Wednesday, March 9, 2011

Turun darah

bismIllah...


Subuh tadi macam biase masuk toilet untuk menyelesaikan panggilan-panggilan alam. Rasa nak membuang air besar tapi tak kuar so buang air kecik jela...

Time nak flush, aku nampak macam ada something di dasar toilet bowl. Eh, takkan tahi kot? Tak berak pun. Then bila tengok betul-betul, rupanya ketulan darah.

Ahh sudah.. cuak dowh. Amik tisu lap-lap kat Miss V, memang ada darah sikit. Berlendir je... warna pink.

Tapi tak sakit. And takde rasa contraction pun. Hubby cool je bila aku gitau hal ni. Dia still pergi kerja...

Aku dok fikir-fikir nak pergi kerja ke tak. Then I decide not to go. Called Mamito, and Mak cakap tu tanda-tanda nak beranak la tu. She told me yang masa dia nak beranakkan aku dulu, dia turun darah jugak. (barula aku tau kalau jadi camni, namanya turun darah ek?)... Tapi kalau ikut pengalaman Mak aku, dia turun darah hari ni, esok baru bersalin. I guess aku pun camtu kot?

So... aku tido jela balik... then bila pergi toilet untuk kencing still ada lagi cecair berdarah kuar dari Miss V. Mmm aku cool je cos tak sakit and baby pun bergerak je dalam perut. So, dalam kul 11 camtu baru nak mandi cos nak pergi klinik. Time mandi pun kuar lagi darah... tapi bukan darah hidup... still macam mukus tu... berlendir... Takpela, nanti tanya doktor.

Yong called. Dia suruh aku pergi hospital terus. Katanya dulu ada la budak kat tempat dia (dia keje kat pusat perlindungan wanita under Jab. Kebajikan Masyarakat) turun darah then diam je... tunggu contraction... tapi takde. Bila check lagi, baby dah takde cos lemas. Since Yong dah mencuakkan aku big time, aku pun zasss terus pergi klinik ngan Nini. Still pergi klinik swasta je... cos aku taknak pergi hospital. Aku rasa belum nak beranak lagi cos takde rasa sakit pun. Kang tak pasal kena admit and kena seluk-seluk berpuluh kali. No way.

Pergi Lumut jumpa doktor perempuan yang aku pernah jumpa dulu. She checked my tummy and the baby. Tu je. Takde seluk-seluk pun cos aku memang takde rasa sakit ape pun. Doktor suruh balik berehat and bagi MC untuk arini and esok.

Then, aku singgah ofis. Transfer segala duit balance petty cash kat Ganesh. Mane la tau aku akan beranak arini ke malam ni ke kan... senang la dah transfer duit petty cash kat dia. Kang nak guna duit jenuh kalau aku takde. Then hand over kerja sikit-sikit... pastu aku balik umah.

Mak datang petang tadi bawak bunga fatimah, air selusuh, bantal baby dan juga minyak afiat. Preparation untuk bersalin. Hmmm...

Malam ni twice turun darah lagi... tapi macam darah period jela... berlendir... bukan darah hidup.

Hubby tanya, nak pergi hospital ke?

Aku jawab, "Tak payah". Belum sakit... rilek je la dulu...

So sekarang ni dalam keadaan menunggu....

Menunggu dan menunggu....




alhamdulIllah...

9 comments:

bRaiN fReEzE said...

Hope sume ok la.. Mesti bercampur2 rase skang ni kan?

myaini said...

sy pun mcm tu tanda2 darah berlendir...pagi keluar darah....ptg baru p hospital...doc seluk dah 3 cm...admitted n beranak pagi esoknya.....
xpe, dun wory....gud luck ek..semoga slmat n dpt bb yg comel...dah deliver nnt jgn lupe update kat =D

bardboo said...

xpenah la plak tau pasal tumpah darah nie..huhu..take care tau..

cuna said...

moga sumenye dipermudahkan oleh Nya. selamat bersalin :) lps ni boleh la ana join club org2 berpantang pulak ;)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan :)

rAtu saLju™ said...

ko da bersalin ke?..hehehe

Fatehah A. said...

mintak2 sume nya elok.

deena awanis said...

selamat menunggu..i dulu bersalin 2 hari lepas turun darah..huhu

Mummy `Aish said...

Rai..kes awk kan sebijik cam sy..kuar darah tp tak saket langsung..tp sy terus ke hospital dan doktor bg time 24H utk bersalin coz da ade bukaan..tp ade gak org yg kuar darah..tak saket..tp takde bukaan..