Friday, March 25, 2016
bismillahirrahmanirrahim....



Finally some peace and quiet for me to blog. Haha

Anyway, just nak review on my Deuter bag which I used when we went travelling last few weeks.

Mama Panda has been selling Deuter products for a few months now. Our main products are basically backpacks for children. But of course I couldn't resist getting a few adult bags for my own use! hehehe...

Yeah, the price is pricey... since ni memang original Deuter from distributor and not some grade AAA Made in Vietnam blah blah blah - though the original ones memang made in vietnam btw. Still, tak sama okeh. Ni macam fake ergo VS original ergo gak le...

Anyway, alah beli menang memakai. Personally original/authentic items memang lah ade banyak beza ngan yang tak ori. Tengok harga jelah. Ori 4-5 ratus, tak ori 100 lebih.

Nama Deuter bag ni ialah Deuter Helion 60.

Gambar google or gambar studio macam pic di bawah:-



Boleh seret macam trolley...


Boleh galas jugak!
HEHE



I love how roomy it is cos boleh muatkan baju2 utk aku and 3 orang anak aku yang lain for 4 days & 3 nights trip. 
Aku pack guna packing cubes btw (travel pouches). 
Senang... Beli kat Kaison je



Real life pic. Hanis jadi model hehehe...
Besor kan... =P


Pandangan sisi.

Perlu ke features 'backpacking' ni? 

Oh yes! Mana tau nanti lalu kat tempat yang takde lif?
Ada tangga berlambak... Jenuh nak angkut. Pikul belakang senang sikit.
Sediakan payung sebelum hujan hahaha...

Love love love this bag!

Important points for me:-

a) Durable + high quality. 
Seriously, harga berpadanan lah dengan kualiti beg. 
Zip tak mudah rosak insya Allah, material beg pun lasak.

b) Multi-use. 
Aku suka part leh backpack and leh sorong.

c) Spacious and byk compartment.

d) Safety. Ade banyak buckle hehehe...



Ada handle utk pegang jugak. 
Boleh tote (kalau larat lah haha)

Retail Price: RM1269 

Harga baru tahun 2016. 
Tahun lepas retails at RM1099 jer.


Mama Panda jual harga RM1000. 
Bole pre-order or instalment... kalau dpt 5 org leh kutu jugak 200 x 5 kikiki...

Sekian. Tamat review ringkas :p



Written By Ryehana
Tuesday, March 22, 2016

bismillah...



Alhamdulillah settle dah majlis perkahwinan my lil brother, Afnan.

Kahwin dgn orang Terengganu... Jauh oi nak ke sana haha... last year bln June aku pergi jugak masa diorang bertunang, time tu aku preggykan Raiq..

Layan gambar jelah...


Mak Yang and Raiq





Tahniah Pak Uda Nan... gambar lepas settle nikah hari Jumaat, 11hb March (Birthday Razin!)




Adik-beradikku...

Yong takde cos tak muat kereta since husband dia keje, so tak ikut la...









Gambar nikah.



Gambar majlis resepsi esoknya... 12 March (Birthday Aina yang ke-20 tahun. mude lagi...)
Baju sanding.
(tapi takdela bersanding or merenjis pun... pelamin utk bergambar je. 
sama cam family aku)




Dari kamera profesional photog warna baju nampak lain dari pic aku atas tu kan?
hehehe


Ok, settle hal kat Terengganu. Pergi sana sejak 10hb-13hb.


Next, kenduri belah lelaki pulak... Sabtu lepas, 19hb March (birthday Afnan yang ke-28)


Me and my daughter, Huurun.

Anak Yong ni... tapi ada minum susu aku gak 20 peket, so anak susuan le hehe...

So sesape dok komen2 suh aku beranak lagi and try for a daughter, please be informed i already have one! =P




Raiq dengan Pak Uda & Mokde hehehe...

Baju yang sama dipakai masa diorang nikah. belasah laaa


Nanti sambung. Raiq dah melalak2 nak perhatian.



Bye


Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, March 4, 2016
bismillahirrahmanirrahim...


To those who wondered ape lah yang aku work out kat gym dengan trainer aku tu, here's a snippets...

Rutin kami ialah, once aku sampai gym silalah buat cardiovascular exercise which is walking/brisk walking/power walking (whatever lah.. depends on how fast u think 'fast' means to u) on the treadmill.





First few sessions aku start dengan 30 minit atas treadmill. Now dah boleh 40 minit atas treadmill. 40 minit berjalan laju (takdelah laju sangat pun... normally speed treadmill aku 4.5-5 je hihihi)

Dulu ade juga buat slow jog (lagi banyak burn fat) TAPI lutut aku tak tahan. Ade sekali tu sakit gile and macam injured jugak sampai kena rehat one day then baru boleh ke gym lagi. And till now I don't 'run' or slow jog on the treadmill anymore. (sedar la diri badan tu berat sangat... slow-slow lah yer)

Kisah yang boleh sakit lutut tu sebab aku terlampau paksa sangat berlari kot. Satu malam tu kitorang pegi 6 pack - nama gym atas hotel Sfera kat Manjung. Glemer gak le gym ni cos besar and baru. Malam memang ramai orang pulak tu so masa aku naik treadmill, di kiri kanan aku ada amoi berlari sampai aku pun tak nak kalah juga. Berlari lah jugak. Pastu hampehhh.. Sakit lutut oi. Padan muka aku. Kahkahkah

Anyway, selepas tu tak pergi dahla gym malam-malam. Tak best. Ramai orang. Tak privacy. That's why aku and my trainer, Kak Yantee prefer pergi gym pagi-pagi around 9 am. Rilek je. Takde orang cos orang kerja hehehe...

Ehhh nak citer ape aku buat kat gym tapi melalut-lalut.

Ok, habis je treadmill 40 minits camtu (aku selalunye pastikan dapat distance 3km), kitorang pun start 'main besi'. Main besi ni istilah guna mesin-mesin dalam gym tu la.

Banyak gak bendanya yang aku dah buat... jenuh google image ni hehehe...

Selalunya kalau 1 hari tu main kaki, so akan main kaki je... (read = leg workout)


Buat benda ni kena sampai 12 or 15 kali.. Yang ni okla



Yang ni aku fail. Tak larat even zero weight. Sekali je penah try kot, Kahkah
Nampak simple je tapi bukan senang rupanya nak angkat kaki ke belakang (with weight)




Yang ni paling tak suka tapi ni jugak le Kak Yantee selalu suruh aku buat.
Aku masih zero weight guna benda alah ni. 

Semua exercise utk kekuatan kaki.



Selain leg workout, kami buat jugakla utk bicep, tricep, back, shoulder bla bla bla... (aku ikut je ape Kak Yantee suruh)


Biceps workout.

Ni antara yang slalu buat. Nampak simple je guna dumb bell tu, tapi sebenarnya hazab!
Kalau teknik kita salah, memang tak rasa ape... rasa ok je senang, rileks bla bla.
Tapi since aku diajar oleh trainer yang memang ade pergi kelas/kursus etc, so dapat la belajar teknik yang betul.


Aku pakai dumb bell paling ringan btw.
Tapi semalam dah start guna 2.5kg punye dumb bell (sebelum ni lagi ringan, tak ingat berapa kg).
Lenguh weiii
T_T


Tadi time berdiri, ni guna dumb bell time duduk pulak.
Semua ada teknik-teknik, bukan main taram je angkat...




Masih main tangan...

Lenguh bukan ape, selalunye bila main besi ni kita akan main 3,4 sets (aku selalu mintak 3 set je udah)

Kalau kita angkat dumb bell tu kena la angkat dalam 12-15 kali (contohnya) kan, ok abis je 15 kali angkat, dikira 1 set. Then buat benda lain plak.. and then ulang-ulang ikut cakap trainer...


Sesiapa yang mencari trainer perempuan untuk guide/train korang di gym area Manjung ni, boleh contact Kak Yantee. Bagi aku charge dia reasonable jugak la... Around RM2xx untuk 12 sesi. Yang bagusnya Kak Yantee ni bagi aku follow dulu 3 sesi dengan dia. Lepas 3x ikut dia pergi gym tu, kalau nak teruskan, okla... baru bayar. If tak nak teruskan pun ok. No hal. She's a fulltime housewife yang buat part time jadi trainer. 

Kalau trainer lelaki memang aku takkan jejak la gym tu hehehe... Segan.


Sekian.


Adios.
Written By Ryehana
Tuesday, March 1, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...



 
Raiq this morning.. Tak tau nak ape. Bagi susu taknak.. Dh mandi bagai.. Nangis2 nasuk buai then tertido sendiri...



