bismIllah...
Ni entry tergendala namanya... Dah lama siap tapi baru ada masa nak update kat blog. Tu pun untuk rekod dan rujukan di masa akan datang hehe...
Ok. First sekali, kitorang pasang tiles kat porch. Itu benda pertama yang kami buat sebab simen tu makin teruk je rupanya and menyampah ade rumput-rumput kecik tumbuh.
Gambar sebelum pengubahsuaian. Waktu malam.
Ade tembok batu...and lantai porch tu takde letak tiles sampai ke pagar...
Masa ni husband dah cat pagar jadi warna putih.
Gambar lama giler... time pakai Cik City lagi haha.. grills pun takde lagi time ni :P
Warna asal pagar macam gambar. Grey with gold color at the middle.
Jenuh jugak survey sape yang amik upah murah ekekeke... yela, kitorang kan buat benda sikit-sikit. Ade duit baru buat. =P
Ni pun buat penambah-baikan since bulan Jan lepas government servant dapat bonus kan.. And husband dapat claim dia ke Sabah tahun lepas... So, laki aku pun menambah baik la itu ini...
Brother yang baju biru tu la yang kami upah untuk pasang tiles. Abang Rosli namanya.
Kitorang mintak dia robohkan sekali tembok batu since husbandku nak letak pagar je terus. Senang nak keluarkan dua bijik kereta... (almaklum bini dia ni hampeh sikit bab parking)
Kos pasang tiles dan runtuhkan tembok batu:
RM2400
(Rosli: 013-5201042)
Settle bab pasang tiles and runtuhkan tembok batu, kami mintak Abg Rosli ni quote harga untuk pagar plak. Di samping tu kami jugak mengsurvey la harga pagar yang kitorang mampu.
Memula kekonon nak pasang stainless steel gate, tapi most kedai yang kami survey quote harga sekali autogate mencecah 9-10K! Gile ke hape hahaha... Mahal cos pagar kitorang lebar (kan dah runtuh tembok batu huhu). Maka, tak jadi la nak berstainless steel bagai. Besi biase je udah. Jimat!
Survey punya survey, still tak jumpa yang kami mampu kahkah... Bajet ciput la katakan... So mintak tolong brother yang buat tiles tu cari juga kawan dia yang leh tolong bagi harga yang ok.
Akhirnye kami amik ngan kawan abg tu jer. Tapi buat pagar jelah semata-mata cos dia caj autogate mahal le jugak... dalam RM1900. Laki aku hold dulu autogate. Pasang pagar jelah dulu...
Kitorang pilih pagar yang boleh terlipat 4 tu... ape nama tah. Tak tau la aku istilah nyer ape.
Masa pagar sampai ade kesilapan sikit.
Kitorang request nak ade pintu kecik kat tepi dan juga mailbox di bahagian tengah pagar tu.
Tapi diorang hantar pagar macam biase je. REJECT. So diorang amik balik and tambah lagi...
Time pasang pagar...
Itu le pintu kecik nyer... senang nak buang sampah.
Ni plak peti surat. Sebelum lekat nombor.
Sekarang dah ada nombor rumah
Gambar mailbox dari sebelah dalam
Ni plak close up pintu kecik.
Simple je.
Kos pagar di atas (without auto gate):
RM2800
Okeh, rabak dah poket laki+bini bayor duit tiles/runtuhkan tembok and duit pagar.
So nak tambah auto gate le plak. Rata-rata kos pasang auto gate kat Manjung ni dalam RM1800-1900.
Maka, laki aku survey kat Mudah.my jumpa la orang yang pasang auto gate di Ipoh dengan harga affordable sekali wiring bagai.
Nasib baik le leh datang ke Lumut, so diorang la yang buat. Laki aku mintak diorang pasang doorbell sekali. Hal ini demikian kerana seringkali kami tidak sedar akan kedatangan tetamu di luar pagar rumah. Kalau strangers, diorang segan nak buka pagar (walaupun dulu memang tak kunci pagar pun, tutup camtu je).
And selalu sangat bila tefon pun tak angkat (biase le kekadang busy and tak pegang phone kan), so better la ade doorbell. Hon2 kereta tu macam kurang sesuai le plak. =P
Time tengah pasang autogate.
Alamak lupe amik gambo doorbell. Tapi standard jelah rupanya....
Nak buka sebelah jer pun boleh...
Nak buka dua-dua belah lagi la boleh.
Doorbell kat tembok batu belah kanan (gambar tak berapa jelas)
Remote auto gate dapat 3 bijik.
1 untuk lekat sekali dengan kunci motor laki aku, 2 lagi untuk Beetle and CRV.
Guna remote je leh control nak buka sebelah pagar (nak buka kiri or kanan or dua2 sekali)
Kalau suis dalam rumah memang untuk buka dua-dua pintu pagar.
Kos pasang autogate + wiring + doorbell:
RM1550
(autogate RM1400 + doorbell RM150)
Contact: Jefry - 016 533 6735
Yang masih pending dalam list adalah awning untuk porch ni. Masih hold cos kekeringan dana. wakakaka...
Sekian.
alhamdulIllah...