Tuesday, March 10, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...


Yeah well. Need help at home and need help at the shop.

Semalam up iklan mencari pembantu rumah FULL TIME. Kat Manjung ni banyak daily helper je... takde yang nak duduk sekali. Aku mencari yang boleh duduk sekali sebab nak yang leh jaga anak and uruskan rumah.

Indon pun boleh tapi masalahnye down payment mahal bebenor... Pastu tak tau lagi ade guarantee ke idak untuk dia STAY and tak lari. Paham2 jelah memang banyak masalah maid ni kan... So cuak jugak. But I don't have other solutions.

Sebab melihatkan keadaan sekarang yang agak tenat (rumah aku macam tongkang pecah dengan kain2 tak berlipat, lantai tak bermop/sapu etc... sakit mata oiii), aku terpaksa la cari pembantu rumah. Tapi susahnyaaaa... mana nak cari? Mana nak harap ek? Sesapa ada info please lah emel aku...

Sebolehnya nak cari orang tempatan, tapi macam susah je... yela, zaman sekarang orang Melayu kita ni mana nak kerja jadi pembantu rumah kan... Time aku kecik2 dulu senang je mak aku dapat orang gaji. Bersilih ganti tapi tempatan. Orang yang dari keluarga susah. Mana nak cari ekkk... I need a maid cos aku ni dah le nak beranak lagi bulan 7 nanti. Pengsan kalau takde orang nak tolong kat umah. Pergh dah nak beranak 3 dah aku ni. Kalau takde pembantu memang aku kena stop production sekejap... HAHA... camne nak capai target beranak lima kalau gitu? LOL

Mak aku dulu bole la beranak sampai 6 orang.. ade orang gaji. Rilek je. huhuhuhu... Aku ni dah le kerja sendiri. Susah oi nak bawak anak ke kedai especially kalau beranak kecik. Tak jadi kerja la aku.... Aku bukan nak lepas terus dari 8-5 kat maid, NO. Aku ni jenisnya akan balik rumah kejap-kejap tengok anak etc... Macam masa adik aku duduk sekali dulu. Camtu la... cuma sekarang ni lebih kepada uruskan hal rumah cos aku balik kerja dah penat tak larat nak mengemas and LIPAT BAJU. Anak2 makin ramai, makin bertambah baju bajan. Huhuhu... tensen tengok gunung-ganang baju tak berlipat.


Next, our shop.

We're hiring!!

Mencari pekerja/pembantu kedai yang boleh standby, layan customer, and kerja time WEEKEND. Ni masalah aku sekarang, Takleh nak buka kedai lama-lama time weekend cos aku pun nak cuti gak hehehehe... So semoga dengan ada pembantu ni, boleh ada masa untuk be more creative etc?

Some of the suppliers even called and texted why I didn't order bla bla bla... haha... Masalahnya aku takde masa nak promote!! So sebab tu la... busy doing admin stuff je. T_T

Dah lama nak hire orang tapi sebab Hanis dah takde ni baru nak iklan. Hanis, Mak aku, Nini and Nan nak pergi umrah esok... Esok flight diorg... So Jumaat lepas la Hanis last kerja utk bulan ni. Tak ke pengsan aku??

Bayangkan semalam plak babysitter sakit, takleh jaga Raul. Lagila rasa macam kena hempap batu sekejap. Seksa weh... camane nak bawak anak ke kedai.. Memang takleh lagi... T_T

Kerja Hanis pun bukannya teruk sangat. Mostly layan customer datang (kedai aku tak banyak walk in pun kalau weekdays... ade je langsung takde customer masuk... tapi weekend la kekadang busy sikit orang datang... tu pun tutup awal. kalau tutup lambat? insya Allah lagi masyuk? hehe), packing barang orang order online and kemas-kemas kedai. Tu je.

Tu pun dia bukan kemas sangat. Tahu jelah orang lelaki kan.... Memang bersepah je belakang kedai dengan kotak tak bersusun etc...

Tadi iklan kat group komuniti, and dah ada yang nak datang kedai esok. Interview le dulu serba sedikit... Oh well, takde helper umah, at least dpt helper kedai dulu pun ok.

Nini even told me yesterday yang dia plan nak amik unpaid leave for a month during my confinement period to help me manage the shop. It's a great idea. I was planning to hire her anyway, to make this a family business but biasa la mintak gaji mahal sangat mana aku mampu lagi :p

Well, we'll see...

Semoga semuanya baik-baik sahaja.


Till then.

Diakhiri dengan gambar cheeky Raul.


My precious Raul. <3 p="">





Written By Ryehana
alhamdulillah...
Thursday, March 5, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


1. Pause and reflect. What have you done to your soul? Your life?

2. Count your blessings. Do not envy others. People envy you too, you know. Everyone has their own ups and downs.

3. Ask Allah for forgiveness. Ask Allah for some peace and quite. If you're lost, do not count on other people. People dissappoint, Ana. When will you learn? 

4. Nobody's perfect. You're not perfect. You have too many flaws... Why do you judge others? Yeah, sometimes you couldn't care less... But sometimes there are times when deep in your heart you judge how people live their lives. Don't! 

5. This life is too short. The next life is the eternal one. Remember that.

6. Love yourself. Love your children. Children loves their mother unconditionally. Always remember your children need you. Suck it up!

7. Money does not bring happiness. But money helps to lower the burden. Never ever stop making money. Always remember the how great it felt when you can help others. 

8. Busy yourself. Stop thinking about the past. Stop wasting time. Past cannot be undone. Live your life!

9. Patience. The main key when raising your kids. Remember your own childhood. Remember why you hated your father? Do you want your children to hate you?? Remember Ana, remember....

10. Nothing is about you anymore. You'll be 30 this year. What have you done to improve yourself? What if you die tomorrow? Will you be missed? Are you ready to meet your Maker? 

Think, Ana.

Think.

Life is short. Real short.



Alhamdulillah...

Monday, March 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Nak cakap macam mana ya pada orang yang tak reti langsung berjimat cermat simpan duit untuk emergency?

Nak cakap macam mana kalau kita dah fedup asyik bagi pinjam je kejenya?

Senang betul hidup dia. Takde duit pinjam duit orang. Time ada duit membazir pergi makan restoran mahal-mahal takpun pergi merayap entah ke mana-mana... Enjoy jer. Tak pikir langsung nak simpan duit.

Nak cakap macam mana kat orang yang takde tanggungan ANAK (mahupun bagi duit kat mak bapak) tapi selalu tak berduit?

Nak cakap macam mana, please tell me.

Tak tolong kang, Kesiannnn. Tapi tu lah, sakit hati pulak bila asyik nak meminjam jer. Sampai RM100 pun takde dalam tangan untuk emergency. Omg... Kronik tahap ape pun tak taulah.
 
Imagine kalau dah ade anak nanti? Takkan anak sakit nak kena pergi klinik nak minjam duit orang lagi? Takde duit nak beli susu pn pinjam?

Yang buat orang bengang tu, time ade duit tak sedar diri langsung. Belanja sana sini. Membazir paling banyak bab MAKAN. Tak salah nak makan sedap-sedap. Tapi kalau dah sampai hujung bulan duit kering sebab setiap hari melantak sampai rm50-100 tu tak ke gila?

Sesungguhnya aku tak paham.

Takde rasa sayang langsung kat duit yang dapat penuh susah payah. 

Bukan nak suruh kedekut, tapi JIMAT lah... Pastikan ade tabungan untuk emergency situations. Duduk berdua je... Anak xde, takde tanggungan ape sangat melainkan sewa rumah, loan kereta... And yes, personal loan sampai 40K yang aku tak tau apa ko buat dengan duit tu. Hape pun tak nampak. Takde harta. Takde apa. Semata2 untuk berbelanja.

Hai lah... Tell me what do you say to this kind of people?

Nasihat tak pernah nak dengar. I'm worried cos now dah nak dapat baby, dah mula merepek2 nak beli barang baby bukan2 hala. Nak buat majlis berendoi beria smpai decoration beratus2. 

