bismIllah...
Rasa macam nak menulis tentang cabaran breastfeeding lagi, tapi... ermmm... Razin dah 3 bulan, so leh kata fully bf ke?
Aku nak topup FM tapi takleh since dia takmo FM. Susu tin yang besar gabak tu bakal didermakan ke tempat kerja Yong. At least dapat bagi bayi-bayi yang tak sah taraf di tempat tu minum dari buang camtu je... kan ke bazir kalau buang je... susu baby dah le mahal...
Setakat ni Razin minum jer la susu ibu yang dapat diperah. Memang tak banyak.. so aku kena usaha lebih sikit ar... Kebetulan sekarang dah slow down sikit kerja. Tak busy sangat. Rezeki Razin... kejap-kejap aku singgah umah hantar susu or bagi Razin direct feed.
Ape-ape pun, kena jugak cari susu tin yang sesuai. Hmmm....
Tak pun, cari ibu susuan. haha.. ade ke yang nak derma stok ebm kat Razin? :P
Cos kat umah aku memang takde stok langsung dah. Since minggu kedua bekerja, semua stok dah licin. Susu aku lak jenis sikit. Macam-macam dah aku bedal ok. Tak jalan...
Tapi mungkin sebab salah aku juga cos tak disiplin pam. Or mungkin pemakanan aku yang tak seimbang... I admit that I don't eat well. Makan mana sempat je... Kekadang makan nasik 2 kali sehari. Kekadang sekali je. haihhh...
Sebenarnya lame dah nak nulis tentang cabaran-cabaran ni. Tapi kekadang cam takut orang terasa.
Other mommies yang tak breastfeed baby kekadang rasa nyampah, tersinggung and meluat bace entry-entry orang yang breastfeeding baby.
Aku tau sebab ada yang penah emel. And aku penah jugak bace komen-komen di tempat lain. :P
Well, aku tak salahkan orang tak bf baby. I mean, seriously, tak semua orang banyak susu kot?
Tak semua orang mampu nak bf.
Aku faham sangat... dah kalau takde susu, nak bf camne kan? Memang ada manusia2 yang dikurniakan susu sikit. huhu
Tapi sebelum tu, jom kita kaji balik kenapa sesetengah mommies takleh nak bf:
1-
Abis pantang je susu kering --- Ini mungkin disebabkan kita dah nak mula kerja so tak dapat nak mengempeng ngan baby macam dalam pantang. So bila baby tak isap susu badan selalu, of cos pengeluaran pun kurang. Nak pam pun kekadang dah takde masa kan (cos kerja). So lama-lame kering le...
2.
Susu sikit --- pergh... ini memang aku paham sangat-sangat. AKU la orangnye. Macam-macam aku dah cuba sebagai milk booster tapi pengeluaran susu still sikit jugak. Tapi pernah jugak la dapat 2 botol sekali pam, alhamdulillah... but most of the times, average susu yang aku leh pam adalah 3 oz. Kekadang 4 oz. Tu jela. Sebab tu fedup and rasa nak bagi FM je.
Tapi aku special case sikit ar since Razin takmo FM plak. (padahal dulu dia minum jugak 2,3 kali... pening aku)
But orang lain, bila susu dah sikit, of course la bagi FM. I would too... yela, takkan nak biar baby berlapar kot???
Please la jangan jadi macam sesetengah mommies yang punyer la nak kejar
'fully bf baby' sampai susu dah sikit pun still tak nak topup FM padahal baby dah menangis-nangis kelaparan. Apelah salahnye tambah FM kalau dah sampai macam tu?
This is not a race. Tak menang ape pun... kalau dah tahap desperate camtu, leh je tambah FM. Tak pun, mintak tolong sesape yang ada EBM lebih untuk donate. Your baby akan ada ibu susuan (dan adik-beradik susuan) la nanti. Hehe... (btw, I'm looking for one!
until I found the perfect FM to top up my milk)
At the same time, bila susu sikit, ape yang kita leh buat adalah usaha untuk banyakkan susu. Try jela ape-ape... hopefully berjaya. Ingatan untuk diri sendiri gak ni...
3-
Baby tak nak menyusu badan --- Dalam erti kata lain, baby takmo menetek. Common reasons adalah kenalkan botol susu kat baby awal sangat. So baby lebih suka isap botol dari isap breasts mak dia. Puting botol lebih laju dari mom's nipple. Sesetengah baby 'malas' nak isap dari breast ibu sebab dah merasa puting botol yang fast flow. That's why dia takmo mom's breasts.
Another reason is, Mom's nipple flat... susah baby nak suckle. So, dia takmo menetek. Nak susu dari botol.
Bila jadi camni (baby tak nak nyusu badan), of cos la senang bagi baby FM. Sebab dah sah-sah dia taknak menetek kan?
Tapi... if there's a will, there's a way... you can always pump your milk and store them. Pehtu bagi la baby minum susu ibu dari botol. Wujudnya istilah EP for Exclusive Pumping cos baby takmo direct feed. Aku tak nafikan la agak susah for fulltime working mother. Tapi ade je orang buat... :)
4.
Kurang ilmu --- Aku pernah bace post seorang ibu yang tanya, '
Susu apa yang sesuai untuk baby umur 21 hari?'. Well, of course la jawapannya SUSU IBU!
Masih dalam pantang lagi... tapi dah nak bagi susu tepung dah? Kalau betul susu sikit, ok la.. aku leh terima la nak topup ngan FM. Tapi since masih dalam pantang ni, bagi je baby nyusu kerap-kerap. Kita bukan nak ke mana pun... dok umah je kan...
Bagi aku la, takde sebab nak bagi susu tepung kat baby masa dalam pantang selagi susu kita ada. kalau top up-top up lain citer... ni kes yang terus bagi susu tin and tak bagi susu sendiri langsung.
Remember
: Demand - Supply. Kalau tak bagi, memang susu akan kering la... Kalau bagi selalu, insya Allah susu tu ada je...
Ade juga yang kurang ilmu cos pernah gak bace alasan "nak ajar baby minum susu tepung sebab nanti bila nak masuk kerja senang..."
Well, kena tahu la tentang bab-bab pam susu dan penyimpanan susu yang dah diperah etc. Yes, you can still breastfeed your baby eventho dah kerja. Ada pam, ada cooler bag, ada storage bottles bla bla bla... Memang renyah sikit ar but like I wrote earlier, 'if there's a will, there's a way...'
Orang dulu-dulu memang kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Even mak aku sendiri gitau yang masa dalam pantang lagi dah bagi susu tepung T___T
Sebab tak tau kan... banyak benda tak tau... nasib baik la sepanjang aku berpantang, tak pernah sekali pun Mak suruh beli FM (topup FM).
Tapi dok bising suh bagi air masak... :P Even bila aku gitau nak topup Razin ngan FM, Mak aku yang sedih... huhu
Anyway... aku rasa 4 sebab tu je kot kenapa ibu-ibu tak breastfeed baby?
Seriously, memang bukan senang nak fully bf baby.
So, pada yang bagi FM tu mesti ada sebab-sebab tersendiri kan... cos I believe, all mothers want the best for their children. Cuma mampu ngan tak jela yang penghalang...
Hopefully entry ni leh bagi semangat dan panduan pada yang new mothers. Cabaran memang banyak... semoga dipermudahkan la...
Sekian, wassalam...
p/s: ape susu tepung yang rasa macam breast milk? cadangan pls.. kena beli gak le weh sebab puasa tak berganti-ganti lagi.. kang confirm merudum la susu yang dah sememangnye sikit ni. takkan nak biar Razin berlapar kot? T___T
alhamdulIllah...