Tuesday, November 10, 2015

Semoga tak lupa

Bismillah...


Tengah siap-siap nak tido (awal lagi baru pukul 9). Raiq dipegang oleh bibik, aku angkut Raul dari dalam buai bawak naik atas. Bilik tido kat tingkat atas.

Sebelum angkut naik atas prepare susu utk Raul... Dia mesti jaga punye kejap lagi and nak susu.

Settle masuk bedroom, Razin kena kencing before tido... So suruh dia masuk toilet pee dulu.

Lama budak ni dlm toilet. Buat ape?

Jenguk, tengok dia atas toilet seat tengah menung.

"Dah kencing ke belum?"
"Belum... Ajin sakit perut nak berak"
"Ok berak dulu"

Aku sambung tukarkan pampers Raul and layan dia minum susu.

Razin masih belum kuar toilet.

Jenguk lagi.

Oh my god! Nampak dia bercangkung kat lantai and taik bersepah cos dia cirit. Ahh sudah.. Nasibaik cair je so aku spray ke lubang saliran. Hadoii sabo jela... Kecoh-kecoh dalam toilet, Raul pun menyibuk masuk toilet nak main air...

Ok kuar bilik air, settle nak tido. Raiq dah tido lepas menyusu kat atas katil.

Razin ni aku nak pujuk suruh tido bawah cos sempit le katil kalau 4 beranak tido sekali... Selalunye memang salah sorang kena tido bawah dgn Ayah. Ni Ayah takde jenuh le mak huhu

Tengah pujuk-pujuk, tiba-tiba Razin batuk. Pastu bluwekkk kuar muntah selambak. Oh my god... Stress aku. Ape ke hal budak ni asyik cirit n muntah ni?

Tengah aku tanya-tanya Razin, datang Raul meluncur atas tilam straight ke muntah Razin. Oh noooo... Abis muka dia ngan rambut kena muntah Razin!

Aku dah menyirap dah tapi nak marah pun nak watpe? Bukan paham. Hadoiii pergi ke toilet lagi mandikan terus Raul and cuci badan Razin yang kena muntah. Pijama Razin pun habissss... Grrrr

Now dah pukul 10 and we're trying sleep.

Raul dah kacau Raiq so Raiq bangun merengek2 nak nenen lagi.

So while i'm typing all these down, I have Raiq breastfeeding, Raul on my right side  tengah minum susu botol sambil menyondol-nyondol bahagian ribs aku.

Razin?
Dia kat bahagian kaki aku.

Ni keadaan ada anak 3.

Bibik once msk tido aku xkacau dah.

So cmni yer keadaan ade anak kecik rapat2.

Raiq, 3 months.
Raul, 1 year 6 months.
Razin, 4 years 8 months.


Semoga tak lupa Ana.

Semoga tak lupa...





Alhamdulillah...

2 comments:

amal said...

hahahaha.... xpe kecik2 camni la nak susah. esok dorang dah besar insyaallah mak senang.boleh goyang kaki hehe.. semoga hero2 ana ni membesar jd anak yg soleh, penyejuk hati ana :)

Mama Panda said...

Insya Allah wani..

AMIN.