Takde duit buat cara takde duit. Takyag nak membazir benda2 mcm tu. Aku tak larang if you have money to spend! Tak langsung. Of cos, sapa tak seronok nak dapat baby kan.. Tapi agak2 la... Ape kejadahnya nak membazir kalau tak penting. 

Baikla simpan utk masa depan. Kot2 anak sakit ke, kot2 kereta rosak ke, mana lah tahu... Adoii... Stress aku memikir... Aku pulak stress. Yelah, sebab tau kalau dia susah kang cari aku la nak pinjam duit..

Tak pikir kita ni cari duit macam nak mati... Keje siang malam. Kena maki hamun customer la, keje sampai anak pun hantar kat orang untuk jaga, dia senang2 je pinjam duit org. Tu yang aku geram

Carefree sgt.

Takpe, takde duit nanti boleh pinjam duit org ni.. Bole pinjam duit org tu...

Apa cara nak ajar orang macam ni??

Darah daging. Sebab tu susah nak say NO cos KESIANNNN.

Tapi makin melampau plak rasanya. 


When will you learn la wei??


Pissed off.
Me.

Nota kaki:
Sebelum cop aku "kedekut" or "berkira" pls take note aku pernah bagi pinjam duit countless times. siap bagi pinjam modal 5K untuk startup company dia, then bagi pinjam 1k masa dia nak pergi oversea cos kesiannnn duit belanja takde, bagi pinjam byk2 kali dh itu mcm2 benda lagi!

Fedup.

Alhamdulillah....

Wednesday, February 25, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...



Oh yes. Aku rasa macam bulan Jan and Feb ni aku banyak bayar duit kad kredit. Selalunya bulan2 bayor dalam 500-700, tapi last Jan aku bayor cecah 1k plus... bulan Feb ni pun same. Huaaaaa...

Fyi, aku ni jenis kalau ade outstanding dalam cc memang sebolehnya aku bayar habis. Biar minimum payment jadi ZERO. Paling-paling koman minimum payment RM50 hehehe... Ala aku nyer cc limit RM3k je pun. Dah nak expired May 2015 ni. huuu dah nak 5 tahun pakai cc. Sign up masa nak kawen dulu kekonon nak book hotels etc =P


Anywayyy, sejak dua menjak ni giler beli baju anak-anak. Tu pun anak aku anak lelaki. Kalau perempuan tak tau la camne menggilanya.

Pantang ade kawan buka pre-order beli baju kat website oversea, aku mesti tumpang kalau sempat (and kalau ade baju comel2)

Kalau bosan-bosan mulalah aku buka NextDirect.com tu usya baju-bajan comel2 untuk dibeli. Kat website tu senang cos dia tak kira shipping fees. Dah absorb dalam harga baju. Baju-baju fly dari UK ke Malaysia dalam 4-5 hari bekerja je. Okla kan... cos aku benci tunggu lama-lama.

Masa mula-mula aku tak tau, aku tumpang order kawan... then check sendiri, laaa takde shipping fees. Bagus la. So sesiapa rasa nak membeli baju dari oversea yang tak banyak renyah, leh usya www.nextdirect.com and pilih negara Malaysia - diorg pos guna DHL. Cepat je sampai. Kena ada credit card or Paypal (aku selalu bayar guna Paypal. Same jgk charge kat credit card aku tapi senang cos takyah key-in nombor CC time bayar. Macam lebih safe la...)

Selain dari itu, aku baru je berjinak-jinak guna HopShopGo. Dah lama gilerrrr sign up. Sejak The Pink Stilettos blog about it ages ago... sejak before kawen lagi kot? HAHAHA....tapi aku tak berapa paham camne nak guna. And then takut duit lebuhh (lebuh = hilang/lesap. Perakian okeh) and barang tak dapat, Almaklum lah dulu-dulu memang takdela aku nak merisikokan duit aku camtu hehehe...

Sampai lah bulan lepas aku bosan-bosan and geram nak beli baju Disney untuk Raul + Razin, aku akhirnya guna HopShopGo.

Berjaya dapat barang after 4 weeks :p


Si debab Raul.

Ade lagi 2 helai items yang dibeli... awal-awal beli sikit je takut kena tax muahaha


Price wise? PRICEY lah jugak bagi aku.

tapi hepi je hehehehe



2 minggu lepas aku order lagi barang dari DisneyStore. Kali ni T-shirt untuk Razin pulak. Bising tak habis-habis nak t-shirt Baymax dia... beli jelah.

For myself, I bought some books (lama gile tak baca buku), new shoes and new diaper bag.


My first Storksak bag.

Dilema between Poppy and Bobby actually, but ended up with a Bobby.

Lagipun aku takkan guna feature backpack pada Storksak Poppy cos I'll be wearing my baby usually... Sling je senang.

Plus, Bobby ade pacifier holder hehehe... I need that. (anak2 aku sume isap puting...)



Lagi....

Oh yer, banyak guna duit cos merayap.


Husband ade keje ape tah kat PD so menyibuk ikut sekali.
Raul tinggal kat kampung masa ni...

Tido satu malam je esoknya check out and pergi Melaka pulak.

Tak plan ape pun... nasib baik hotel ada kosong.


Jalan-jalan... jer... time ni preggy 3 months. Last Jan punyer citer...



Yang ni plak cerita last week sempena cuti raya cina.

Went to rumah Mak Yang di Bandar Seri Putra pada hari Khamis...

Sampai je ade sepupu2 ku si Eli, Alia, Didi & her husband.

Pergi Magnum Putrajaya untuk makan ice cream... amik kau bil RM300 lebih! kakakakaka...

Sebabnye malas nak beratur kat luar so dining je kat dalam....

Eh btw Chicken and Salted Egg Spaghetti tu sedap :D



Hari Jumaat pulak pergi Aquaria - bawak Razin and Raul merayap. Yong and suami ikut gak. So ramai la... aku memang nak lari untuk release tension huhu... Okla... enjoy!

Suami aku tak ikut cos dia kerja hari Khamis. So kami jer merayap...



Itu jelah nak catat.


Sambung buat keroje yang berlambak ini.


Bye.






Written By Ryehana
Tuesday, February 17, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Terbaca satu post yang melintas kat FB tentang orang komplen satu kedai ni tentang lembab, staff pemalas dan order online bermasalah.

Perghhhh... Memang ini lah paling aku takut sangat!

Complaint dari mommies kat thread tu:

1. Barang takde stock tapi tulis kat website IN STOCK

2. Dah bayar and buat order then selalu dapat call bagitau corak ni takde, warna tu takde etc. Staff pilihkan corak kat kita pulak.

3. Refund proses yang lama iaitu 2 MINGGU

4. Order lambat diproses. Lepas 3,4 hari or sometimes one week baru dapat respon order diterima. Pastu time tu jugak la dapat tau barang yang diorder takde stock la itu la ini la...

Masa aku baca komen-komen komplen tu, aku macam: "ya Allah ni la yang aku takut sangat. Orang tak puas hati dengan servis and mengumpat belakang-belakang... And share kat group di FB! Omg. Nauzubillahiminzalik. Mintak dijauhkanlah...

Actually aku sendiri pun pernah kena dengan online shop tu (kedai baby yang femes gak la dalam komuniti ibu2 cos ade physical shop and branches jugak). Kes aku: just nursing bra yang aku pilih takde stock. So kena tukar corak and color. Aku tak kisah pun. Lantakla asalkan ade nursing bra. Bra je punnnn...

Tapi tu aku.

Lagipun aku sendiri paham macam mana  SUSAHNYA nak manage online and physical shop at the same time.

Berbalik kepada komplen di atas. 

1. Dah order barang tapi rupa-rupanya takde stock. 

Sebagai customer, memang la bengang kan. Dah bayo dah ni, alih-alih barang takde plak dah!

Aku sendiri penah jadi mcm ni kat online store aku. Come on, barang banyak gila kot. Mati weh nak update stock DENGAN TEPAT.

Sebab utama, masa yang takde...

Sebab kedua, barang tu tak popular and jarang orang order so kita yang manage website pun tak ingat barang tu ade kat website.

Sebab ketiga, barang tu temporarily out of stock je sebenarnya. Akan direstock dalam masa terdekat (1-2 weeks) so macam... Alahai bior jela tulis In Stock cos nanti memang ade gak... Dlm masa 1-2 weeks tak semestinya ade order?

Ya... Benda ni adalah ape yang seller alami. Bukan senang......

Lagi2 kalau kedai famous yang stock berlambak-lambak. Jenuh nak update setiap stock.

Sebab keempat, tahukah anda bahawa RAMAI orang tahu place order kat website jer tapi bayornyer idak. Dah 3,4 hari takde emel/sms/call bagitau dah bankin. Sorang dua bole monitor lagi, kalau berpuluh orang mcm tu?? Tak ke tumpo? Order byk msk tp payment takde... Udah satu keje check satu2... Pastu kalau ade org bankin dua tiga oranf amount sama and nama dekat2 sama lagi laaaa seksa.

Dan lagi kalau bankin online nama husband tapi order and delivery nama bini. Time bayar/transfer idak pulak bgtau order number or byr utk apa..

Satu hari ade beberapa transaksi dengan amount yg sama... Info plak tak complete. Jenuh weiiiii


Well...

Since aku ade alami benda2 ni (kena marah/complaint tu biase la nak wat camne kan dah kita sendiri takleh nak manage update.. So tadah jela telinga hehe)

Ape aku buat selalunya berdoa customer tak banyak songeh dan memahami sebelum aku call bagitau stock takde.  Setiap kali dapat emel order untuk barang yang takde stock, hati tenggelam sekejap.

Yang pasti aku akan hubungi as soon as possible. Time working and memang mengadap laptop, ade yang order baru msk tak sampai seminit aku terus call bgtau JANGAN BANKIN COS STOCK TAKDE. Kalau dpt customer yang memahami, alhamdulillah la.

Kalau dpt yang jenis tak sabar, aku la yang kena sabar banyak2 heheh...

Selalunya ok. Takde drama cos aku bagitau cepat2. Masalah kalau orang order barang time weekend... Weekend order mmg aku tak dapat nak inform asap. Yelah, aku pun ade life jugak. Time weekend memang aku tak tengok email/whatsapp sgt.

And since my bizz is just a small one, so aku nak refund ke ape ke memang selalunya dlm 24 jam je. Takdela nak drag sampai 2 minggu. Huhu.. Tak tenang wehhh

Just sharing serba sedikit from a seller's point of view.

Kalau paham, senang citer...

Janganla bash kat belakang2... Sian periuk nasik orang huhuh... Hantar emel complaint dah memadai kot. 

Tapi tadi aku baca komen2 takde satu pun backup and positif. So i guess that shop really has to improve on their online service la kot.

Kedai aku?

Haihh tahla. Aku sorang je manage. Dengan kedai fizikal lagi. Aku just hrp aku dpt customers2 yang baik hati dan penyabar. Huahua...

Insya Allah.

To other online shoppers, dont be so hard on us, sellers. We're just human ;p


*Sedikit end note utk diri sendiri:-

Macam mana nak solve masalah ni?

1. HIRE PEOPLE to manage the inventory on the website!

Kerja dia memang update stock availability shj. Dia tak pack barang, dia tak check payment, dan dia juga tak buat kerja lain selain check/update stock. haaaa... macam tu memang tepat je la stock update hehehe.

TAPI... aku belum mampu.

Sekian catatan sebelum tidur. 

Adios




Alhamdulillah...
Monday, February 16, 2015
bismIllahirrahmanirrahim...




Cheeky Raul.

The video was recorded on 19th October 2014. When he was 5 months old. Now he's 9 months!

=)
Written By Ryehana
alhamdulIllah....
Saturday, February 14, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Tidak berseorangan. Tapi rasa keseorangan.

Keseorangan mengharungi hari.

Keseorangan membesarkan anak-anak.

Keseorangan memikirkan masalah-masalah.

Aku.

Seorang.
.
.
.
.
.
.