Thursday, May 8, 2014

Hospital bag

Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam dah kemas-kemas beg untuk bawak ke hospital.

Aku guna diaper bag Pink Lining yang supplier bagi hadiah... Hehe



Inside the bag:
1. 10 pcs newborn diapers 

2. 10 pcs maternity pads

3. Maternity loop (mls pakai spender kahkah)

4. Receiving blanket sehelai - yang warna biru

5. Lampin/swaddle/wrap sehelai - yang warna putih corak kapal layar tu

6. Toiletries johnson - baby punye tp aku pun bedal gak nanti

7. Baby wipes

8. Stokin kaki 2 helai

9. 2 helai newborn outfits - satu onesies berbutang depan, satu lg baju 2 pcs butang depan jugak (xkoser nak bawak romper)

10. Mitten+booties and barut. Barang2 di no. 9 & 10 aku sumbat dalam plastic transparent that came together with this diaper bag. Kemas sikit.

11. Nursing bra

13. Sehelai nursing blaus untuk dipakai masa check out hospital.

14. Kain batik 2 helai

15. Disposable breastpads

Tu je yang dalam gambar.

Yang bakal dibawak tapi takde dalam pic:
- tuala baby
- kurma & air zamzam
- berus gigi
- manual breastpump (xtau lagi nak bawak yang Medela or Avent)
- minyak telon (ade mommy suggest, cos mana tau baby tak berak2... Letak minyak cepat berak then leh balik)

Lagi ape ek...

Ape-ape pun bersyukur betul ramai kawan di FB yang caring and banyak bagi suggestions. Tak kurang jugak yang bagi maklumat & berkongsi pengalaman bersalin czer. At least aku dah bersedia gak la dengan info berkaitan... Syukur...

Tapi cuak jugak... Esok nak jumpa Dr Sharifah dah. Berdebar-debar je nak tunggu tarikh.

Mak pulak risau and suruh aku beranak operate kat private - siap nak sponsor sikit. Huhu... Tapi tunggu jela esok camne. Tunggu ape Dr Sharifah nak gitau...

Sekian.




Alhamdulillah...


0 comments: