Friday, September 11, 2015

Bestfriend sejati

Bismillah...



Found this on Facebook timeline.

Sapa pernah ada bestfriend macam nj?

Well, I'm blessed that I do. Bestfriend aku adalah my own sister, Nini.

Beza umur setahun sahaja. Aku lahir Ogos 1985, dia lahir Oktober 1986. Macam Raul and Raiq (my sons). Semoga mereka pun jadi bestfriend nanti.

Masa kecik selalu sangat gaduh. Aku tak suka Nini cos dia favorite Mak. And sebab aku awal sangat dapat adik kot...

Yong lahir May 1983... Dah 2 tahun lebih baru dapat adik (aku). Aku lak dapat adik masa umur setahun 2 bulan... (Kalau in future Raul is jealous of Raiq, paham dah la kan huhu)

Anyway, as we grew up, memang macam bestfriend la.

Aku abis SPM, sambung Diploma kat Uitm Penang. Nini abis SPM sambung Form 6 cos tak dapat sambung diploma ipta.

Masa dia dah habis STPM, dia sambung degree kat Uitm Shah Alam. Aku lak sambung degree lewat sikit cos ade extend satu sem diploma (ekekekeke), and satu penggal aku rileks jadi guru ganti cos takmo sambung degree mechanical enginerring... 

Lastnye sambung gak degree mechy walaupun tak nak.. Tak tau nak watpe, rembat jela offer yang dapat (which was such a good lesson anyway... Hopefully I'll never push my sons doing/studying things they dont have the passion on)

Nini was already in uitm shah alam masa aku sambung degree. I got the same residential college as her! Haha. Sama-sama duduk kolej Mawar. So memang la rapat, kejap2 merayap and tido bilik dia... Sempat jugak berbisnes sewakan dvd pada orang kikiki.. Cos we both are such movie buff, we bought dvds a lottt. And we downloaded a lot of movies back then...

Lepas dok kolej, duduk menyewa rumah plak kat Seksyen 7. Aku of cos la sebilik dengan Nini. Other housemates were Nini's classmates... Syok dok situ cuma susah bab transport jela cos takde motor awalnya... Pernah jugakla jalan kaki ke kelas kalau terlepas bas huahua... Tak jauh pun. Those were the days... Rindunya lahai...

Aku quit degree at the same time Nini dah habis belajar.

Masa Abg Ama ajak kerja kat KL, dia tanya Nini actually... But Nini being Nini, lebih selesa duduk Beruas and nak rehat-rehat dulu... So aku yang amik peluang kerja kat Hertz.

Lepas aku kerja kat Hertz, aku ajak Nini kerja sana juga cos ade customer Hertz tengah mencari staff. Customer tu Algerian but spoke fluent Malay. Ofis dia kat tingkat satu bangunan yang sama :)

So yeah, we ended duduk menyewa sebilik lagi... Dari aku belum kawen, sampai la dah kawen and preggy, semua berlaku masa kerja kat KL.

Dari merempit naik motor (Nini takde lesen motor btw) sampai la Mak bagi bawak Kancil cos kesian kat aku preggy naik motor bergegar2. Nini la drive cos aku penakut nak drive kat tengah KL. Kancil dahle buruk gile, berapa kali pernah mati enjin time ON THE ROAD! Giler maluuu kahkah.. Ohhh those were the times... Rumah sewa adalah flat murah kat sebelah IPBA tmn maluri... Jusco Maluri adalah tempat we frequented a lottt...

Time tu gaji aku basic seribu lebih je.. Campur OT bla bla dapatla 2k plus. Nini lak keje admin biase je, gaji dia 1.4K kot.. Tak ingat dah. Ok je.. Somehow we managed. Dia akan masak, and aku tukang kuar duit since gaji aku banyak sikitttt la dari dia huahua... And sebab aku tak suka/malas masak, aku prefer bagi duit je. Dia la tukang masak and melayan cravings time aku preggy...

Fast forward to now, Nini has always been a great companion.

Masa beranakkan Razin dulu aku bersalin normal.. 1st baby so blur le sikit kan. And sakit beranak normal tu memang buat jadi serik (time tu jela) and takut sangat... Dia la tolong check kan luka aku kat "tuttt". Aku masa dalam pantang tak sanggup nak tengok kot bawah tu cos fobia hahaha...

Masa beranakkan Raul pulak memang aku tak larat gile lepas operate...kat hospital, dia la tolong aku masa 1st time nak ke toilet after operation... Siap tolong basuhkan pad lagi. Selamba je pad aku yang berdarah dia cuci and perah-perah dengan tangan! Mana ko nak dapat 'pembantu' camtu? Aku sendiri tak sanggup cuci pad orang kot!! Kalau cuci pun takdela guna tangan, aku pijak-pijak dengan kaki beralas selipar jamban la kot... Errr... Hehe

Tahun ni aku 30 tahun.

Nini would be 29 on 4th Oct.

Mak risau cos Nini still takde boyfriend or calon suami. Memang dari dulu dia tak pernah ade bf. Tak pernah bercinta.

Pernah la arwah Mak Ngah nak halakan dia dengan sorang budak ni... An army officer (darat) and macam okla jugak. Penah sekali dating (mak aku ikut jadi chaperone btw) kat Taiping tapi didn't work out pun cos dia tak reti nak melayan. 

Boleh tak orang tu dok sms2 dia tapi dia wat dek? Or worse, she asked me "ehh amende nak balas ni?" LOL

End up aku yang tukang reply sms huahua (dulu2 xde wassap)

Pastu kalau orang tu call bole plak dia cakap "Ishhh call plak dah, amende nak cakap ni..."

Aku gelak macam nak mati hahaha...

Tu la dia bestfriend aku. Tak reti bab ngorat-ngorat ni... 

Semoga cepatla bertemu jodoh yang baik-baik. Yer, bukan senang oi nak dapat lelaki baik & beriman sekarang ni. I honestly do not really agree on arranged marriage. I believe you have to get to know someone you want to spend your whole life with. Kenal dulu...supaya tak kesal kemudian hari. Xperlu jumpa pun leh kenal via chatting ye..

So yeah, this blog is solely about Nini. I'm glad she doesn't read my blog. Kalau tak mesti kembang...

Aku memang tak ramai kawan... Seriously memang takde sangat. 

Hmmm... Tak macho lah aku tulis2 ttg dia cmni. Haha...

Ok bai


Alhamdulillah

0 comments: