balik, mana aku tau tentang 'ECV' kejadah semua ni? haha... agaknya jarang orang tanya kot bab ni... aku cakap la aku bace kat internet & FB hehe... Dia pun terangkan tentang ECV ni. Bagus Dr Goh ni panjang lebar dia cerita. Dia boleh buat tapi kena make sure criteria-criteria yang membolehkan ECV dilakukan dipenuhi:-

1. Baby dalam keadaan ok, takde terbelit tali pusat di tengkuk.
2. Air ketuban banyak untuk memudahkan baby gerak bila dipusingkan.
3. Err... aku lupe.

Anywayyyy, Dr Goh pun scan la aku....


Kalau normal, macam gambar kiri tu. But no, baby aku di posisi pada gambar kanan. Sebijik macam tu dengan kaki kat atas... tangan dia lak tutup muka and muka dia menghala ke bahagian kiri aku.

And guess what, tengkuk baby dililit sebanyak 2 KALI dengan tali pusat. Tengok tu je terus la Dr Goh cakap, SORRY... cannot do ECV. No wonder baby takleh pusing, dah tengkuk dia tersangkut kat atas... camana nak pusing, ye dak?

Other than that, ok la... uri di atas... air ketuban normal. Tak banyak. Oh, and Dr Goh said my baby is small. 2kg lebih jer.. boleh besar lagi... (baru nak masuk 37 weeks). Hmmm adakah sebab aku tak makan segala vitamin-vitamin yang klinik bagi? Huhu... asyik lupe and busy gile :(

Aku sempat tanya jugak, possible tak baby still head down? Doktor cakap "yes, but the chances is very low".

Walaupun tengkuk dia berlilit dengan tali pusat, tapi kalau baby reti nak untangle herself/himself, of cos she/he can still head down. Dia yang control sendiri kan... kalau dia rasa terjerut, dia berenti la. huhu... itu la serba sedikit yang Dr Goh terangkan.

Marilah berdoa supaya keajaiban berlaku and baby akhirnya berpusing kepala ke bawah tanpa komplikasi tengkuk terjerut etc.

On another note, serius bagus Dr Goh ni. Baik je. If I have more money to spend, I will definitely deliver my baby at the clinic. Tapi memikirkan kelebihan beranak di hospital yang of cos le free, maka... beranak jela kat HAT lagi. Belum mampu lah nak beranak kat private. Sape tak nak beranak private? Aku nak sangat. Tapi tak mampu der... Sampai RM5-7K kalau czer.. err... beranak jela kat HAT. Special jugak hospital angkatan tentera tu. Bukan semua orang leh beranak situ. ehehehe... (sedapkan hati =P)

So Jumaat ni ade appointment dengan Dr Sharifah di HAT. Most probably untuk tetapkan tarikh bila nak kena bedah. Aku paksa husband teman cos aku blur dengan keadaan kat HAT tu. Segan la nak pergi sorang-sorang. Tercangak-cangak plak kang... Dahla belum tentu dapat jumpa Dr Sharifah dengan cepat (was told to be there at 7.30 AM!!), kang mati kutu aku tunggu sorang-sorang. Ehhh tak koser I. Silalah teman binimu ini.

Kesedihan and kecuakan aku untuk di'operate' dah berkurang berbanding semalam masa baru balik A10. Maybe sebab dah nangis puas-puas and dah pasrah?

Dan jugak akak sebelah rumah dah bagitau serba sedikit bab berpantang lepas kena operate? Aku masih takut but I try not to think so much...

Antara yang aku takut/cuak adalah kerana:-
a) TAKDE SAPE dalam family aku pernah kena c-zer. Mak aku 6x beranak sumer normal. So, takde pengalaman. And of cos dalam adik beradik aku, baru aku sorang je yang beranak. So... memang tak tau ape... yang aku tau dari ape aku dengar2 jelah.

b) TAKUT susah nak berpantang. Aku dengar kalau czer takleh berbengkung (abis la perut tak kempis!), takleh gerak banyak and kena jaga luka di perut dengan teliti.

c) TAKUT susu sikit. Sebab baby tak kuar secara normal, so susu pun malu-malu nak keluar? Ntah... tak tau mitos ke tak tapi aku risau. Cos masa beranak Razin dulu, time mandi lepas bersalin memang menitik2 susu kuar. huhu...

d) TAKUT tak dapat susukan anak direct lepas kena operate. Orang kata, 1st day lepas kena operate memang takleh bangun. So camana la nak bagi anak susu? Aku ni dah le semangat gila nak bagi colostrum kat baby awal2... kalau dah aku lalok tak berapa nak kuat/sedar, camne eh?

e) TAKUT sakit! Memang la masa beranak tak sakit cos ko tak rasa ape time kena belah perut tu, tapi SELEPAS itu?? huaaaa... takut sangat. Major operation kat perut tu wei... Aku ni terbayang-bayang rupa akak sebelah katil aku dulu yang baru lepas kena operate. Teruk betul rupa dia dalam kesakitan... dan juga masa Cikgu Pah kena operate buang cyst dulu... Pun teruk jugak. Haihhhh.... >__<


Apa-apa pun aku berserah pada Allah.

Mungkin Allah nak bagi aku rasa both normal and dibedah? Ujian dari-Nya...

I still hope baby will head down soon.... amin.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...

3 comments:

Jannah The Nanny said...

dari pengalaman kakak sy yg 2 kali beranak ceasar, insyaAllah ok je wlaupun ceasar... berpantang still mcm biasa cuma nak bergerak after operate tu mmg susah sket.. but as long as baby ada atas kita, selagi tu boleh menyusu.. xde masalah insyaAllah... semoga dipermudahkan :)

-merah jambu- said...

assalammualaikum..
aku beranak czer..mmg aku menangis sbb 1st time msk hospital seumur hidup tetiba kena czer...
masa pantang xde masalah..pantang mcm org lain cumanya xleh bertunku n pakai barut...masuk hari ke-5 perut mmg kempis tp xle sekempis sebelom mengandung (sedikit buncit)sila sapu lotion panas...
lps operate mmg xbergerak lgsg sbb beranak pukul 2057hrs,dh malam..masa tu fully bius mmg tdo sampai keesokan pagi..
mmg sakit bila nk bergerak tapi klu ko tahu teknik dgn mengiring pastu tahan guna tangan then ko tegakan badan,in sha allah sakit tuu xla sakit sgt..atau ikat tali kt katil..
susu aku mmg sikit 5 hari pertama,lps tok aku dtg rumah n urut txxxk aku,susu klar dgn byknya dan kini susu masih keluar..

in sh allah,ko boleh...

ummu said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Betulkan Bayi Songsang