Thursday, September 10, 2015

Catatan hari ke 44 berpantang

bismillahirrahmanirrahim...


10 September! Ya, hari ke-44 melahirkan (beranak pada 29 July, so hari tu dah dikira 1st day)

Esok merdeka lah aku...

Tapi despite the fact I'm at the end of my confinement, luka ceaser aku masih belum baik.

Malam semalam aku terkejut cos nampak ade benang (benang la jugak namanya walaupun ianya actually macam tali tangsi tu... keras) terkeluar dari luka czer.

Pagi tadi pergi Sejati, tapi rupa-rupanya Dr Goh masuk hospital cos ade infection kat otak. Was told by her nurse that "otak dia bengkak". OMG. Terkejut beruk aku... So Dr Goh takde... dia masuk Hospital Pantai Ipoh. I went to Dr Yeak instead.

First time actually pergi klinik Dr Yeak (also a specialist) and was greeted warmly by the nurse at the front counter. Bagus la. Sejuk hati aku haha...

But turned out Dr Yeak takde, diganti Dr Kama ke namanya... Doktor Melayu, lelaki. Alahai, segan aku... Padahal Dr Goh and Dr Yeak tu lelaki jugak, tapi kalau sama-sama melayu segan ler.... T_T

Anyway, buat bodo jela kan... dah ko desperate nak orang check luka. Kena bebel "akak tak cuci luka ni...." 

Ermm... aku rasa aku muda lagi okeh. Doktor tu beruban dah. Aku tak. HAHAHA. As for the cleaning of the incision areas, well... of cos la aku cuci. Masalah aku ni ialah kuat berpeluh and GEMOKS. Tempat luka tu kena tutup ngan perut yang menggelebeh. So still macam bertutup and berkuap. Ahh ape-ape pun lega doc bagi ubat, tolong cuci (kikiki) and clearkan benang2 yang 'getak' and mereput tu.

**Getak tu loghat Perak untuk jatuh (kot). Lebih kurang lah.. benang2 yang jatuh mereput gitu. belasah jelaaa...


Darah nifas tak habis lagi! Ermmm tapi memang dari dulu aku camni... 50 hari camtu baru abih.
Bosan tul nak pakai pad. T_T


Raiq. Ape nak update pasal si kenit ni?

Makin susah tido.Growth spurts I guess... asyik nak bergayut je. Letih aku cos aku banyak kerja nak buat.

So far Mamito ade kat sini tolong aku:
- tolong masak
- tolong tidokan Raiq
- tolong standby kat rumah jaga Raiq if I have to go out

Dalam keadaan mak aku ada ni pun aku dah terkejar-kejar jugak nak wat kerja. Camne lah aku nak kerja pasni dengan baby?? Mati weh.

Aku mengaku, aku memang WORKAHOLIC.

"Ko dalam pantang nak kerja hape ke? Duduk jela jaga baby elok-elok"

Haha... takde makna nak duduk saja. That does not apply to me.

Aku ni bukan kerja makan gaji. Bekerja sendiri dengan bisnes kecik (takde ramai staff to delegate jobs) memang membuatkan aku kena juga ambil tahu hal kerja dalam keadaan berpantang.

I mean, I love my work. I love it when people making orders, paying orders bla bla... and I really really strive to give the best by replying and taking action as soon as possible. That's me. Aku memang suka buat kerja cepat-cepat and tak berlengah.

I guess I'm a perfectionist too? - at least when it comes to my work. 

Masalahnya ialah kadang-kadang aku tak boleh la nak buat camtu cos I have a baby yang demand attention too.

Dah berapa kali mak aku bebel cos letak Raiq atas riba bagi dia nyusu sambil aku plak ngadap lappy balas email, order barang, proses order etc. Raiq dah melalak2 tapi aku biar je dia melalak atas riba aku cos aku ade kerja lagi sikitttt nak settlekan. My mantra would be "sekejap... tunggu jap..."

"Sekejap" should be 30 seconds. But sometimes aku terlajak sampai 5 minit. Huhu... bayangkan kalau baby ngamuk lama camtu? Hmmm...

Mak cadangkan untuk aku tinggal baby kat Beruas. She said, "Biar la aku bawak balik Raiq. Kat sana ade Nini, Diyana... aku pun ada leh gilir-gilir jaga. Kat sini kamu sorang dengan kerja tak habis-habis macam mana nak jaga dia... budak 2 orang tu lagi"

Well, of cos la aku tak setuju. ape ke he nyer nak hantar ke sana pulak? abis nak nyusu badan camne?

Cadangan itu sudah tentunya ditolak.

Pening wehhh... Takde ke sape2 nak jadi orang gaji aku? Aku kena work from home until Raiq 4, 5 bulan then baru lah aku hantar ke babysitter. Untuk umur sekarang ni terlalu awal... Mak suggest umur 2,3 bulan nanti hantar kat orang (or kat dia) tapi tak sampai hati plak... kecik sangat lagi. haihh dilema wehhh.

Ni belum lagi bab Hanis bebel-bebel kalau aku bawak baby ke kedai. Dia serabut la cos kena jaga baby yang melalak-lalak. Dia dahle anak bongsu kan, takde adik so tak reti sangat nak melayan. Haihhh...

Sangat-sangat perlukan maid.

K lah ngantok gile dah. Bye


Current weight: 84 kg

Current feeling: SEDIH LA COS LUKA TAK BAIK LAGI! takleh exercise, takleh berbengkung. Dahla gemok! benci... gemok and huduh gila... I am sad, angry and.... alone. :'(




Written By Ryehana
alhamdulillah...

0 comments: