Thursday, November 5, 2015

Busy busy

bismillahirrahmanirrahim...



Busy gila lately.

Razin punye Ihtifal (konvo tadika) hari Ahad ni. Sian dia bapak dia takde. Laki aku pergi Sabah seminggu sejak last Tuesday.

Semalam Mamito datang untuk teman.

Memang le bibik ade, tapi pengsan aku memalam nak tidokan 3 orang budak! Semua nak menempel bawah ketiak aku lak tu... Yang baby dahla nyusu badan, abg dia si Raul jeles... nak duduk dekat-dekat jugak. Raul dahla tembun... riso je aku Raiq kena crushed dengan Raul.

Razin plak biase la... nak aku gak.


Pengsan wei... baru anak 3.

Bibik pancing2 gak ajak Raul or Razin tido ngan dia. Tak hengen pun bebudak ni. Plus, aku pun tak suka.

Semalam sebab Opah diorang ada, so Razin & Raul tidur ngan Opah. Mak kat atas dengan Raiq.

Bangun pepagi tadi Raul nampak aku jer terus nangis. Sedih benor macam aku tinggal dia... kesiannnn hahahaha... aku letak Raiq kejap kt katil and then pergi kencing pun dia ngobak cam hape. Ape la Raul....


Anyway, Razin pun ngobak pergi sekolah arini. Dia ni bukan ape, tengok Opah ade kat umah... Raul kat umah, Raiq kat umah, mulala rasa seronoknyeee duduk rumah. So tak nak pergi sekolah. Saba jela dak Razin ni huhu


K lah. adios. nak balik umah mengepam


Bye

Written By Ryehana

0 comments: