Friday, July 28, 2017

Lola's sick

bismillahirrahmanirrahim...












Sejak semalam aku perasan food bowl dia tak susut sangat. Selalunya bila dah pagi, abis makanan dia or at least tinggal sikit je... berak pun tak... 

Then petang semalam and pagi ni dia duduk tidur je dalam litter box dia tu. Selalunye dia duduk kat jaring-jaring tu la.. sama ada kat tingkat atas sekali or bahagian tengah. Mata pun bertaik mata and macam lesu je. So around pukul 10 lebih tadi aku bawak dia pergi Animal Clinic.

Sepatutnya it's time for her vaccination, but now aku bawa dia untuk check cos macam tak sihat je.

Indeed, she has a fever. 40 degrees. Then when the doc checked her mouth, she was shocked to see Lola's gums were red. (Seriously aku takde la sampai nak belek mulut dia, biasa la noob)

The inflamed gums could be a sign of being contracted with a virus. Though we don't know what yet.

So Lola's on antibiotics now.

Patut la dia tak nak makan dry food dia kan. Sakit gusi rupanya. So balik dari jumpa vet tadi aku bagi setin wet food. Sedap dia makan. Sian...


While she ate, aku bersihkan litter box dia. Buang semua kristal-kristal tu (eventho belum sebulan lagi) and letak pasir baru. Not really pasir la... this time aku try Cat's Best öko plus pulak.

Sebab utama;

1) Kristal tu bersepah. I mean, dia melekat kat kaki Lola and bila Lola merayap satu rumah, ade jela saki baki kristal kat lantai. Datang Raiq pergi main (worse, masuk mulut! tapi aku tak nampak lagi la)

2) Air kencing tak clump... means, cat's pee diserap oleh kristal tu. For one week ok la, dah lebih seminggu berbau ler... but I must say, baunye takdelah kuat sangat cos kristal ni serap bau juga. Cuma... ntah. Kotor la bagi aku cos air kencing kucing dalam kristal tu masih ada. Si Lola plak bila tak sihat ni dok tido dalam tu lak.

3) Saje nak try Cat's Best öko plus cos katanya boleh flush je. So we'll see...




Aku dah ada a few other brands nak dicuba lepas abis pakai öko plus ni. 

Till then.

Adios


Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: