bismIllahirrahmanirrahim...
Syukur alhamdulillah... Aku dah berjaya melahirkan seorang anak. The joy of giving birth to a new life is... well, it's indescribable.
So here's a little notes on my delivery day:
AMARAN: Perenggan-perenggan di bawah mungkin mengandungi maklumat melampau dan terlalu jujur yang mungkin menyinggung perasaan/mengganggu certain readers di bawah umur (dan belum berkahwin?) especially perenggan berwarna merah.
So please be warned.
Aku dah start rasa contraction since 4.45 pagi pada 11 March yang lepas. Mula-mula rasa contraction every 15 minutes, then start dari 5.30 pagi, aku mula rasa contraction every 5 minutes. So aku tau la yang aku dah nak bersalin pagi tu. Syukur... sebab memang aku nak sangat bersalin hari Jumaat. :)
Aku masuk labour room around 6.40 pagi selepas nurse check bukaan dah 4cm (selukan kali kedua). Lepas kena seluk, dia terus suruh aku mandi, berak dan bawak baju baby masuk labour room. Aku dah asyik membuang air besar je sebelum tu, so lepas nurse masukkan ubat bagi berak tu, takdela aku membuang banyak sangat. Just mandi jela puas-puas.
Sebelum masuk labour room sempat mesej suami, Nini and Nyda gitau nak masuk labour room.
So, dengan perasaan yang sangatlah nervous, aku masuk bilik bersalin. Diorang letak CTG scan lagi di perutku untuk monitor heartbeat baby. Turun diletak alat untuk monitor contraction. Aku agak beruntung cos tak banyak rasa sakit contraction. Even bidan/nurse yang dok attend aku tu pun dok bising-bising kenapa contraction aku sikit and tak kuat. Aku untung la tak sakit, tapi yang susahnye adalah bila nak meneran... Teran bila sakit. Kalau tak sakit, takkan nak teran.
Around 7.30 pagi, air ketuban aku dipecahkan untuk mempercepatkan dilation and contractions. By this time, bukaan dah 6 cm. Bidan yang layan aku ni bagus la... tak terasa sangat pun dia seluk... sampai aku yang tanya, "Dah pecah ke air ketuban?" cos tak terasa. Lepas dah pecah air ketuban tu baru la rasa kuat sikit contraction... but still, not much.
Elok je air ketuban aku pecah, hubby masuk labour room. Dia takleh stay so dia just jumpa aku kejap bagi kata-kata semangat. Siap gitau dia nak pergi kapal jap. By this time, aku dah tak kisah sangat dia ada ke takde cos dalam kepala otak aku ada satu je... "Nak keluarkan baby". huhu...
Tapi bila ingat balik, macam syahdu and sedih la plak bila hubby takde bersama-sama masa aku bersalin. Hmm... tapi takpela. Nasib baik team nurses/bidan/sister yang jaga aku di labour room tu bagus-bagus and baik je... So takdela aku terasa teruk sangat.
Dipendekkan cerita, aku selamat melahirkan anak sulungku pada 8.53 am. Baby kecik je... 2.7 kilo sahaja. Bidan tu cakap, kalau aku pandai meneran, cepat je bersalin cos baby tak besar... Huhu... mane la nak reti kan. Nama lagi first baby.
Yang aku sangat terasa sakitnya adalah apabila baby dah nak keluar sangat-sangat. Adeh... seriau lak bila ingat balik. Koyak toksah citer la... Banyak sangat cos bidan cakap kulit aku nipis. Sebelum bidan gunting (episiotomy) lagi, dah terkoyak banyak. Huhu...
Part yang aku paling takleh blah adalah semasa kena jahit. Since aku banyak tear, so lama la nurse tu jahit. Sambil tu dia dok geleng-geleng kepala and nasihat suruh jaga elok-elok masa berpantang. Jangan sampai jahitan terbukak. Satu kerja plak nak jahit kali kedua! Huhu... memang kena bius and mostly tak terasa sakit. Tapi bila kat bahagian kulit tu, ya Allah... memang rasa sakitnya... urgh... ni part aku paling tak suka.
Lepas dijahit dan dipakaikan pad, aku pun dihantar ke bilik baru yang ada katil 2 bijik. Sebelum ni aku dok kat area katil 4 bijik. Baby pun dihantar masuk bilik. Masa ni aku rasa biase-biasa je... Tak rasa lagi bonding antara ibu dan anak tu... Yela, maybe sebab aku letih gile kot. Nak pergi dukung and peluk baby pun aku tak larat. Aku just baring je kat katil sampai hubby datang...
Aku just tengok je baby... sambil cuit sikit-sikit. Muka masa baru lahir ni macam muka hubby. Bulu mata lentik pun macam hubby. And then, after quite some time, my son, he opened his eyes. What a big black eyes! He looked around... and then he looked at me. Ya Allah... terasa something dalam hati ni bila mata bertentang... Betullah... hilang rasa sakit-sakit bersalin tu (sekejap).
Lepas tu baby tido balik. Pejam je mata tak buka-buka walaupun aku usik-usik.
Hubby came around 11-ish... He was beaming like crazy and I could see how happy he was. Syukur alhamdulillah...
Then dia kuar jap untuk tunggu Mamito, Nini, Diyana dan Nan datang.
So, around noon camtu (waktu melawat) semua dah berkumpul kat bilik aku. Nan busy amik-amik gambar. Mom was busy fussying over her first grandchild... my sisters were excited of the new baby. And I was happy. :)
The first time aku menangis since deliver baby adalah masa dengar suami azankan anakku. Ya Allah... tak dapat nak tahan rasa sayu, syahdu dan betapa bersyukurnya bila dengar alunan azan yang perlahan dan merdu tu...
Then hubby and Nan pergi solat Jumaat.
TV dalam bilik wad tu tengah on siaran langsung solat jumaat.
Betapa tenangnya rasa...
*******
I'm out of words right now.
Let's see some photos, shall we?
So, here's a little picture of my son.
For now, he's Baby Razin.

Tunggu dah daftar kat JPN esok baru kita announce nama penuh dia yer...
tengah tak sure dengan spelling... hehehe...

Love you both. <3>

Mak-mak saudara, bapak-bapak saudara dan sepupu yang excited tengok Baby Razin.
Abis kena kerumun.
Mak Cik Diyana takde dalam gambar cos dia kat dapur bancuh air untuk mak Razin.
:)
K, tu je yang leh upload.
Ni pun sumer gambar dari
Twitpic.
Takde masa lagi nak upload pic bebanyak...
Nama lagi dah ada anak kan.. hehehe...
And since dok Beruas, internet pun slow... that's why ler...
Apa-ape pun, terima kasih bebanyak kepada semua yang wish tahniah, good luck etc.
Kebanyakannya dari Twitter and Facebook.
Thanks, ya! Really appreciate it... first thing yang aku buat bila online adalah check 'mentions' di twitter. You guys are awesome...
I know, i know... macam tak caya Miss Panda yang selalu post gambar gedik tunjuk mata kaler-kaler tu dah ada anak kan??
Same here!!
But life... as we know it, it goes on...
Dari student, single... to married, working and a mother!
I'm glad I have most of my memorable memories in this blog...
I know I have lots of silent readers to my blog...
Thanks for reading my stories.
I'm happy to share my happiness with all of you...
That's all for now.
Assalamualaikum...
p/s: entry ni panjang cos maybe amik masa sikit nak update blog pasni...
So sesape yang maleh nak bace entry ni sampai abis tu leh ulang-ulang bace lagi esok-esok yer... HAHAHA...
alhamdulIllah...