Sunday, August 22, 2010
bismIllah...


Seriously I need help. I feel so bloated all the time. Kalau dapat release angin-angin dalam badan ni tak pela jugak... Ini kadang-kadan rasa nak sendawa tapi tak sendawa2 pun.

Apakah makanan/minuman yang buat kita berangin?

Aku tak tau sangat... Please, kepada mane2 mommy yang terer or ada pengalaman, please share. Letih sangat bila rasa macam angin satu badan. Nak kentut pun jenuh teran tapi tak kuar. Kalau dapat kentut tu, lega sangat-sangat. Same goes with burping.

Benda ni tak kelakar tau.

Terseksa ni...

:pandaGeli_21::pandaGeli_21:


Another thing, selamat ke makan kapsul halia? Aku ada beli tapi tak makan pun sebab Mamito cakap tak elok makan takut panas dalam.

Tapi badan aku banyak angin! Rasa kembung je sentiasa... perut rasa tak sedap.

Syukur tak terhingga bila dapat sendawa or kentut. Tapi macam tak cukup. Rase macam tak kuar abis angin dalam badan.

Bila perut rasa tak sedap and tekak rasa macam 'nak sendawa ke tak' ni, mula la rasa mual-mual and nak termuntah.

Tapi aku rasa problem aku adalah angin. Banyak sangat angin... ape yang aku bedal ek.

Sebab minum ais ke? err... hehehe... :">

Help!

If my dear gentle readers can list down food/drinks that I shouldn't consumed, it'll be great!

Thanks in advance.
:pandaGeli_32:


alhamdulIllah...
Saturday, August 21, 2010
bismIllah...


Kepala pusing. Memikirkan suami yang tak dapat dihubungi sejak 4, 5 hari yang lepas... Rasenya macam dah seminggu. But maybe less. Aku kan over. Rasenya baru hari Isnin dia berlayar (pelupa ya amat!). Dan sejak tu jugak tak dapat kontek cos suamiku di tengah laut sana... takde line tefon. Susah betul!

Yang buat lebih parah, maxis aku dah kena bar. Sebab tak bayar bil la ape lagi... Selalunya kalau jadi camni, terus call Mr CC. And dalam masa beberapa jam terus ok. Tapi sekarang?? Nak bayar camne... Mr CC takde! Dahle no akaun maxis pun tatau... semuanya Mr CC yang settlekan. Then, duit dalam maybank pun tak sampai RM50. Gile pokai dah ni... cepatla gaji... huhuhu... T___T

Kalau tak silap aku, Isnin ni dia akan berlabuh di Lumut semula.. Ni pun Mamito yang gitau. Aku siyes tak ingat bila dia masuk Lumut balik (pelupanya!). Ape punya bini daaaa.... :P

Tapi sindrom pelupa ni berkemungkinan besar sebab aku pregnant. Aku bace dari 'What to Expect when you're expecting' yang sindrom pelupa ni is to be expected. (banyaknye perkataan 'expect')

Seksanya bile phone kena bar... nasib baik la hp pink aku ada... and yang tu pakai celcom prepaid. Check punya check, ada la kredit dalam RM5 lagi... itu jela yang bertahan... huhuhu... Sedeyh nih.... :'(

Puasa?

Well... aku baru 4 hari puasa. Yang selebihnya tidak.

Alahan muntah-muntah bukan sahaja di waktu sebelum sahur, selepas sahur or waktu pagi, tapi juga di waktu tengah hari, petang dan malam. Membuatkan diriku lembik tidak bermaya... Haih... memang aku gagahkan juga (sebab pikir nanti tak larat nak ganti), tapi sesungguhnya body aku bukan tahan. Makan jela...

Cian baby... nak tak cukup makan...

K lah... nak tido. Belum kul 11 dah ngantok. Letih je manjang.... Tak sabar nak balik Perak Jumaat depan until 31 Ogos. Pre-raya holiday di Perak since nanti time raya tak dapat balik Beruas.

Malas la nak sewa kereta balik kali ni... Walaupun murah je kosnye, tapi... ahh... kena jimat duit!

That's all for now.

Salam.



alhamdulIllah...
bismIllah...



Ramai orang benci massive traffic di jalanraya... tell me, ada ke orang suke trafik jem? Tapi ada traffic yang orang suke... iaitu traffic jem di blog. Sebab ape? Sebab owner blog leh jana duit dari visitors yang datang ke blog dier...

