Tuesday, March 10, 2015

Needing help

bismIllahirrahmanirrahim...


Yeah well. Need help at home and need help at the shop.

Semalam up iklan mencari pembantu rumah FULL TIME. Kat Manjung ni banyak daily helper je... takde yang nak duduk sekali. Aku mencari yang boleh duduk sekali sebab nak yang leh jaga anak and uruskan rumah.

Indon pun boleh tapi masalahnye down payment mahal bebenor... Pastu tak tau lagi ade guarantee ke idak untuk dia STAY and tak lari. Paham2 jelah memang banyak masalah maid ni kan... So cuak jugak. But I don't have other solutions.

Sebab melihatkan keadaan sekarang yang agak tenat (rumah aku macam tongkang pecah dengan kain2 tak berlipat, lantai tak bermop/sapu etc... sakit mata oiii), aku terpaksa la cari pembantu rumah. Tapi susahnyaaaa... mana nak cari? Mana nak harap ek? Sesapa ada info please lah emel aku...

Sebolehnya nak cari orang tempatan, tapi macam susah je... yela, zaman sekarang orang Melayu kita ni mana nak kerja jadi pembantu rumah kan... Time aku kecik2 dulu senang je mak aku dapat orang gaji. Bersilih ganti tapi tempatan. Orang yang dari keluarga susah. Mana nak cari ekkk... I need a maid cos aku ni dah le nak beranak lagi bulan 7 nanti. Pengsan kalau takde orang nak tolong kat umah. Pergh dah nak beranak 3 dah aku ni. Kalau takde pembantu memang aku kena stop production sekejap... HAHA... camne nak capai target beranak lima kalau gitu? LOL

Mak aku dulu bole la beranak sampai 6 orang.. ade orang gaji. Rilek je. huhuhuhu... Aku ni dah le kerja sendiri. Susah oi nak bawak anak ke kedai especially kalau beranak kecik. Tak jadi kerja la aku.... Aku bukan nak lepas terus dari 8-5 kat maid, NO. Aku ni jenisnya akan balik rumah kejap-kejap tengok anak etc... Macam masa adik aku duduk sekali dulu. Camtu la... cuma sekarang ni lebih kepada uruskan hal rumah cos aku balik kerja dah penat tak larat nak mengemas and LIPAT BAJU. Anak2 makin ramai, makin bertambah baju bajan. Huhuhu... tensen tengok gunung-ganang baju tak berlipat.


Next, our shop.

We're hiring!!

Mencari pekerja/pembantu kedai yang boleh standby, layan customer, and kerja time WEEKEND. Ni masalah aku sekarang, Takleh nak buka kedai lama-lama time weekend cos aku pun nak cuti gak hehehehe... So semoga dengan ada pembantu ni, boleh ada masa untuk be more creative etc?

Some of the suppliers even called and texted why I didn't order bla bla bla... haha... Masalahnya aku takde masa nak promote!! So sebab tu la... busy doing admin stuff je. T_T

Dah lama nak hire orang tapi sebab Hanis dah takde ni baru nak iklan. Hanis, Mak aku, Nini and Nan nak pergi umrah esok... Esok flight diorg... So Jumaat lepas la Hanis last kerja utk bulan ni. Tak ke pengsan aku??

Bayangkan semalam plak babysitter sakit, takleh jaga Raul. Lagila rasa macam kena hempap batu sekejap. Seksa weh... camane nak bawak anak ke kedai.. Memang takleh lagi... T_T

Kerja Hanis pun bukannya teruk sangat. Mostly layan customer datang (kedai aku tak banyak walk in pun kalau weekdays... ade je langsung takde customer masuk... tapi weekend la kekadang busy sikit orang datang... tu pun tutup awal. kalau tutup lambat? insya Allah lagi masyuk? hehe), packing barang orang order online and kemas-kemas kedai. Tu je.

Tu pun dia bukan kemas sangat. Tahu jelah orang lelaki kan.... Memang bersepah je belakang kedai dengan kotak tak bersusun etc...

Tadi iklan kat group komuniti, and dah ada yang nak datang kedai esok. Interview le dulu serba sedikit... Oh well, takde helper umah, at least dpt helper kedai dulu pun ok.

Nini even told me yesterday yang dia plan nak amik unpaid leave for a month during my confinement period to help me manage the shop. It's a great idea. I was planning to hire her anyway, to make this a family business but biasa la mintak gaji mahal sangat mana aku mampu lagi :p

Well, we'll see...

Semoga semuanya baik-baik sahaja.


Till then.

Diakhiri dengan gambar cheeky Raul.


My precious Raul. <3 p="">





Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: