Sunday, October 10, 2010

Macam-macam hal

bismIllah...


What a day...

Penatnyer arini... Menyapu rumah, mengemop lantai and masak...(masak?? haha)
Abis selesai mengemop, senak ari-ari... patutla orang kata pregnant women jangan buat kerja berat sangat. Tapi setakat menyapu and mengemop, takdela berat sangat kot? Tu pun aku selesaikan ruang bawah je... tak koser nak mengemas kat atas. Anyway, dah rest dah. Hopefully takde ape... huhu...

**Aku menyapu+mengemop time laki aku pergi cuci motor... Dia balik je memang terkejut tengok aku mengemop. So bukan la dia tak bertimbang rasa... aku yang gatal nak mengemop.

Hubby lak dari pagi beli sarapan and then pergi cuci Encik Nouvo kesayangan dia yang baru bawak balik dari KL. Nak dijadikan citer, last Friday Mr CC datang KL tumpang kawan sebab nak amik motor a.k.a Encik Nouvo... Elok la, motor tu pun memang dah 2 minggu tak gerak since ada Kancil...

Tapi, time aku nak bawak motor ke ofis (Mr CC datang dengan monorel cos kawan dia drop kat komuter Padang Jawa je), tayar belakang motor tu takde angin! Ape lagi... gelabah la aku... Aku suh Nini patah balik jumpa aku. Sementara tu, aku tolak la motor tu ke Esso berdekatan. Giler.... Letih ok! lame siot tak menolak-nolak motor ni...

Sampai Esso, pam angin tapi tak masuk. Rupanya kepala tiub dah jahanam. Terpaksa la tinggal motor jap kat Esso and cari orang tolong repair... Dari petang, sampai ke malam baru settle. T___T

Bawak gi ofis, Mr CC pun dah sampai... so sama-sama gerak balik. Itulah kisah Encik Nouvo yang dah merajuk dok KL. Duduk la engko di Lumut ni... heh.

Anyway...
akuarium dah retak ketika proses menukar air arini. Terpaksa beli akuarium baru...

Aku lega dah mop umah cos Mr CC mop tak memuaskan hati aku... Dahla tak nak sapu dulu, pastu bile mop, bukan nak bilas ngan air biasa... dibiar je hasil mop pertama ngan buih Fabuloso kering sendiri. Aku tak suke... kena gak bilas. Bukan cerewet, tapi... betul la kan??? :P

Malam kang nak kuar gi Giant beli barang-barang dapur... Dalam fridge tu ape pun takde... nak masak pun takde benda... so malam ni shopping!

Btw, semalam dah beli mesin basuh! Lega giler... Lagipun aku cuti sampai Selasa.. ape kejadah nak cuci baju kat kapal je kan? huahuahua... so, ape lagi yang tak cukup dalam rumah ni ek?

  • Refrigerator. Checked.
  • Washing machine. Checked.
  • Television. Checked.
  • Stove. Checked.
  • Display cabinet. Pending
  • Book shelves/cupboard. PENDING!! (must have!)

yang lain-lain (takde dalam list) lantak la dulu...


Hmm... macam seronok plak dok rumah buat house chores. Esok lak nak masak breakfast and hantar hubby depan muka pintu pergi kerja. Tak pernah merasa lagi walau dah kahwin masuk 4 bulan! T__T

Nini dah balik KL... tadi dia singgah Lumut untuk amik barang/pass barang-barang kat aku. Dia balik ngan Cik City (Hubby's car) cos kereta kompeni yang aku sewa time balik kampung kali ni Mr CC nak bawak... Accord kan... hehehe... Aku sewa H. Accord ni pun sebab Mr CC... Nak beli tak mampu... So, aku rembat la bawak balik kampung bagi Mr CC merasa drive and lanyak cukup-cukup... hehe... just for the record, i think a Honda Accord is a great car... walaupun 2.4 litre, fuel consumption is good. Ok la...

Esok aku kena pergi checkup kat klinik kesihatan di Sitiawan. Malas gile nak pergi tapi takkan la tak pergi kot... Nurse siap dah tefon suh datang cos sepatutnya aku pergi 2 minggu lepas, tapi lupe and takde masa...

Haih... bila lah nak transfer ke Perak ni... Bila fikirkan hal-hal berkaitan baby, mulalah aku tak sabar nak pindah Perak.

Know what?

Masa tidur di Beruas kelmarin, Mamito siap tunjukkan barut/bengkung yang dia dah beli. Ada besar, ade kecik. Yang besar untuk aku time berpantang nanti. Yang kecik untuk baby....

Alahai... cepatnye beli!!! Terharu aku... isk isk... nampak sangat Mamito tak sabar-sabar nak menimang cucu pertama... :')

K lah, banyak betul catatan aku kali ni. Bercampur-campur and tak ikut susunan. Hehe...

Till then....


P/S: Actually tengah teringin nak makan char kuey tiow kat Stadium or Hospital Seri Manjung or dekat cinema Sitiawan... tengok la kalau sempat pergi malam ni... rindu sey!

p/p/s: Alamak... malam ni ada siarang langsung wedding Dr Sheikh Muszaphar... Takleh miss!! huhu

Salam.


alhamdulIllah...

1 comments:

Peyzal said...

I think i saw u and ur hubby last night...

mkn kat char kuey tiow dpn hospital kan?

:)