Ok. Aku faham. Sape yang tak suka dapat duit kan? Tapi.... berpada-pada la...

Kelmarin aku MC so aku banyak masa spend untuk blogwalking... Macam-macam entry yang aku bace...

And then aku noticed la beberapa teknik yang orang buat untuk tarik pelawat. I'm fine with SEO and all that... I'm also fine with people leaving messages on shoutbox on comment box (blogwalking)... all in the name of traffic..

Tapi yang aku kurang gemar adalah apabila ade blogger yang sanggup ubah masa dia update blog so that entry blog dia tu akan muncul on top dalam BLOGLIST. Sebab most bloggers akan buat entry on top dalam Bloglist adalah yang paling recent... so blogger ni nak entry dia sentiasa on top. Kalau entry baru takpe la lagi (macam tak biase je ade orang update blog 3,4 kali sehari), tapi bila klik, eh... aku dah bace entry ni pagi tadi... sekarang dah petang pun entry same gak... ingatkan sambungan... so, I was very annoyed at that particular blogger. Kot yer pun nak kejar trafik, takkan la TIME/MASA update blog pun asyik nak diubah-ubah. Ini la first time aku jumpa orang wat cara camtu.

Come on la weh....

Another thing yang aku tak gemar adalah bila blogger menyiarkan isu yang kurang maklumat. Contohnye bila a certain blogger posted on his or her blog about isu halal/haram makanan. Biase la bulan puasa kan... benda ni memang hot. Tapi, without valid reasons or proof, patutkah benda itu di'publish'? Especially benda yang sangat arguable. Bila ditanya, rupanya diri sendiri pun tak sure... just copy paste... I mean, it's ok to share... Niat nak share tu bagus! But please make sure what you published has its proof. Tu je... biase la blog ni, kang tak pasal-pasal owner blog jugak yang naya cos sebarkan maklumat salah...

Aku faham yang entry-entry begini timbul sebab SEO. Maybe benda tu yang orang selalu search sekarang [cos bulan puasa=bulan makan], so kena la up satu entry tentang benda yang orang selalu search. Dapat visitors. Tapi... like I said... berpada-pada la... kalau info yang betul dan penuh info yang mantap takpe... tapi kes ni adalah sebaliknya.

Oh well... This is just my opinion. Sape la aku ni nak ngomel panjang-panjang about this. Aku cuma blogger picisan.

TAPI...

Aku rasa semua orang patut berhati-hati bila nak menulis or menyiarkan tentang sesuatu yang boleh dijadikan isu.

Renung-renungkan...


p/s: Bloglist di sidebar blog sedang mengalami perubahan/penambahan/pengurangan. Ade link yang dah takde, ada yang ada... akan diupdate dari masa ke semasa. TQ

Panda lover: Lebih rela update blog secara personal dari mengejar trafik. Biarla blog aku ni orang kutuk sebab citer arini makan ape, pergi mana, buat ape etc dari tulis benda yang aku sendiri tak pasti.

Salam.


**pembetulan: bukan semua orang suka trafik... ade je yang lebih suke orang tak bace blog dia cos dia jenis pemalu dan very private. that shows there are all kinds of people in this world.. ;D



alhamdulIllah...
Wednesday, August 18, 2010
bismIllah...


Hujan tengah lebat kat luar. Kilat sabung-menyabung. Guruh berdentum. Alarm kat kereta pun banyak giler went off. Bising. Sejuk pun same.

Since I'm just wearing a boxer and a short sleeve top, memang sejuk ar... ni baru amik sweater buruk yang beli beberapa tahun lepas di Kelantan. Dengan Cikgu Pah. Lepas gerak dari kenduri Abg Arif and Kak Farah di umah Mak Njang di Kuantan tahun 2OO7.

Tetiba teringat Cikgu Pah. Perasaan berbaur bila terkenang... tapi lebih kepada sedih. Haihh... malam yang berhujan ni memang buat aku melankolik sikit.

Maghrib tadi aku majlis berbuka puasa di Sime Darby Convention Centre. Alhamdulillah... walaupun takde la best mane, rezeki.... Balik dari situ aku suh diorang drop aku ke umah sewa. Tak payah Nini amik. Hujan lagipun...

Seronok berjumpa rakan-rakan other departments... Ramai menegur tentang my pregnancy... tahu dari Facebook mungkin? And some commented on my 'berisi' look. Huhu.. yer, badan memang naikkkkkkk...

Ini leh consider kurusssss le jugak berbanding badan aku sekarang...
This pic was taken early this year.


NOW??
Kita amik gambar muka jelah. Badan tak payah ye! haha



Masa aku balik kampung minggu lepas, aku baru tau yang orang pregnant takleh minum air tebu. Sungguh aku tak tau selama ni... Yang aku tau nenas jela. Dah sempat aku membedal separuh jug air tebu... moga-moga takde ape-ape...

Risau tentang kandungan... aku sentiasa risau... tahla... aku jer kot yang macam ni... dok risau tak cukup itu, tak cukup ini... tapi nak minum susu Anmum pun malas. Ape nak jadi tah... ok-ok. Mulai saat ini, aku MESTI minum susu Anmum at least sekali. At least tu... [nampak sangat tak lalu nak minum]

Apa taknya, mabuk aku tak abis lagi... Arini pun bukannya puasa. Muntah time nak siap pergi kerja. Peritnye tekak toksah cakap. Sampai kot hidung pun kuar muntah. Bayangkanlah... dahsyat tol alahan aku... takpe, moga dihapuskan dosa-dosa kecil... nama pun mengandung kan...

Masuk hari ni dah 4 hari tinggal puasa. Semuanya sebab muntah-muntah dan pedih perut. Kadang-kadang aku rasa macam dah okey... macam takkan muntah dah. But then there I went... throwing up a disgusting and smelly pile... urgh.

I guess this is how it is for now. Kena tahan jelah... Moga baby sihat sentiasa.. itu yang ku harapkan...

Hujung bulan ni nak balik kampung... Dah apply cuti dari 27th Aug smpai 31st. Balik Perak jap la since raya nanti tak dapat balik Perak. huhu...

Aku tak sabar nak tunggu branch Lumut bukak. Really can't wait!

Kepala hotak aku dok memikir mane nak cekau duit nak renovate dapur. Itu la bahagian yang paling aku geram cos tak kemas. Tahla... aku nak dapur yang perfect. Baru best... tapi ongkos tengah ciput... ape nak buat...

Aku bersyukur sangat Mr CC dah beli rumah before kahwin. Tak perlulah duduk dalam base. Dia pun kepala otak sama dengan aku, tak suke dok dalam base. Takpelah... nama pun baru kahwin kan... kerja pun biasa-biase... memang le tak berduit sangat.. nak pasang grill pun tak berkesempatan lagi ni!! Doa-doakan lah rumah kami selamat!

Ya Allah, murahkanlah rezeki hamba-Mu ini...

Hmm...

Aku ada lagi benda nak catat. But I forgot. Well, till next time then!

Salam.


alhamdulIllah...
bismIllah...

Rasa cemas dan tertanya-tanya di kalangan rakan sekerja kini sudah terjawab. Kegembiraan atau kesedihan? Ataupun kemarahan? Hanya mereka yang tahu...

Tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan. Walaupun terpaksa berjauhan dengan yang tersayang di waktu yang meriah, redha sahajalah..

Dengan ini, terbongkar sudah jadual waktu kerja pada hari raya nanti....

Aku dapat cuti pada hari raya pertama dan kedua sahaja.
Raya ketiga dah kena mula keja...
Sian kan... Ahad pun kena kerja.. :(
[PH=Public Holiday=Cuti daa]


Kesian kepada mereka yang perlu bekerja pada raya pertama.. huhu..

Alhamdulillah... aku okey jela ngan jadual ni. Sebabnya, aku sangat risau kalau aku kena kerja time raya. Naya oi... dahle first time nak beraya bersama suami dan keluarganya ni...

Berita tak berapa best adalah aku tak dapat balik beraya di Beruas, Perak. Huhu...

Mane nak membuatnye...

As for Mr CC a.k.a my husband, dia bercuti since 4hb September sampailah ke 11hb. So, raya ketiga pun dia kena kerja jugak. Bezanya dia dah cuti awal!!! Tak aci betul.

Sepatutnya dia kena berlayar and stay kat Langkawi selama sebulan lepas raya. Tapi tiba2 tadi gitau yang plan tu postpone... Hmmm....

