Wednesday, May 19, 2010
bismIllah...


Kalau dulu aku tak suke blog yang letak word verification time orang nak komen, aku tarik balik.

AKu pun dah terpaksa letak word verification kat comment page sebab entry aku banyak kena SPAM!!!!

Siot betul la... malas dah aku nak delete. Lantak kat situ.

Sekian.

*2 weeks plus and counting.... :pandaGeli_06:



alhamdulIllah...
Sunday, May 16, 2010
bismIllah...



Yes, kaki movie macam aku ni semestinya dah tengok cerita Robin Hood baru kuar tu. Actually, aku tengok last week. And cerita ni memang best!!!

Dengan durasi 2 jam lebih, tak terasa pun sangat cos jalan cerita dan aksi dalam filem ni menarik. Dan ada kaitan ngan sejarah Inggeris (walaupun salah!). Aku suke sejarah walaupun dapat B dalam SPM. So.. movie ni bagi aku memang enjoyable!

Robin Hood atau nama sebenarnya Robin Logstride dilakonkan oleh Russell Crowe. Dulu aku tak suke Russell Crowe, tapi sekarang suke lak. hehe.

Cerita ni bermula dengan aksi perang (King Richard's Crusade) di mana Robin Longstride ni salah seorang pemanah dalam tentera pembunuh King Richard. Robin ni macam dah letih asyik membunuh, merompak dan macam-macam lagi sampai bile King Richard a.k.a Richard the Lionheart bertanya dia adakah perjuangan (peperangan) dia ni akan dinilai Tuhan, Robin dengan jujurnya jawab 'TAK'.

Sebab... ala aku lupe quote dia. Tapi lebih kurang camni la.. "Because of the massacre in ___ (aku lupe), where we killed the men, women and children there. The moment our blades touched their neck, that is when the God has left us. And we became godless..."

Lebih kurang camtu la ayat. Lupe dah aku cos tengok minggu lepas.

Dipendekkan cerita, King Richard mati di tangan seorang tukang masak. Kena panah terus gol. Pastu geng-geng Robin ni melepaskan diri bila tau raja dah mangkat. Diorang pun nak lari ke kapal untuk balik England.

On the way nak ke kapal, rombongan yang sepatutnya bawak mahkota King Richard ke England kena ambush. Mereka diambush oleh Godfrey yang berkaitan dengan konspirasi lain yang lebih besar.

Matilah seorang knight bernama Robert Loxley dalam ambush tersebut. Dah lambat barula Robin and the geng jumpa rombongan yang kena serang ni. Tapi sempatla dapat pesanan dari Robert Loxley yang tengah nazak untuk pulangkan pedang dia kepada bapa dia di Nottingham.

Maka, Robin dan kawan-kawan menyamar sebagai knights yang akan pulangkan King Richard's crown to England. Robin menyamar sebagai Robert Loxley.

Bila balik England, King John menjadi raja baru. Watak King John dilakonkan oleh Oscar Isaac. Brilliant sangat! Ko akan menjadi sangat sangat benci dengan dia. huhu..

Aihh... penat la plak menaip.

Ape-ape pun, cerita ni memang best giler.

Kalau nak tau kenapa akhirnya Robin Longstride jadi 'Robin Hood', atau macam mana seorang hero akhirnya hidup dalam pelarian, silalah menonton filem ini.

Aku suke Cate Blanchett. Dia adalah balu kepada Robert Loxley... but since Robin Longstride ni dipaksa terus menyamar menjadi 'Robert Loxley' untuk menyelamatkan harta benda keluarga Loxley, diorang ni pun cam bercinta aaa...


Dah. Tu je reviu aku.

Terima kasih.

oh. btw, "Rise and rise again until lambs become lions" means to never give up. (Robin Hood)

P/S: Happy Teacher's Day!


alhamdulIllah...
Saturday, May 15, 2010
bismIllah...


Between Us
There is the melody
I can't play for you,
There is the song
I can't sing for you.

Always,
I want to be with you,
Touch, feel your heart.

Between us
There is the line
I can't cross.




alhamdulIllah
Tuesday, May 11, 2010
bismIllah...



Adikku, Nini dah takde di KL. Dia balik Perak pagi tadi lepas amik Elantra kat opisku. Nak Matrix, tapi takde lak. So belasah jela Elantra yang tak best tu... ermmm...

Aku boring adik aku takde.

Nak tengok movie yang baru download pun takde mood.

