Monday, March 2, 2015

Nak cakap macam mana?

Bismillahirrahmanirrahim...

Nak cakap macam mana ya pada orang yang tak reti langsung berjimat cermat simpan duit untuk emergency?

Nak cakap macam mana kalau kita dah fedup asyik bagi pinjam je kejenya?

Senang betul hidup dia. Takde duit pinjam duit orang. Time ada duit membazir pergi makan restoran mahal-mahal takpun pergi merayap entah ke mana-mana... Enjoy jer. Tak pikir langsung nak simpan duit.

Nak cakap macam mana kat orang yang takde tanggungan ANAK (mahupun bagi duit kat mak bapak) tapi selalu tak berduit?

Nak cakap macam mana, please tell me.

Tak tolong kang, Kesiannnn. Tapi tu lah, sakit hati pulak bila asyik nak meminjam jer. Sampai RM100 pun takde dalam tangan untuk emergency. Omg... Kronik tahap ape pun tak taulah.
 
Imagine kalau dah ade anak nanti? Takkan anak sakit nak kena pergi klinik nak minjam duit orang lagi? Takde duit nak beli susu pn pinjam?

Yang buat orang bengang tu, time ade duit tak sedar diri langsung. Belanja sana sini. Membazir paling banyak bab MAKAN. Tak salah nak makan sedap-sedap. Tapi kalau dah sampai hujung bulan duit kering sebab setiap hari melantak sampai rm50-100 tu tak ke gila?

Sesungguhnya aku tak paham.

Takde rasa sayang langsung kat duit yang dapat penuh susah payah. 

Bukan nak suruh kedekut, tapi JIMAT lah... Pastikan ade tabungan untuk emergency situations. Duduk berdua je... Anak xde, takde tanggungan ape sangat melainkan sewa rumah, loan kereta... And yes, personal loan sampai 40K yang aku tak tau apa ko buat dengan duit tu. Hape pun tak nampak. Takde harta. Takde apa. Semata2 untuk berbelanja.

Hai lah... Tell me what do you say to this kind of people?

Nasihat tak pernah nak dengar. I'm worried cos now dah nak dapat baby, dah mula merepek2 nak beli barang baby bukan2 hala. Nak buat majlis berendoi beria smpai decoration beratus2. 

Takde duit buat cara takde duit. Takyag nak membazir benda2 mcm tu. Aku tak larang if you have money to spend! Tak langsung. Of cos, sapa tak seronok nak dapat baby kan.. Tapi agak2 la... Ape kejadahnya nak membazir kalau tak penting. 

Baikla simpan utk masa depan. Kot2 anak sakit ke, kot2 kereta rosak ke, mana lah tahu... Adoii... Stress aku memikir... Aku pulak stress. Yelah, sebab tau kalau dia susah kang cari aku la nak pinjam duit..

Tak pikir kita ni cari duit macam nak mati... Keje siang malam. Kena maki hamun customer la, keje sampai anak pun hantar kat orang untuk jaga, dia senang2 je pinjam duit org. Tu yang aku geram

Carefree sgt.

Takpe, takde duit nanti boleh pinjam duit org ni.. Bole pinjam duit org tu...

Apa cara nak ajar orang macam ni??

Darah daging. Sebab tu susah nak say NO cos KESIANNNN.

Tapi makin melampau plak rasanya. 


When will you learn la wei??


Pissed off.
Me.

Nota kaki:
Sebelum cop aku "kedekut" or "berkira" pls take note aku pernah bagi pinjam duit countless times. siap bagi pinjam modal 5K untuk startup company dia, then bagi pinjam 1k masa dia nak pergi oversea cos kesiannnn duit belanja takde, bagi pinjam byk2 kali dh itu mcm2 benda lagi!

Fedup.

Alhamdulillah....

2 comments:

Nur_cahayamataku said...

sabar ana, siapa orang yang dimaksudkan tuh? sedara terdekat ker? memang nak kene bebel dgn orang mcm ni, he he he.. tapi cuba ana terus terang je dekat dia, financial management tu penting.. dah kawin ke belom kawin ke tetap sama penting.. jadi tak de la asik nak meminjam saja.

Hanni Hanafi said...

dah baca pjg lebar dari atas sampai bawah, gaya dh macam nak bperang bagai..

ayat penutup alhamdulillah.. buat k.hani tsenyum tiba2..

sabar lah.. doa yang baik2..