Sunday, May 16, 2010

Robin Hood: Rise and rise again until the lambs become lions

bismIllah...



Yes, kaki movie macam aku ni semestinya dah tengok cerita Robin Hood baru kuar tu. Actually, aku tengok last week. And cerita ni memang best!!!

Dengan durasi 2 jam lebih, tak terasa pun sangat cos jalan cerita dan aksi dalam filem ni menarik. Dan ada kaitan ngan sejarah Inggeris (walaupun salah!). Aku suke sejarah walaupun dapat B dalam SPM. So.. movie ni bagi aku memang enjoyable!

Robin Hood atau nama sebenarnya Robin Logstride dilakonkan oleh Russell Crowe. Dulu aku tak suke Russell Crowe, tapi sekarang suke lak. hehe.

Cerita ni bermula dengan aksi perang (King Richard's Crusade) di mana Robin Longstride ni salah seorang pemanah dalam tentera pembunuh King Richard. Robin ni macam dah letih asyik membunuh, merompak dan macam-macam lagi sampai bile King Richard a.k.a Richard the Lionheart bertanya dia adakah perjuangan (peperangan) dia ni akan dinilai Tuhan, Robin dengan jujurnya jawab 'TAK'.

Sebab... ala aku lupe quote dia. Tapi lebih kurang camni la.. "Because of the massacre in ___ (aku lupe), where we killed the men, women and children there. The moment our blades touched their neck, that is when the God has left us. And we became godless..."

Lebih kurang camtu la ayat. Lupe dah aku cos tengok minggu lepas.

Dipendekkan cerita, King Richard mati di tangan seorang tukang masak. Kena panah terus gol. Pastu geng-geng Robin ni melepaskan diri bila tau raja dah mangkat. Diorang pun nak lari ke kapal untuk balik England.

On the way nak ke kapal, rombongan yang sepatutnya bawak mahkota King Richard ke England kena ambush. Mereka diambush oleh Godfrey yang berkaitan dengan konspirasi lain yang lebih besar.

Matilah seorang knight bernama Robert Loxley dalam ambush tersebut. Dah lambat barula Robin and the geng jumpa rombongan yang kena serang ni. Tapi sempatla dapat pesanan dari Robert Loxley yang tengah nazak untuk pulangkan pedang dia kepada bapa dia di Nottingham.

Maka, Robin dan kawan-kawan menyamar sebagai knights yang akan pulangkan King Richard's crown to England. Robin menyamar sebagai Robert Loxley.

Bila balik England, King John menjadi raja baru. Watak King John dilakonkan oleh Oscar Isaac. Brilliant sangat! Ko akan menjadi sangat sangat benci dengan dia. huhu..

Aihh... penat la plak menaip.

Ape-ape pun, cerita ni memang best giler.

Kalau nak tau kenapa akhirnya Robin Longstride jadi 'Robin Hood', atau macam mana seorang hero akhirnya hidup dalam pelarian, silalah menonton filem ini.

Aku suke Cate Blanchett. Dia adalah balu kepada Robert Loxley... but since Robin Longstride ni dipaksa terus menyamar menjadi 'Robert Loxley' untuk menyelamatkan harta benda keluarga Loxley, diorang ni pun cam bercinta aaa...


Dah. Tu je reviu aku.

Terima kasih.

oh. btw, "Rise and rise again until lambs become lions" means to never give up. (Robin Hood)

P/S: Happy Teacher's Day!


alhamdulIllah...

7 comments:

SuFy said...

nak p tgk gak..huhu..;P

yanie said...

rajinnye buat review2 movie. memang kaki muvi abes la ni. hihi :)

noor afzan said...

huhu..
nak pi tgk gak ni next time..

Nurulhuda|Adlie said...

rye ni mmg kaki movie gila! haha, sabtu aku pg tgk nightmare, midnite, kat ou, pastu parking jauh kene jalan kaki, creepy, pastu jumpa 2 org pempuan yg ilang keta, bawak diorang carik keta, pusing2, nasib jumpa, aku dah buat movie sendiri.. gila!

rye nak pesan awal2, nanti ko update okay pasal wedding, takde gambar pun takpe, aku nak ko tulis je feeling ko nanti ok? janji? haha..

Abe Annahl said...

i am the die hard fan pf russell crowe hehe

suka lakonan dia
berkarisma sgt

:)

Anonymous said...

suka kevin costner jd R.H

Mr PenyuBiru said...

best ek? nak kena pi tengok la nanti.lalala..