Saturday, September 19, 2015

Back to work

bismillahirrahmanirrahim...



Habis je pantang, aku pun dah mula bekerja kat kedai. Tapi kejap-kejap cos ade Raiq kan... susah le nak lama-lama. Nak melayan customer camne kalau anak kita asyik melalak-lalak. hehe...

However, Khamis and Jumaat lepas (semalam) aku dah hantar Raiq ke baby sitter.

Baby sitter ni jaga Raul actually... tapi sebab Raul dah diangkut balik Beruas oleh Mamito since Ahad, 13hb haritu, dah 3 hari la tak hantar Raul ke baby sitter..

So, lepas cuti Hari Malaysia Rabu lepas aku decided try jelah hantar kejap. Camne nak buat kan, dah aku nak kena kerja jugak. Tak jadi kerja kalau kat rumah je.. dahle internet rumah lembab cos tak pakai streamyx hehe...

Khamis hantar Raiq pukul 11 pagi. Aku bekalkan susu ibu 3 botol; 3 oz per bottle and Medela cooler bag. Baby sitter kata dia letak je dalam peti ais. Okla... 3 botol tu tahan dari 11 pagi sampai 3 petang. Masa botol kedua, baby sitter dah whatsapp gitau botol tinggal 1 je. So aku pun pecut le buat keroje :p

Elok-elok masa amik Raiq, dia tengah minum botol terakhir.

Honestly, ni first time hantar anak kat orang and bekalkan susu ibu.

Masa Raul dulu, time dia 5 bulan lebih aku dah hantar ke baby sitter (orang lain, bkn baby sitter sekarang). Tapi aku bekalkan susu tepung je.

1. Sebab aku tak nak nyusahkan baby sitter. Raul tu banyak ragam. So aku tak nak dia penat jaga budak then nak bagi susu pun nak kena tunggu susu tu suam/panas pulak.

2. Aku sendiri pun takde stock ebm dulu... Masa tu Raul dah nak start solid food. So aku ingat tak yah la beria nak bg stock susu. Raul ok je minum FM

3. Sebab aku dah preggy anak ke-3 and susu drop.



Since baby sitter ok je bagi Raiq susu ibu, semangat aku nak mengepam! hehe... It felt so good. Such a relief actually... Cuma masalah aku ialah Raiq tak suka frozen ebm. Dia tak minum sangat. Dia jelir-jelir je lidah tolak botol. And dia tak nak sangat minum botol IF aku ada. Hehe normal la kan :p

Now aku memang sediakan chilled ebm 2,3 botol dalam fridge. Mana tau nak hantar lagi Raiq ke baby sitter next week?

Aku still ade frozen ebm btw. Berbelas2 plastik cos prepare untuk anak susuan; my niece.

Anyway...

Now aku kat kedai tengah tunggu customer pick up Ergo.

Dah nak pukul 3 petang. Kedai memang dah tutup tapi aku ade je kat dalam.

Tadi Nini singgah jap bawak Raul dari Beruas. Diorang nak jalan-jalan ke Aeon manjung.

Ni gambar baru kejap tadi:


Rindu Raul <3 p="">



Oh yes. Aku masih sangat gemuk.

Berat masa aku timbang semalam 83.5kg. -___-

Oh. Ni kali pertama aku pakai corset PB lepas beranak. Semoga cepat kembali ke bentuk asal. SEKSA gile weh nak sarung seluar dia. Dari terbaring, duduk and diri aku cuba. Tersarung juga. Kahkah

ok back to Raul

Sian Raul jugak. Rindu Mak. Asyik nak aku dukung... dia memang la sangat manja. No wonder baby sitter dia cair. Asyik tanya "bila akak nak hantar Raul.. Sunyi rumah dia takde.." tu pasal aku hantar Raiq. ekekeke... alhamdulillah la dpt baby sitter ok. Syukur sgt.

Oklah... aku better buat kerja lagi sikit.

till then.

adios



Written By Ryehana
alhamdulillah...

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)