Aku tak sabar nak pindah Lumut.

Eh, did I jot down here that Ipoh branch is not going to open?? hmmm tak ingat. Well, branch Ipoh tak jadi bukak. Sebaliknya nak bukak branch Lumut. Yee har!

Aku dah usya Marina Island masa balik hari tu... tempat tu pun masih dalam proses nak siap. Tak berapa siap lagi... Boss bajet dalam bulan Oktober aku leh la beroperasi di sana plak. I hope everything will turn out great!!

Anyway, lepas usya Marina Island (or shud I say the Jetty Complex?), aku ikut Mr CC singgah kapal dia jap... dia nak amik ape tah... lepak jela... lagipun aku taknah naik lagi kapal dia tu... So lepak2 le jap..


Please ignore the fat ass..
HAHA!


Kapal yang agak kecil berbanding kapal-kapal yang pernah ku lawati...
Bilelah leh masuk KD Jebat lagi...
Kenangan manis... cos melawat masa jadi budak KRS di SMKRS.


Serius seriau aku nak turun tangga ni...
Sebelum ni takde la takut, but since bawak budak ni.. risau je kang tergolek ke bawah.
Huhu


Suke benda alah navigator ni...
Klasik. :]



Bilik tempat melepak, tengok tv, makan bla bla bla...
Sempit tak macam Perantau... huhu



K lah, that's all for now.

p/s: Tengah gian nak tengok The Little Nyonya. Ni sume salah Mr CC. Dia kenalkan aku kat drama siri tu... dia save dalam laptop. And sepanjang kat umah last weekend, asyik tengok citer tu je... kan dah bengang cos tak sempat tengok abis! sebab tu aku tak suka tengok drama bersiri di TV.. eeee geram! geram! camne leh lupa bawak hard disk masa balik kampung aritu... :(

Salam.



alhamdulIllah...
Tuesday, August 17, 2010
bismIllah...


I am 25 years old today...

Dan hari ni adalah tarikh yang sama aku mula bekerja di KL. Dah setahun dah... :)

Perasaan?

Gembira. Next year insya Allah, I will celebrate my birthday with a child!

Agak sedih juga cos tarikh 17 Ogos jatuh pada hari bekerja.. so tak dapek la celebrate bersama suami dan keluarga...


Harapan?

Moga tahun-tahun mendatang menjadikan aku insan yang lebih baik dan berhati bahagia.

Sekian.


Salam.


alhamdulIllah...
Friday, August 13, 2010
bismIllah...


Yeah... hari ni bangun pagi 4.30 pagi dengan rasa ceria. Terbangun awal cos malam tadi tido awal gila... Kul 9 malam kot. Badan ni letih je manjang... Fyi, aku bangun sahur kul lima selalunya...

Baru lepas menyidai pakaian yang basuh malam tadi. Ni tengah mesin lagi baju kerja yang kena basuh asing. Settlekan semua baju-baju kotor. Maklumlah, nak balik kampung arini!!!!

Wah excitednya... aku sangat happy. Rindu gila kat umah. Kat suami. And nak sangat-sangat berbuka kat rumah... :D

Semalam aku tak dapat nak puasa. Nak wat camne, pagi-pagi dan muntah... And muntah lagi. Abis kuar makanan time sahur. Lapar gile lah. Perut pedih memang takleh tahan. So aku 'break fast'.

Well, semalam aku dan Nini 'berbuka' di ofis je. Yela, dah dua-dua tak puasa so tak payah la nak balik umah nak masak. Malas... kitorang pergi pasar Ramadhan yang ciput di Bukit Bintang untuk beli makanan, then makan kat pantry ofis. There were 8 of us including my workmates. It was fun!!! Best je makan ramai-ramai... :D

From left: Abg Suhailey, Rauf, Shuhada, Eja, Syed, Meor and me.
Photo taken by Nini.


Okaylah, I better stop now. Nini geram aku dok update blog while she's preparing for food to eat. Haha...

Yelah yelah... nak makan la ni. Arini nak puasa! Let's hope i can make it!

p/s: Just to note; Today is Friday the 13th! kalau omputeh haluan kiri mesti buat macam-macam ritual hari ni... huhu... tapi kita jangan caya... Hari Jumaat kan penghulu segala hari... may it brings us blessings from Allah. :D

Salam.



alhamdulIllah...