Macam mana la orang yang anak tunggal? Bapak bosan takde adik-beradik lain... hmmm...

Jom layan gambar-gambar...

Aku tau, aku lebih comel dari Nini.
Terima kasih.
*muntah*


Sape nak beli GPS Garmin ni??





Macam-macam jenis GPS.
Sape nak beli, holler-holler la... Nini kerja ngan pengedar GPS nih...
Kompeni aku keje ni pun beli GPS ngan boss dia rupanya...


Aku nak tido la... boring....

Ngantok.... baju baru berendam... erm.. pagi esok jela basuh....

*HUarrrrghhhhh*


p/s: nak tulis benda yang aku asyik pikir... tapi tak seswai lak rasenya... takpela....


alhamdulIllah...
Monday, May 10, 2010
bismIllah...


I was supposed to go to work yesterday (Sunday) but didn't cos I was down with sore throat and running nose. Nasibaik tak demam jugak. Alhamdulillah. So, terpaksa la aku mencari klinik 24jam kat Pandan Jaya... boleh tak aku dah lalu depan Klinik Kita tapi tak nampak klinik tu?? bengong... bawak Nini pun setakat peneman jela. Bukan nak tengok-tengokkan... hampeh. Serius, semalam memang tak larat gile tapi terpaksa gagahkan jugak untuk ke klinik cos nak amik MC. MC ari Ahad... Doc pun muka semacam je bila aku mintak mc... adehhh..

Sebelum semalam, aku kuar dengan Mr CC mencari barang-barang yang tak lengkap lagi... So, dah beli kemeja and wallet+belt untuk dia. For me, just shoes. Itu je yang sempat dibeli... Maknanya aku ni tinggal lagi satu barang tak beli lagi... sama ada jam tangan atau handbag. Tapi aku more ke arah jam tangan sebab aku bukan jenis pakai handbag sangat pun. Takde maknanya nak bertukar-tukar handbag setiap kali kuar... oh tidak... aku jenis yang kalau ada handbag, itu jela aku pakai sampai nak jahanam. hehe... So, just kena beli jam jela...

Nini kata kasut hantaran aku macam ganas je. Takde rupa kasut hantaran... Ahhh pedulik hape aku... aku yang nak pakai!

Hantaran kami ni ikut suka-suka hati je nak bagi ape. Lantak... malas nak pikir...

Pagi Ahad, Mamito called. Haram aku wish dia Mother's Day pun. Huahuahua... tapi pelik kan, sejarah hari Ibu ni berkaitan dengan budaya asing jugak. Kalau Valentine's Day haram sambut, Mother's Day....?

"People in many ancient cultures celebrated holidays honoring motherhood, personified as a goddess. Here are just a few of those:
  • ancient Greeks celebrated a holiday in honor of Rhea, the mother of the gods
  • ancient Romans celebrated a holiday in honor of Cybele, a mother goddess, March 22-25 - the celebrations were notorious enough that followers of Cybele were banished from Rome
  • in the British Isles and Celtic Europe, the goddess Brigid, and later her successor St. Brigid, were honored with a spring Mother's Day, connected with the first milk of the ewes"


Bukankah hari-hari kita kena meraikan insan yang melahirkan kita? Takkan nak tunggu Mother's Day jugak baru nak raikan dia?

Hmm... sebelum ni ada gak wish Mak aku Mother's Day... tapi baru hari ni aku terfikir tentang sejarah hari ibu ni... kita tiru orang gak... hmphhh!

Macam orang yang sambut Valentine's Day kita kutuk cos tiru budaya orang kapiaq... tapi, same jela ngan Mother's Day... cuma orang yang diraikan berbeza, so takpe ek?

Takpelah, abaikan ngomelan orang kurang ilmu ni... sejak kecik lagi sambutan Mother's Day ni orang sambut je... so... lantak la. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Anyway....

Mom updated me with what she has prepared for my wedding day. Dia dah chop umah Dato' Anuar di seberang jalan untuk tempat bertanggak mempelai lelaki pada wedding aku nanti. Umah tu jugak tempat saudara-mara aku bermalam cos kalau nak campur umah aku dan umah Mak Yang, memang tak muat. Rumah sewa sebelah rumah pun dah ada orang sewa... so takleh nak watpe dah.

Mak juga kata baju aku dah siap... Nak dihantar kat kawan dia lak untuk dijahit manik. Risaunya toksah cakap la....
:pandaGeli_03::pandaGeli_03::pandaGeli_03:


Mmmm.... lagi ape ek?

Oh yer, Mak juga dah book red carpet wehhhhh! Bior benor! Masa dapat tau, aku tergelak gak la... Giler... aku malu weh. Aku segan la nak bersword barel bagai ni... tapi mak aku cam hepi, so biar....

Mak jugak dah menempah baju kurung untuk aku dan Nini untuk kenduri di sebelah lelaki. Kenala sopan-sopan sikit pegi umah mentua, ye dak? mueheheheh...

Pelamin... ermmm.. pelamin aku tak tau ape cerita.

Takpela, bebila free aku update lagi... ni update pun cos terjaga and takleh tido...

Oh, lupe lak. Aku dah tengok Ironman 2 dan jugak The Losers. Dua-dua best! tapi aku lebih suke citer The Losers kot (sebab ada Chris Evans yang super duper hot!!). Beautiful bod!! hehehe...

Suke watak Jensen yang dilakonkan beliau. SO comel!
:pandaGeli_09::pandaGeli_09::pandaGeli_09:

Walaupun filem The Losers tu kaw-kaw punyer kena kritik, aku peduli hape... yang aku tau, aku suke citer tu. Paling best part Chris Evans nyanyi lagu 'Don't Stop Believing'. haha... Terus nak buat lagu tu jadi ringtone.

Okey. That's all.

Salam.



alhamdulIllah...
Thursday, May 6, 2010
bismIllah...


Tahukah hari ini berapa hari bulan? Tahukah anda???



6th May, bebeh!!



Dalam masa 29 hari lagi, aku bakal bergelar isteri orang... dan sebulan lagi majlis perkahwinan akan diadakan...

:pandaGeli_18::pandaGeli_18::pandaGeli_18:

arghhhhhhh!

Kenapa aku tension? Kenapa aku stress?

Takkanla aku tak nak kahwin kot??


Cantiknya gambar ni.. macho siot abang-abang soljar... hehe


TAPI....

Tahukah anda yang aku tak habis beli barang-barang hantaran lagi??????

Tahukah anda yang aku takde pelamin lagi???

Baju aku pun tak siap lagi??? (dan aku tak tau la rupa dia macam mane!)

Dan tahukah anda kad kahwin di tangan aku dah kehabisan??? (aku lupe sebenarnya aku ramai kawan... muahahaha)

Oh... tension oke!

Stok kad kahwin dahle kat rumah di Beruas... aku ingat takdela nak guna banyak... kalau tak, takdela aku tinggal kat umah banyak sangat. Orang kampung ni stended jemput pakai mulut je.. (tapi kena pergi umah orang laaa... baru nampak kesungguhan menjemput berbanding just bagi kad). Alaaaaaaaaaa hampeh...

Sesape yang tak dapat kad tu, jangan marah ye. Aku cuba hantar gak. Kalo takde, ala... datang jela!

Lagi satu, aku dah blur... sape yang aku dah pos kad kahwin and sape yang belom? So.. aku jemput kat twitter jela ek. hehe...

:pandaGeli_13::pandaGeli_13::pandaGeli_13:


Semalam dah edar kad kahwin kat kawan-kawan sekerja di opis. Abis... kena usik macam hape je. Paham-paham jelah aku... Gelak jela...

Tapi dalam gelak-gelak ni, sebenarnya.... ermmm takpelah.

Aku ni sebenarnya banyak siot dugaan nak berkahwin ni... aku tak catat kat blog je.. kalau aku catat, leh jadi 'saga'.

Korang doakanlah yang baik-baik sahaja untuk aku ya....




Salam...


alhamdulIllah...
Wednesday, May 5, 2010
bismIllah...


Malam ni bukak Facebook, tetiba nampak notifikasi seperti di bawah...



Hmmm...

Which side are you on?

I ignored both invites, just the way I ignored all kinds of invitations on Facebook.. (memang aku bukan jenisnya...)


Tapi... sebagai seorang perempuan, aku sangat-sangat bersimpati dengan ibu arwah.
Juga adik-beradiknya...

Sebab aku pun ada adik lelaki.
Nakal, merokok, dan of course pernah memonteng juga...
tapi, nama pun budak baru nak naik...
budak tak matang...
juvana... bukan penjenayah...

Memanglah dah ajal.. yang pergi tetap takkan kembali...

Tapi sedih betul tragedi ni...

Sedih sangat-sangat bila memikirkan how he died...

Warkah untuk arwah adik Aminul Rasyid

Salam sayang,

alhamdulIllah...