Wednesday, October 1, 2014

Razin kena HFMD

Bismillahirrahmanirrahim...







Kesian Razin. Tetiba je kena HFMD. Padahal duduk rumah je pun. Aku perasan Sabtu malam dia ada naik merah2 kat tangan... ingatkan nyamuk.

And malam tu ada jugak dia ngadu gatal kat kaki, aku anggap gatal biase jela...

Esoknya Ahad, pergi open day Little Caliphs kat Desa Manjung Point. Razin main-main kat situ and lama gak melepak sempat aku nyusukan Raul sampai kenyang... On the way balik tu Hanis cakap eh ape benda naik kat mulut Razin ni? Tengok2 ade bintik2 merah tu. Then check tangan and kaki pun ada bintik2. Whoaaa sedih aku. Terus bawak pergi klinik.

Tak demam. Takde ulser dalam mulut masa check tu... kitorang pergi Klinik Diong btw. Tapi bukan Dr Diong yang ada... Doktor lain bangsa India... Maybe sbb Ahad kot. Doktor lain ganti. Doktor tu kata bukan HFMD. Dia bagi ubat sapu and ubat gatal.

Esoknya Isnin tak puas hati cos aku rasa betul la HFMD ni.. bawak pergi Pakar Ling plak. Betul telahan aku. HFMD. Ade bagi ubat sapu ubat gatal gak tapi takde pakai pun... bila letak terus budak tu bergaru so biar jela... tak letak. Aku sapu tea tree oil jer... and sekali ada letak calamine lotion.

Takde ubat kan... just wait it out I  guess.. Tunggu surut.

Patutnya arini (Rabu) 1st Oct aku hantar Razin pergi Little Caliphs. Tapi dah sakit, kena la duduk rumah dulu.

Baru je daftarkan dia untuk sesi tahun depan. Tapi aku cakap dengan teacher tu bulan 10 leh masuk dah ke tak cos takde orang nak jaga Razin time aku busy di kedai. Kat kedai aku bawak Raul je. Tak larat la nak handle sampai dua orang. Dahle kedai takde tv ke ape... mesti boring Razin nanti.

Kedai?

Yes, dah ada kedai. Tu next entry kalau rajin.

Wish I could have more time to blog.

Till then. Doakan Razin cepat sihat. Sedih jer tengok benda merah2 tu banyak naik kat siku and mulut. Ade jugak kat area bontot and crotch. Bila datang masa yang gatal ya amat tu sampai nangis2 Razin.... abis tu mak nak buat ape ajin.... T_T

Raul ada kat kampung, Mamito amik semalam (Isnin) cos takut berjangkit. Nak hantar Razin memang tak la cos dia pun tak nak balik kampung.

Tapi semalam Nini bagitau Raul meragam and dalam mulut dia ada merah2. Belakang tengkuk pun merah2. haihh risau plak aku... harapnya takde ape2 cos Raul memang tengah teething kot... asyik gigit jari and isap. Memang tengah gatal gusi.

Anyway, got to go. Adios.

Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: