Tuesday, December 15, 2015

Aktiviti cuti bulan 12

bismillah...


Updates bergambar ni namanya...

Layan...


5 Dec di Beruas.
Sebelum pergi kenduri kawen kawan Nan



Mak and Raul on the way nak pergi kenduri.
ABAIKAN KEGEMOKAN MAK.

Moving on..


Ajin macam anak cina betui. huhu




Lantak korang lah nak sembang ape...
Saya nak makan lalala



Lepas Zohor gerak pergi Ipoh plak. Pergi Mood Republik kat Casuarina Meru.
Gigih pergi jejauh nak ngabih duit!



What I bought?
2 jubah dari Imaan Boutique (RM139 x 2)
1 jubah dari Calaqisya (RM149)
2 instant shawl Naelofar (RM55 x 2)
3 helai instant shawl brand ape tah, Nini amik satu (RM100)

Pergh, Rabak RM637! Tapi pueh hati gak la cos dapat pegang kain dia and test kat badan (aku sarung je peduli hape.. nasibaik time tu semua girls je kat booth Imaan Boutique tu)

Murah la dari harga biase (takdela murah BEBENOR pun)...
murah rm10,20 gitu je...

jadilah... 

Balik dari Mood Republik, laki aku yang hanya menjadi driver ajak pergi Sri Iskandar pulak nak tengok rumah ade orang nak jual and kekononnya nak beli...

Rumah kos rendah RM100K only. Kecik je tapi bagus la untuk sewakan, I think.

Takde gambo rumah cos masih ade orang menyewa.

Oleh kerana kelaparan, kami singgah ke Restoran Ikan Bakar Pak Teh yang femes kat Sri Iskandar tu.


Soft shells crab (RM15 x 2)
Jenahak bakar (RM49)
Tomyam, telur dadar, kailan ikann masin, bla bla...
Total RM109... Oklah.

Sedap soft shell crab tu tapi pedas gilaaa...

Aku tak ingat aku order yang mana... sweet n sour ke ape... huhu

Anyway, last weekend plak aku bawak Razin & Raul ke Pangkor.

Ini adalah kali pertama aku ke Pangkor sejak 2002!

GILE LAMA SIOT tak jejak kaki ke Pangkor padahal sekangkang kera je.

Ni aku terpengaruh dengan Cikgu Ika yang baru balik dari cuti2 ke Pangkor dgn sanak saudara dia (my customer, my friend)

Tapi kitorang takdela tido sana. Lagipun Raiq tinggal kat umah dengan Bibik...

Tengokle next time bila free and pergi ramai-ramai baru syok tido sana.


Kami naik dari Marina Island, 10 minit je nak sampai Pangkor.
Ni Razin asyik kena jadi model Deuter bag yang Mak jual.
Nasib ko la nak.. haha..



Razin happy sangat dapat naik ferry.
Pengalaman pertama.




Raul?
Hmmm tak kisah ape pun.


Raul dalam fasa sangatlah "tak reti dok diam"
Jenuhh

Nasib baik bawak Ergo.


Sampai Pangkor, kami sewa kereta je dari orang yang ramai tunggu kat jeti tu. Sentiasa ada. Amik la... RM70 untuk 3 jam. Dapat wira auto. Haa ade citer tentang kereta ni tau... tunggu aku citer HAHA


Kat Teluk Nipah


Lepak Teluk Nipah jap cos sini nampak happening...

Tho i must say, I would prefer to come during slow season.

Musim cuti sekolah ramai gile orang kat pantai. Serabut.

Resort yang dekat gile ngan Teluk Nipah ni adalah Anjungan Resort.

Boleh diconsider lah if nak stay nanti.

Aku jugak baru tau yang Pangkor Laut Resort tu di pulau berasingan. KAHKAH...

No wonder la mahal gile satu malam almost 1K kot. Tak campur orang... memang privacy and very expensive ler

Next activity just meronda and survey2 chalet/resorts jelah.

Haaa... bab kereta tadi kan.

Kalau orang suruh isi minyak, silah isi.


Tengok ni kereta tersadai cos ade orang tu DEGIL tak nak isi minyak walaupun bini dah suruh. 
Maka? Mampos kete tengah jalan... sabo jelah.

Kereta sewa kat Pangkor ni memang kena lenjan kaw-kaw punyer.
Yang kitorang sewa ni dia punya fuel meter dah jahanam.

Masa brother tu handover kereta dia dah inform, isi minyak RM10. Tapi laki aku tak isi, sebaliknye berjalan sampai ke Teluk Nipah.

Lepas 5 minit blah dari Teluk Nipah, kete meragam nak naik bukit and terus kong.

Aku dah cakap dah, ISI MINYAK... tapi ade orang tu cakap "Tak payah" 

Then lepas tefon, brother tu datang bawak setong minyak. Lepas isi still takleh start kereta jugak.

So masa tu ingat kereta tu memang rosak la kot so kami dapat kereta lain...

Kitorang tinggalkan je kereta tu dengan pomen...

Lama gak menunggu, kesian anak-anak aku macam ape je bersidai tepi jalan. So sadddd haha

On the bright side, kami dapat kereta Myvi yang baru dan best sebagai ganti.

Kereta brother tu sendiri dia bagi pinjam. Alhamdulillah berganda la selesa nak drive berbanding wira yang rendah tu... Nak naik bukit pun confident...

Masa pulangkan semula kereta, baru brother tu gitau betulla kereta tu takde minyak. Kena isi minyak lagi setong baru boleh start. SEE?? 

Itu lah dia pengalaman kami jalan-jalan kat Pangkor =P


Pengajaran: Sila dengar cakap bini & silalah isi minyak kereta sewa anda. 

Ni bukan kereta Hertz, kalau Hertz dapat je kereta terus bawak cos minyak full. huhu...

Oklah. panjang lebar dah citer.

Till next time.


Written By Ryehana

1 comments:

BPS said...

Kita sebenarnya tak perlu travel2 ni dah. Dok rumah pun boleh seronok. Tapi nak tengok anak senyum, blur naik feri, tu yang best!