Thursday, June 9, 2011

Places to go

bismIllah...


17hb June kena gerak ke Kelate pagi-pagi. Annual leave mintak sehari je.. hari Jumaat tu je.. ermm... Tengah pikir-pikir lagi nak sewa kereta ke tak. Tapi bajet memang dah lari gile dah ni... so bawak Cik City jela kot? Plus, sekarang kerja under Northern Region... so... things are not the way it used to be (beza ngan KL)... Better use our own car jelah. :P

Moga-moga kawanku yang nak melangsungkan perkahwinan tu appreciate la our effort yang sanggup ke Kelate time tengah-tengah bulan tu... kehkehkeh... nasib baik time aku kahwin ko datang, kalo idak memang confirm aku tak pergi le... jauh bebeno! Dahle suami dia pun orang Kelantan jugak... kalau tak, pergi yang paling dekat jela... huhuhu


26hb June pulak ada Family Day kat Sunway Lagoon. Dah bagi nama dah. Main reason aku nak pergi adalah untuk jumpa kawan-kawan di KL... Dahle masa company trip ke Pangkor aku tak pergi kan (maternity leave), so nak le join aktiviti family day ni...

Padahal takdenya aku nak mandi-manda pun. Razin pun baru masuk 3 bulan. Kecik lagi... Hubby maybe la gile nak mandi-manda (navy kan gile air sikit) tapi aku memang tak la... nak jumpa fellow colleagues and socialise jer.

26hb tu hari Ahad.

Sabtu sebelum tu nak pergi umah Mak Yang... jumpa Kak Lin and Abah. Sejak Mak Yang jatuh sampai kena operate bahu cos dislocate tu, memang aku nak sangat ke sana tapi takde masa. Razin pun diorang tak tengok lagi. Which is why aku nak pergi jugak ke sana... =)


In the same time, hubby dah mula bising-bising bila nak balik Pahang. Haihhh... bukan aku tak nak balik. Kesempatan tu yang takde. Aku ni kerja 6 hari seminggu. So what to do? Kena ikut turn la eh...

That reminds me, cuti sekolah ni pun aku bukannya balik Beruas pun. Padahal 45 minit jer dari Lumut.

Last weekend, hari Sabtu, ingat nak balik, tapi ada customer nak amik kereta pukul 4 petang. Nak tak nak kena la standby since lunch hour. Nak cuci kereta and open counter bla bla bla. Padahal last Saturday was public holiday. So... dah kerjaku camni, nak wat camne kan...

Ade times yang rileks je... ada times yang kena berkorban masa sikit.

Luckily now dah kurang busy sikit. Aku leh pam susu kat ofis sebanyak 3 kali. Kekadang dapat lari jap balik umah susukan Razin (kalau dia tak tido la).

TAPI... Now Razin tetiba takmo susu tepung. Padahal stok EBM memang takde langsung dah kat freezer. Aku dah jadi macam, 'pam sekarang untuk Razin's next feeding'. Nasib baik sekarang tak busy sangat. Kalau busy?? camne eh... mampos...

Yang aku heran tu, kenapa lak tetiba Razin takmo susu tin? Sebelum-sebelum ni pernah je bagi and dia minum je... minggu ni and minggu lepas dia tak nak langsung! Start nak bagi last week... kekonon nak topup FM la kan... tapi takdenya dia nak. Ditolak-tolak je puting botol ngan lidah.

Aku bukan ape, risau susu aku tak cukup je (tapi alhamdulillah masih cukup walaupun CUKUP2 JE). Aku risau Razin lapar... Camne kalau aku tak dapat nak pam? adeiii... Nak kena try beli susu jenama lain ke? hmmm....

Ok.

Mood dah tak berapa elok bila cakap tentang susu badan.

Ya Allah, murahkanlah rezeki hambaMu ini. Amin.


Salam...


alhamdulIllah...

3 comments:

Anonymous said...

Cuba try Snow brand. Mak saya cakap Snow brand antara brand yang bagus, kami semua minum Snow brand masa kecik-kecik :)

deena awanis said...

razin cakap susu lembu x best sebab lembu makan rumput je..susu mama best sbb mama makan nasi lauk ayam, ikan, udang,sotong, piza, mcd etc etc etc...=D

Ryehanna said...

To Anon: Snow brand? hmmm sbnrnye mls btl nk beli susu baru. yg lame suku pn xsampai yg guna.. :(


To Deena Awanis: yer kot. kelakar sgt2 bila tgk muka razin time minum susu fm. macam ngan xsedap sgt rsenye.. pdhal dulu bedal jgk. hehehehe