Friday, February 28, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Aku sebenarnya banyak gile benda nak catat di blog.

Banyak ohhh... Tapi takde masa. Takde kesempatan. Busy tahap dewa...

Arini check up 27 weeks berat aku dah 85.6kg! Giler! No wonder tak larat nak bawak badan. Gemokkkkk! (I am so sad!)

Tahukah anda ini adalah berat masa aku nak masuk labor room pada 11 march 2011 dahulu? At 38 weeks! Now baru 27 weeks.... Huwaaa... Nak besar tahap mana la pulak pasni ;'(

Appointment aku lagi 2 weeks. Untuk scan etc... Ramai dah dapat teka gender babyku dengan melihat rupa perutku hahah... Terer betui. Ape2 pun aku bersyukur setakat ni kandungan ok... Frankly i do not really mind about baby's gender cos nak preggy untuk kali kedua ni pun susah! So of cos segalanya aku terima dengan hati gembira. 

Aritu plan nak update about our house, tapi busy lahhh. So sekarang dah ade pagar ber'auto gate' jelah.

Next in list adalah pasang awning porch. Haha... Benda simple je pun tapi still tak proceed2... Faktor utama adalah kitorg takut nanti lagi gelap la dalam rumah kalau porch berawning. Camne nak sidai pakaian tengah panas kalau dah berbumbung? Takmo la macam jiran depan umah sifai kat luar... Kat luar pagar... Xcantik betul pemandangan. Huhu...

Aku jugak berangan nak pasang cctv kat umah. Hahahaha.. Poyo jer. Tapi agak penting sebenarnya... Faktor2 keselamatan etc. Ade la benda utama yang buat aku nak pasang cctv tapi maleh la nak tulis kat blog. :p

Ape lagi... Ape lagi...

Tak syok betui update blog dari phone nih. Idea macam tersekat.

Oh yer, bulan ini adalah bulan rabak bagi aku. Laki aku telah mengepau aku untuk beli tanah. Duit tu aku save nak buka kedai tau... Tapi, since ade peluang untuk beli tanah dengan harga yang ok, beli jelah. Of cos la letak nama aku hehehe. Akhirnya berharta jugak aku yang takde gaji ni. Cuma aku risau gak le since tanah tu kena diusahakan... Nak kena ngupah orang le plak nanti. Ahh lantak. Tu bior laki aku handle.. Malas amik tau

Kisah Razin plak.

Anak aku masih belum toilet trained! Ini adalah satu masalah besar bagiku cos pressure dari mommies2 yang dah TT anak mereka. Oh terasa aku mommy yang agak loser di situ. Ape taknya, Razin nak masuk 3 tahun dah 11 march nanti! Dah beso dah pakai pampers lagi! T.T

Bukan aku tak pernah try.. Dah banyak kali gak biar dia diaperless, tapi aku bengang tahap gaban bila dia kencing and tak bagitau and even selambe je seluar dah basah2 kena kencing duduk sana sini main macam takde ape2. Tak hangin ke! Hadoiii... Oleh kerana aku penat mencuci dengan keadaan perut memboyot ni, so aku pun.... Ahh lantak ahh! Pakai jela pampers sampai dah reti nak bagitau nak berak or kencing 

Maka, sebab itu la razin masihhhh pakai diapers walaupun dah nak masuk 3 tahun in a few weeks.

Aku tak sabar tunggu Diyana berhenti kerja taska ni. Nak hire dia plak jaga Razin and tolong aku buat kerja2 rumah. Seriously i need help. And if that makes me a weak mom, so be it. Lantakla orang nak judge ape, bukan diorang tahu pun kerja aku kat rumah macam mana kan...

Cepatla Diyana start kerja ngan aku. Kot2 dia leh train Razin supaya diaperless ke? 

Oklah. Penat. Nak tido... Esok Jumaat yeayy! Nak balik Beruas cos dah lama tak balik kampung..

Kebetulan Mak Yang and Kak Lin ade balik so meriah le ckit. Leh makan best2... Lalalala :p

Gambar2 Razin kesayangan...

Saje nak abadikan kat blog.







Friday, February 14, 2014
BismIllah...


Hari ni sibuk tapi happy!

Pagi2 lagi dah kemas rumah and buat soto (pakai pes mak bagi je hehe) cos ade tetamu nak datang... Supplier barang baby that i have known since 2012 ;)

And today orang datang pasang autogate and doorbell for our house. This makes me cheerful all day!

Tiny things that could make me happy haha...

Berguna sangat ade doorbell tu cos kitoranh selalu tak sedar orang datang cos jarak dari pagar ke pintu agak jauh... 

And sukenya dah pasang autogate, senang sangat nak bagitau orang courier yang ade orang kt umah. Buka je dulu pagar and biar diorg tgg jap sementara kita nak grab tudung ke hape kan...

Yeay!


Alhamdulillah...
Thursday, February 6, 2014
BismIllahirrahmanirrahim...

Arini bgn sjk pukul 3.30 pagi and hanya dapat berehat pukul 5.30 petang... Lepas Asar. Bangun balik pukul 7.30 petang time Maghrib.

Penat betul arini.

Banyak abis masa pack barang untuk pos cos stroller Babyzen sampai semalam.. Sebelum tu carseats Maxi Cosi 8 bijik sampai... And arini petang order Boba sampai lagi (tapi ade 1 kotak gdex salah hantar... Lenkali jela cite)

Gosh my poor back! Arini makin sakit je pinggang... And my eyes... Takleh dah kalau tak pakai spek. Tak nampak dah... Huhuhu... Rasa macam nak buat Lasik je... Tapi ngeri bab mata ni... Too much watching Final Destination? Huhu

Anyway, hari ni perut genap 6 bulan. Baby sangatlah aktif... Alhamdulillah.


How i love those movements i feel in my tummy :')

Tu je update kali ni.

Penat...... And penat jawab soalan berulang kali kat fb ttg kutu and harga bla bla... 

Till then

Wassalam...


AlhamdulIllah...
Wednesday, February 5, 2014
bismIllah...


Alhamdulillah work done for tonight.. well not really complete la.. tapi dah settle tulis segala consignment note for tomorrow's delivery. Barang je tak sumbat masuk plastik courier lagi.

Start minggu ni aku dah gunakan khidmat Poslaju for all my usual orders of baby carriers... Eventho kena bayar deposit RM500, tapi takpela... Asalkan popular, can reach many places, then... ok la.

Razin and hubby dah masuk tido and here i am still at my working table. In my SOHO. Last weekend went back to Beruas, hubby ikut masa hari Jumaat je... Hari sabtu dia balik Lumut semula cos kena duty on call. Rupanya masa aku kat kampung dia berkemas and mengecat. Cat tangga je pun.. hehe... and dia telah kemas meja kerja aku.

Sebelum ni aku buat kerja kat meja makan cos Razin ajak teman tengok tv... and senang aku nak pantau kalau orang courier datang ke ape ke kan... but then, bersepah la meja makan. Hubby was annoyed, I think (HAHA) so masa balik rumah Ahad lepas tengok dah kemas... sume barang dah sumbat masa ofis aku.

Meja makan yang  bersepah.
Laptop, printer, consignment notes bersepah, katalog Corelle bla bla bla... pening kan? 
Hihihihi...


Now meja makan dah clear dari sume tu melainkan benda makan je...

So now I am back in my office:


I need shelves to put stuff on... tapi laki aku tak bagi rosakkan dinding. Pfft.
Tunggu la nanti ade duit nak suh Ah Seng buat meja special sekali rak-rak yang fixed. Heh!


Dapat macam ni pun jadi la... ok kan...
(tho i foresee lagi berlambak la sampah aku nnt =P)

Actual picture from here.


Anywayyyy...

Hari ni first time aku join aktiviti BAKAT. Kena detailed actually. Kalau idak, takde nye nak pergi. Ni sebab nama dah kuar, maka terpaksa la pergi haha... selama ni dapat ngelak cos tengah dalam pantang la, ade kat Johor la bla bla... now takleh ngelak. T_T

Nasib baik la bini si Danial (kwn hubby) pun kena pergi jugak. Ade la geng.. kalau tak, abis la tercangak sorang-sorang.

Tak pernah tahu pun ade lagu Bakat. Betapa ignorant nyer aku.. haha...

dah la orang pun tak kenal. adeiii...


Lama gak meeting... dari 2.30 sampai 5 lebih. Sakit bontot and belakang aku duduk kat kerusi lama-lama T_T

Ok la tu. Rekod. Pertama kali join... AGM plak tu huhu... nganga jelah.

Oh yer, aku jugak dah mendaftar ke klinik kesihatan ibu dan anak kerajaan. Akhirnyaaaa... lama tangguh cos malas nak checkup gomen. Tahu jela waiting period dia camne kan... so sangat la malas. Tapi sebab aku dah decide and memang nak beranak kat HAT jugak, maka pergi jela daftar. 

Seperti yang disangka, kena minum air gula! Ape taknya, berat 80kg lebih kot. kakaka...

So last Monday I went to A10 untuk minum air gula tu. Aku ingat macam air gula kat KKIA Sitiawan dulu, nurse bancuh sendiri... ni rupanya dapat botol sorang satu and air tu perisa oren. wahhh nasib baik sedap! Razin pun sibuk nak jugak hehe... alhamdulillah tak muntah. 

Kalau checkup kat KKIA ni memang kena datang awal la.. masa 1st day aku pergi buat buku, aku kuar pukul 7.50 pagi. Sampai A10 dalam kul 8... tu pun dapat no. 5.

Last Monday kuar umah kul 8, sampai sana dah no. 14! Huwaaa... tensen cos bawak Razin kan... Kesian Razin pepagi buta kena ikut aku kuar and teman kat klinik. Nasib le... (dah lama tak hantar dia ke taska.. pergi taska 2 bulan je)

Ape lagi nak tulis...

Tadi idea macam membuak-buak, now macam dah hilang ingatan.

Lenkali jelah sambung.

Adios 

Eh last but not least nak tempek gambar Razin....


Cinta hati beta.




Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, January 28, 2014
bismIllah...


Hati tengah membara sangat ni. Bengang sesangat dengan Airpak Express. Fyi, I have been using Airpak Express service to courier orders since May 2013! Dah lama kan??

Yer, memang dah lama dah guna servis Airpak ni. Sebab rate dia murah. cthnye stroller 7-8kg pos guna Poslaju (dlm semenanjung) kena dlm RM50 camtu. Tapi Airpak? Only belas-belas ringgit je. Murah la kan?
And masa aku guna servis diorang ni awal-awal dulu paling lambat 3 hari la barang sampai. Kalau pendalaman or area Kelantan, Terengganu, dalam seminggu. Okla.. tak kisah sebab dah boleh bajet timing and inform customer.

Masalahnye sekarang ni... since a few weeks ago, or sejak bulan Nov, Dec 2013, makin teruk servisnya! Dahla customer service pun macam tak penah kena train, pastu lambat sangat respon. Giler ah... kalau aku kumpul komplen-komplen yang aku dapat dari customer, leh buat novel! Seriously.

And beberapa minggu ni memang kemuncak dah.

1. Aku pos barang since 21hb Jan ke JB. 24hb aku dapat email dari customer aku mintak no fon untuk call Airpak JB cos dia tak dapat-dapat lagi barang dia. I was busy at that time and tak sempat nak call/email by myself so I gave her JB's branch contact no and Airpak's customer service's email address.

