Sunday, September 27, 2015

Mak anak tiga (part 2)

Bismillahirrahmanirrahim...


Blog dari gmbo2 jelah.


Ni gambar masa on the way balik Perak from Pahang.

Plan asal nak pg Cameron tapi tak jadi cos ramai kata jem. So laki aku melebcong ajak singgah Bukit Fraser memandangkan aku tak pernah lagi sampai situ.

Dalam kereta macam nak pecah kepala melayan Raul yang paling banyak ragam. Tu gambo dia ngaco Raiq tido. Adik dia elok2 tido tapi Raul sibuk nak cucuk mata la, jolok hidung la, even masuk jari dia dalam mulut Raiq. Saboooo jelah kan. Lastnye aku transfer Raiq duduk depan.


Sila jangan tiru aksi ini. Sangat2 tak digalakkan meletak baby di depan.


Heh. Macam boss kecik!


Sampai-sampai Bukit Fraser, aku almost termuntah. Cam hampeh je jalannye... 

Dahle perut lapo cos tak makan dari umah mertua 


Lunch kat Fraser Hill Golf Club. 

First time kami berlima makan sekali di luar. First time okeh. Sebelum ni tak pernah lima-lima kuar makan bersama cos Raul sama ade tinggal kat kampung or Raiq tinggal kt umah (opah jaga time dlm pantang).

Haaa pengalaman xleh dilupakan. Macam nak terbalik meja. Raul makan lambat sangat and aku plak kena kuar cepat cos Raiq dah nangis lah ape lah... Nak susu kot. Kuar la aku nyusukan Raiq kat luar dengan Razin. Raul n laki aku masih makan kat dalam tu...

Eloklah plak Raiq tgh nyusu tetiba Razin terlompat2 pegang bebird gitau dia nak berak. Ahhh sudah. Laki aku dahla kat dalam tu tengah makan dgn Raul lagi, menapak le aku n Razin (n Raiq didukung cos tak bawak ring sling) mencari public toilet.

Nasib baik tak jauh sangat. But still kena mendaki bukit le sikit. Hadoii.. Praying hard masa tu supaya Razin tak terberak dalam suar hahahaha


Ni gambo kat mana? Haaa ni dalam toilet!

Nasib baik lah aku bangku betul2 kat luar jamban tu... Dapat le aku letak jap Raiq sambil bukakan spender + seluar Razin and arah2 dia pergi masuk jamban n melunaskan hajat dia haha..

Nasib baik taska dia dah ajor cara cuci bontot, lega sikit aku..

Abis dia poopoo, jenjalan le kejap amik2 gambo.


Laki aku pg mana pn berselipar je. Raul nampak ok sikit. Kasut lama Razin btw. 


Anak sulung teman... :D


Okeh tu sumer citer semalam. Ni citer arini plak



Kami lunch kat Sushi King.

Kali kedua lah ni makan kat luar berlima beranak. 

Lagi sekali, Razin nak terkencing lepas makan minum 10 minit. Laki aku lak pergi bawakkan ke toilet. Tinggallah aku berkungfu melayan Raul n Raiq. 

Raul tak reti duduk diam, Raiq plak melalak2 bila dah bosan dalam ring sling.. Aku? Sabooooooo

Akhirnya (which seems like eternity), laki aku and Razin kembali ke meja. Raul duduk dengan ayah semula.

Aku dah risau ade benda tumpah ke ape pasni so ajak laki aku blah. Tapi dia tak nak lagi cos masih lapar. Ok tunggu le laki aku makan lak.

Tup tup... Terjadilah kes tumpah-tumpah air pulakkk... Mata tertengok tempat lain kejap je

Air oren yakult Raul tumpah, abis kena laki aku. Pastu Raul still tak nak duduk (keje nak diri je), tepis itu ini sampai tumpah plak air green tea bapaknye. Nasibaik dah sejuk huhu...

Ape lagi, blah le hahahaha.. Sian laki aku. Entah kenyang ke idak. Takpela, Mak yang bayor pun :p

Pas makan, bawak pulak budak2 main kat Aeon punye playland ke ape tah. 

Raul's first time. Sian lak tak pernah bersosial and main tempat public camtu. 



Lepak setengah jam je cos takut ade insiden anak berak ke hape ke hahahaha...

Pastu balikkk.

Penat emosi. 

Tu pun laki aku ade hati nak ajak bercuti ke Penang lak hujung tahun. Aku kena ajak Mak & Nini ikut sekali le konvoi kalo cmtu... Yang paling melasak sekarang Raul. Umur setahun 4 bulan ni memang tengah fasa melasak gila. Time Razin dulu ok la cos Razin sorang, takde adik lagi... Heh.

Tu je nak citer.

Tak sabar tunggu esok pagi where Razin akan pergi taska and Raul akan dihantar ke babysitter. Mak n Raiq je kat umah.

Aku nak buat keroje banyak gilaaaa...

K bai



Alhamdulillah...

1 comments:

amal said...

haha boleh byg raul ni macamana. mmg xleh duduk diam ye. saborla ana. sementara nak besar ni mcm2 kerenah la. dah besar nnt rindu pulak hehe