Raul mengobak. Panas hati je dibuatnya cos his voice was so loud! Risau Raiq bangun... He cried cos one of the toys wouldn't squeak. Haihhh

Belum mandi (sama macam mak) tapi tukar pampers dah la...





Takde makna nak "melabur" dengan aman. Ke toilet pun ikut. Pintu toilet memang sejak ade anak aku tak pernah tutup rapat 😁😁






Lepas ambil Razin di taska, pergi Aeon utk keluar duit and makan.

Harini Mak tak lupa amik dah huhu...


Nini came around noon to pick up Raul (to my relief). Lega la sikit. Yes, aku takleh kerja kalau Raul ada.

Plus, Raul being Raul, is quite a handful. You cannot do anything else if he's around. 

I'm so freaking tired today.

Kekadang rasa nak lari tinggal semua and nyorok seminggu.

Yeah.. That bad.


Bye



Alhamdulillah...

Monday, February 29, 2016
bismillah...




29 Feb 2016. Tarikh 29hb Feb ni 4 tahun sekali je datang and pada hari ini aku lupa amik Razin di taska for the first time!

I was so disappointed with myself. Masa sedar tu rasa hati remuk redam. Camni rupanya perasaan bila lupa amik anak kat taska. Yang herannya haram le sekolah nelefon pun. Huhuhu

Alkisahnya pagi ni memang busy cos Raul ada sekali.

Siap-siap pagi mandikan Raiq & Raul sebelum hantar babysitter. Selalunya kalau hantar budak pukul 8 lebih pagi tu aku tak mandikan pun. Tapi sebab memikirkan babysitter ku itu ada jaga budak lagi 2 orang, haii jenuh nak mandikan Raul and Raiq pulak.

Baby takpela lagi. Raul tu nak mandi punye la banyak drama. Jenuh.

Settle mandikan diorang, kemas2 segala baju dua beradik, susu perahan, warmer and botol susu, zasss drive ke rumah pengasuh di Taman Manjung Point 1.

Lepas hantor budak-budak 2 orang tu, aku zass ke McD drive thru utk beli brekkie wrap for breakfast. Lapo weh... Pukul 9 ada sesi dengan trainer kat gym.

Aku sampai awal so cardio for 40 minutes.. dapatla 3km gitu.

Pastu main-main besi plak... arini train untuk shoulder. Lenguh gila bahu! Benda simple tapi hazabnyer nak abiskan 3 sets.


Sejam lebih je kat gym, dalam 10.30-10.40 aku zass pergi kedai pulak dengan tak mandinya. hehehe... memang busuk peluh tapi lantakla kat kedai ade Hanis je.

Check order yang sampai, update payment customers for kutu and order dari whatsapp/facebook, then aku blah biar Hanis settlekan order website pulak. Aku balik umah around 12.

Kekonon nak mandila tapi tengok umah macam tongkang pecah so aku kemas la dulu... settlekan kain baju kat ampaian (xsempat lipat pun), kemas mainan budak2 and menyapu/mop ckit. Jadilah...

Perut lapo, rebus telur 2 bijik sampai ngadap laptop buat keje jugak.

Almost forgot that I boiled the eggs! Pergi dapur basuh tangan baru nampak periuk dah nak kering airnya. Gilo wehhh

Masa nak makan baru teringat anak. Sebab dalam kepala terfikir "Razin suka telur rebus".

I froze. Cepat-cepat call taska tanya Razin ada lagi ke? (takut dia pergi taska dekat situ utk transit ikut kekawan ke ape - xtau kenapa aku terfikir camtu) and cikgu dia jawab ada. Aku gitau la aku lupa nak amik and otw.

Jam pukul 2 time tu. Kesian Razin!! Dia habis kelas pukul 12.30 tengah hari and parents were supposed to pick their kids BEFORE 1pm. ni aku lambat sejam. huhu

Balik tu mandi, solat and sambung makan telur rebus aku tadi..

Pukul 3.45 petang keluar balik singgah McD drive thru lagi beli set makan utk babysitter (kesian dia jaga budak-budak ramai, ntah sempat makan ke idak) and untuk aku + Razin.

Amik Raiq and Raul pukul 4 petang camtu. Saje amik awal cos susu perahan dah tinggal satu and susu Raul pun kebetulan dah nak abis tinggal satu bancuhan je. Plus, kesian nak biar babysitter jaga lama-lama & kerja aku takdela banyak sangat so amik jela.


Ok that's it.


Itu lah yang berlaku dalam kehidupan seorang Nor Raihana pada 29 February 2016 ni.


Adios



Written By Ryehana
alhamdulillah
Sunday, February 28, 2016
Bismillahirrahmanirrahim...




Rasa macam lama tak menulis kat blog. Now tengah 'aman' sikit cos Raiq tengah tidur and 2 lagi hero ikut bapak diorang handover kunci kat tenant baru.

Haa rumah di Manjung tu asyik bertukar-tukar tenants je. Almaklum lah sewa mahal kahkah... bukan ape, nak bagi loan rumah tu takyah ditopup... so now semua bilik dalam Rumah Manjung ade aircond and dah ade kompeni nak sewa for their employees setahun. Jadilah.. setahun takyah mikir hal cari orang.

Anyway, we are still maid-less and I'm stressed cos I can't do much work while taking care of my kids.

Dah 2,3 minggu gakla aku tak mengadap kerja di kedai lama-lama. Masuk sejam dua je cos sama ada bawak Raiq or aku ade hal lain.

Raiq aku tinggalkan sekerat hari di rumah babysitter lama Raul. Leceh kan... Babysitter tu dah ada new kids yang dia babysat sejak kitorang amik bibik dulu. Haihhh dulu elok2 dah dia jaga anak2 aku je. Now ada budak lain, aku la kesian nak biar dia jaga ramai-ramai. Damn bibik. grrrr (smpai skrg marah lagi ni... astaghfirullahalazim!)

Susahnye nak memaafkan.


Masih lagi mencari helper yang leh mengasuh budak-budak ni di rumah. Last week seminggu Raul di kampung. Kitorang balik weekend je. Nasib baik lah 'kampung' tu dekat je, 40 minit dah sampai. Weekend ni bawak Raul jenjalan Zoo Taiping and bawak balik ke Lumut cos esok (Isnin) Opahnye ada appointment kat klinik. Mak Yang keje, Mak Teh ngasuh anak orang len tapi tak nak ngasuh anak sedara sendiri (dont ask). Bla bla... so amik la bawak ke Lumut. Nini kata akan amik Raul semula Selasa nanti.

This thing really stresses me out ok.

I want a nannyyyyyyy!!

Aku tak kisah sangat bab kemas rumah except for the laundry thingy (lipat kain, sidai kain) and preparing food for the kids during lunch. Bab mengemop, menyapu bla bla tu comes second. 1st and foremost, just take care of the kids.

Nak kena bayar gaji seribu jugak ke baru ada orang nak keje? Macam... err... agak mahal lah bagi aku. Cos aku ni keje fleksibel, most of the time aku balik tengah hari utk pam, makan, solat. Time tu jugak maid akan time out utk berehat & solat. Takdela kena perah tenaga teruk sangat? Hmmmm... pening pening...

Takde ke orang yg kurang kemampuan nak kerja and duduk sekali? Masa zaman mak aku dulu senang je dapat orang gaji... zaman sekarang ni susah betul cos orang sekarang memilih kerja. Stress mak


Dah malas pikir bab stress.

Selama aku menjadi 'work-at-home-mom' (again!) 2,3 minggu ni, memang la aku suka gak dok umah. If only I don't have to think of orders, parcels being packed carefully bla bla.. aku ok je. Masalahnye kena pantau gak keje staff/adikku itu... huhu


If only... if only... if only!

Hah. Berangan lah.


Update tentang #ananakkurus2016

- Berat masih belum berkurang kahkah... Baru 8 sesi. Grrr... susah nak meet up pun cos aku terkejar-kejar dengan kerja dan nak hantar anak orang jaga T_T

- Tak boleh control makan lagi. SUSAH. SUSAH dan SUSAH! kahkah... no wonder la tak turun-turun berat ku dari 83kg! =P


K dah bye.


Free-free sambung lagi blogging.


Iklan kejap:
Mencari pembantu rumah/pengasuh di Lumut yang boleh duduk sekali ataupun harian. Gaji boleh runding, please contact 0125280858

Thank you!


Written By Ryehana
Thursday, February 18, 2016
bismillah...





OBESE kau!

Sila sedar diri wahai Raihana oiiii




Berat seeloknya?



65 kg?

Pre-marriage weight nihhh

Tumpor le teman...

Demmm



Written By Ryehana
alhamdulillah...