Bila customer call no JB, she was told that her parcel has arrived at the branch since 22nd Jan lagi... tapi tak sempat hantar cos tak cukup orang. Bengang la customer aku tu. Dah bayar duit pos still kena tunggu lama-lama. And when asked to deliver the next day pun orang yang jawab phone tu takleh janji. Ape lagi, dia pun hantar emel kt Airpak. Tapi aku tak tau ape dia tulis cos dia tak cc. But she did mentioned 'I just wrote a long grandmother story to the emails provided from you and hope the company is taking some actions about it'.

Kesian customer aku. Nasib baik dia tau bukan salah aku tapi salah courier service yang sangat slowwww.


2. Aku pos stroller berharga RM1500 pada 15hb Jan 2014 kat customer di KL. Berapa lama la dia dok 'out for delivery' and akhirnya Airpak hantar pada 21hb tapi takde orang di rumah kata mereka(padahal customer aku tu ade maid kat umah jaga anak... tak tau le kalau maid kuar ke time diorg datang kan.. ok xpe la...). So Airpak tinggalkan note yang takde orang kat umah masa delivery. Customer aku terus call esoknya dan request for 2nd delivery. And customer ni pun memang ada kat umah cos demam and on medical leave. Tapi Airpak dok email mintak no fon alternatif cos tefon tak dapat-dapat. Yela, orang sakit kot? Mana nak pegang phone sgt.

TAPIIII... dia dah call bagitau ADA ORANG DI RUMAH. So?? Hantar jelah ape masalahnya. Even dah bg no lain pun (no husband dia) still xde pun hantar barang. Lame gile kot delay... Korang tgk sendiri le tracking di bawah:



Serious sangatlah menyakitkan hati. Yang buat lagi panas tu sebab nak call memang line asyik busy je kerjanya... kena email cc ramai orang baru nak jalan. Tu pun kadang-kadang tak jalan jugak. Dah email marah-marah baru take action. Penat weh camni... Naik blood pressure aku ok!

Dahla barang mahal. harga beribu. Risau gile la dok simpan lama-lama. haish tension je...



3. Ni latest kes and sampai sekarang barang tak sampai lagi kat customer. Alasan: alamat tak lengkap. Tak lengkap ape kejadahnye??? Aku DAH PERNAH hantar Boba 4g kat customer ni sebelum ni guna Poslaju. 1 day je sampai. Ofisnye kat Jln Perak, KL. Bukannye ceruk kampung. Kali ni dia order teething pads and Boba stuff sack pulak. Aku guna Airpak cos memang selalunye guna Airpak je... Aku pegi Poslaju once a week or kalau ada barang untuk dipos ke Sabah or Sarawak je (penah pos barang ke Sarawak guna Airpak, seminggu lebih baru sampai kat customer. Serik aku... Dahla mahal)

Berbalik pada kes customer aku tadi, bila aku emel suruh check balik alamat tu, haram tak sape reply. Bila customer emel lagi arini tanya update, aku tunggu beberapa jam jugak nak tengok sape nak reply tapi HARAMMMM. Aku call tak dapat. Call HQ tak dapat lagi. Heyyy bengang gile dah ni.



Hari ni dah 28hb dah weh. Kalau tak hantar gak arini tak tau la. Aku dah emel and cc segala bos-bos dah. Tak take action jugak tak tahu ler.

Sian customer aku ni. Tak pasal-pasal kena tunggu lama. huhuhu


Post ni aku buat supaya Airpak Express improve service diorang. Especially bahagian customer service tu yer. Ade ke barang lambat sampai and bila aku tanya status, dia just email esoknye gitau barang dah delivered. Tu je??? Kenapa delay? And ape penjelasan? Langsung takde. Sorry apetah lagi. Memang teruk betul la orang yang handle email korang tu. Bengang je akuuuu... 

Aku tahu la camne seksanye kerja kalau tak cukup manpower, so silalah hire enough people. Dulu tak ramai tahu courier service bernama Airpak Express ni. Now dah mula dikenali. Once dah dikenali, orang pun akan guna la. Tapi service pulak merosot. Dah banyak customer kan, duit pun dah banyak masuk, tambahlah pekerja wehhh!

Aku punyer bil Airpak bulan-bulan bukan seratus dua ok. Hari-hari ade je barang untuk dipickup. Tapi sejak jadi kes-kes macam ni, memang aku takut dah la nak guna.

Customer-customer sampai emel gitau please guna Poslaju jelah pasni. Maka, sebagai seorang online seller yang mendengar nasihat pelanggan, aku pun dah buka akaun Poslaju pagi tadi.

Insya Allah lepas ni takde la delay teruk sangat. Poslaju tu nak kata bagus sangat tu idak le jugak. Kalau request 2nd delivery ade yang tak layan, suruh amik kat Poslaju centre/pej. pos jugak. Tapiiiii sebab Pos Malaysia ni ade je di mana-mana ceruk kampung, percentage untuk barang delay sampai seminggu kena peram kat centre tu insya Allah tak banyak.

Ape-ape pun, aku harap takde masalah pengeposan lagi in near future.

***Update:
Baru je bos Airpak branch tempat aku ni datang melawat and bagi new courier service proposal. He apologized for the problems I faced, reduced the rates and asked me to support his branch. Katanya ade masalah cos pekerja kat KL berhenti kerja beramai-ramai.

Hmmm... tengok la macam mana... Serik sebenarnye aku ni... aku memang sangat pentingkan fast service. Bila jadi delay and bermasalah mcm-mcm, memang sakit hati sangat-sangat.

Memang tak dinafikan rate Airpak murah especially kalau pos barang berat. So maybe aku pos barang berat je guna Airpak pasni? And kena inform customer awal2 barang tak dapat dlm one day. Kalau dpt dalam 1-2 days kira bertuah dah tu. Nak cepat jugak bayar lebih, aku pos guna Poslaju.

Till then. Daaaaa


Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Friday, January 10, 2014
bismIllah...


Yezza, the new Babyzen Yoyo will be available in Malaysia this February 2014! Therefore, Mama Panda ada open pre-order untuk mereka-mereka yang berminat nak memiliki stroller yang cool ni.

Kena buka pre-order cos tak tau orang suke warna ape kan? hehe... Maka, marilah rebut peluang ni.

Ada banyak online store lain tengah buka pre-order jugak. Tapi kelebihan anda order ngan Mama Panda adalah anda akan dapat rebate RM50 untuk pembelian Boba 4g mahupun Boba Air. Haaa... best tak? best tak? Kalau baby carrier tu lepas discount harganya RM376.20 (please refer www.mamapanda.com), lepas rebate RM50, anda hanya perlu bayar RM326.20 shj! Berbaloi-baloi!

Tapi pls take note rebate ni hanya available untuk pembelian Babyzen Yoyo COMPLETE SET from newborn till toddler shj yer. And hanya valid for this Jan 2014 pre-order only ;)

Jom tengok pakej-pakej berkaitan.

1. Babyzen Yoyo +0m

Retail: RM2049
Promo price? sila emel 

Ni set dari newborn SAHAJA. Ade newborn nest only. Kalau baby dah besar, kena upgrade ke 6 months pulak.


2. Babyzen Yoyo +6m
Retail price: RM1849
Promo price? pls emel

Ini pula set macam sebelum ni... untuk 6 months above. Tapi new Yoyo 2014 punyer frame dengan old Yoyo frame tak sama tau. Newborn nest takleh masuk kat frame lama... 


3. Babyzen Yoyo COMPLETE SET (from +0 till 15-18kg)


Retail price: RM2529

Ni complete set puas hati. Semua ada, leh pakai dari newborn sampai budak dah besar. Settle!

Our price??

Please send an email to raihana AT mamapanda DOT com ber'subject' "Pre-order Babyzen Yoyo price" and i will reply as soon as I can.

Annoying kan kena email la ape la... Haha...
But I have to. Lagipun kalau betul-betul berminat mesti nak survey harga and kalau ok mesti nak beli kan? Ni dapat menapis orang-orang yang betul-betul nak =P

But seriously sangat berbaloi sebab siap dapat rebate RM50 untuk Boba carriers tu! HEHE...


More info in this pre-order:-

1. Estimated time of arrival in in February. Tak tahu la early Feb ke, mid ke or end Feb... Distributor just said Feb. So untuk yang menunggu dijemput lah join pre-order ni...

2. Tak kena bayar full payment pun. Just deposit RM1k before 30th Jan. Depends la pilih set mana... tapi kalau set complete tu depo 1k. Minimum RM500 untuk those yang dah pernah berurusan dengan Mama Panda.

3. Warranty oleh pengedar sah di Malaysia. Item memang original yer. Mama Panda takde jual fake items (letih nak menjawab bila orang tanya huhu) So don't worry, belilah dengan yakin. Fyi, dah pernah tolong 2 customers yang ade masalah dengan Yoyo and alhamdulillah kejap je settle. =)

Sekian, jangan lupa emel!

Jom layan video ni:




p/s: Sekarang tengah ada promo Quinny Zapp Xtra 2.0, Maxi Cosi Cabriofix dan jugak Nuna Pepp strollers. Jemput cuci mata ke FB page Mama Panda Store ;)

Written By Ryehana
alhamdulIllah...
Tuesday, January 7, 2014
bismIllah...


Huahua... tah ape2. Beli katil pun nak blog. tapi pedulik le... kehkeh...

Aku yang excited terlebih. Yela, masa kecik tak merasa weh. Kecik-kecik dulu tido katil double decker besi yang senang goyang and slalu tercabut penghadang sampaikan aku pernah jatuh dari tingkat atas masa tido (tido lasak beno) ketika umur 6-7 tahun. :p

Since aku decided takmo beli baby cot/baby crib for new baby, so aku beli la katil double decker ni. Leh anak-anak aku tido bila dah beso nanti. Time sekarang ni, tetamu jela yang tido dulu hehe...

Untuk 3 orang tido. 
Bahagian tangga tu storage compartment jugak.
Btw, corak Angry Bird tu leh custom nak kartun ape... kalau anak girls, leh tukar jadi Disney Princess ke ape...

Aku beli di CK Home Sitiawan.

Order pada 11hb Dec 2013 yang lepas, tapi baru semlm (6th Jan) diorg datang hantar.


Kisahnya memang dah nak cancel cos mula-mula janji leh dapat before Krismas. Tapi tunggu punyer tunggu tak sempat. Janji ke2 dapat lepas New Year... pun tak dapat jugak.

Memang dah nak cancel and amik duit dah...sekali diorg gitau yang akan hantar 6th cos xde transport dr Johor ke Perak (jauhnye katil aku ni datang). So tunggu jela. Nasibaik semalam dah settle.

Dia bagi free cadar untuk 2 tilam walaupun aku kata takyah (cos aku dah order set cadar+comforter Angry Birds online sejak beberapa minggu lps lagi)

Tilam2 and bantal2 memang dapat sekali... Harga dalam RM2K lebih. Mahal gak le bagi aku tapi... dah kitorang nak sangat. And takde kedai lain kat Sitiawan ni jual. Pakai la sampai lebam.

Razin yang excited cos ade gambo Angry Birds.
Baru pasang cadar baru... haha... yang tilam bawah and atas malas nak sarung cadar lagi. 
Tunggu ade tetamu baru pasang cadar untuk tilam bawah tu.



Malam semalam Razin dah ajak tido katil tu tapi after some time, risau cari bapak dia lak. So masuk la tido bilik mak semula. hehehe...

Takpela slow2.. Lagipun awal lagi. Tunggu dah masuk tadika leh baru nak ajar tido asing tegas sikit (ye ke?? =P)

Sekian.

Tu je post arini.


Written By Ryehana
alhamdulIllah...