Monday, February 29, 2016

Lupe amik anak

bismillah...




29 Feb 2016. Tarikh 29hb Feb ni 4 tahun sekali je datang and pada hari ini aku lupa amik Razin di taska for the first time!

I was so disappointed with myself. Masa sedar tu rasa hati remuk redam. Camni rupanya perasaan bila lupa amik anak kat taska. Yang herannya haram le sekolah nelefon pun. Huhuhu

Alkisahnya pagi ni memang busy cos Raul ada sekali.

Siap-siap pagi mandikan Raiq & Raul sebelum hantar babysitter. Selalunya kalau hantar budak pukul 8 lebih pagi tu aku tak mandikan pun. Tapi sebab memikirkan babysitter ku itu ada jaga budak lagi 2 orang, haii jenuh nak mandikan Raul and Raiq pulak.

Baby takpela lagi. Raul tu nak mandi punye la banyak drama. Jenuh.

Settle mandikan diorang, kemas2 segala baju dua beradik, susu perahan, warmer and botol susu, zasss drive ke rumah pengasuh di Taman Manjung Point 1.

Lepas hantor budak-budak 2 orang tu, aku zass ke McD drive thru utk beli brekkie wrap for breakfast. Lapo weh... Pukul 9 ada sesi dengan trainer kat gym.

Aku sampai awal so cardio for 40 minutes.. dapatla 3km gitu.

Pastu main-main besi plak... arini train untuk shoulder. Lenguh gila bahu! Benda simple tapi hazabnyer nak abiskan 3 sets.


Sejam lebih je kat gym, dalam 10.30-10.40 aku zass pergi kedai pulak dengan tak mandinya. hehehe... memang busuk peluh tapi lantakla kat kedai ade Hanis je.

Check order yang sampai, update payment customers for kutu and order dari whatsapp/facebook, then aku blah biar Hanis settlekan order website pulak. Aku balik umah around 12.

Kekonon nak mandila tapi tengok umah macam tongkang pecah so aku kemas la dulu... settlekan kain baju kat ampaian (xsempat lipat pun), kemas mainan budak2 and menyapu/mop ckit. Jadilah...

Perut lapo, rebus telur 2 bijik sampai ngadap laptop buat keje jugak.

Almost forgot that I boiled the eggs! Pergi dapur basuh tangan baru nampak periuk dah nak kering airnya. Gilo wehhh

Masa nak makan baru teringat anak. Sebab dalam kepala terfikir "Razin suka telur rebus".

I froze. Cepat-cepat call taska tanya Razin ada lagi ke? (takut dia pergi taska dekat situ utk transit ikut kekawan ke ape - xtau kenapa aku terfikir camtu) and cikgu dia jawab ada. Aku gitau la aku lupa nak amik and otw.

Jam pukul 2 time tu. Kesian Razin!! Dia habis kelas pukul 12.30 tengah hari and parents were supposed to pick their kids BEFORE 1pm. ni aku lambat sejam. huhu

Balik tu mandi, solat and sambung makan telur rebus aku tadi..

Pukul 3.45 petang keluar balik singgah McD drive thru lagi beli set makan utk babysitter (kesian dia jaga budak-budak ramai, ntah sempat makan ke idak) and untuk aku + Razin.

Amik Raiq and Raul pukul 4 petang camtu. Saje amik awal cos susu perahan dah tinggal satu and susu Raul pun kebetulan dah nak abis tinggal satu bancuhan je. Plus, kesian nak biar babysitter jaga lama-lama & kerja aku takdela banyak sangat so amik jela.


Ok that's it.


Itu lah yang berlaku dalam kehidupan seorang Nor Raihana pada 29 February 2016 ni.


Adios



Written By Ryehana
alhamdulillah

1 comments:

Qhaifa Nur said...

Kasihan razin...nasib baik ingt