Thursday, October 2, 2014
Bismillahirrahmanirrahim


Sekarang kat Beruas. Sampai petang tadu sebab nak tengok Raul. Dia pun kena jangkit HFMD (masa Mamito amik Isnin lepas tak nampak lagi)



Tapi takde naik banyak bintat2 merah tu. Ade ckit kat jari and belakang tengkuk. And dekat lidah and muka sikit.

Sian adik.

Lepas geram menyusu dengan aku tak lepas2 malam ni... Huhu i love you baby...  Cepat la baik sayang2 ku semua. Sedih and serabut betul bila anak tak sihat.

Buat kerja slow and ada barang tak sempat pack and post. Aku harap customer paham la... Siap ltk status kt whatsapp and pic Razin kena hfmd jadi display pic.

Kat Fb pun kabor jugak cos nak org paham kalau aku slow bls pm tu ade la sebabnya.

Kerja still kerja macam biasa... Kedai tak settle2 lagi setup.

Dah sebulan dah dpt kunci ni. Huwaaaaa... Bz gila ah

Esok pagi nak kena rush balik Lumut semula cos ada appointment dgn salesman pukul 2. Nak kena settlekan pack2 barang utk pos sebelum dia dtg. Aiyark cmne eh dgn budak dua org ni xsihat? Hanis tu aritu aku tak tengok kerja dia time dia pack abis salah packing barang. Huhhhh penat semua nak kena monitor T.T

K la kena tido dah ni. Adios amigos



Kedaiku. Sneak peek.

Till then.



Alhamdulillah...
Wednesday, October 1, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...







Kesian Razin. Tetiba je kena HFMD. Padahal duduk rumah je pun. Aku perasan Sabtu malam dia ada naik merah2 kat tangan... ingatkan nyamuk.

And malam tu ada jugak dia ngadu gatal kat kaki, aku anggap gatal biase jela...

Esoknya Ahad, pergi open day Little Caliphs kat Desa Manjung Point. Razin main-main kat situ and lama gak melepak sempat aku nyusukan Raul sampai kenyang... On the way balik tu Hanis cakap eh ape benda naik kat mulut Razin ni? Tengok2 ade bintik2 merah tu. Then check tangan and kaki pun ada bintik2. Whoaaa sedih aku. Terus bawak pergi klinik.

Tak demam. Takde ulser dalam mulut masa check tu... kitorang pergi Klinik Diong btw. Tapi bukan Dr Diong yang ada... Doktor lain bangsa India... Maybe sbb Ahad kot. Doktor lain ganti. Doktor tu kata bukan HFMD. Dia bagi ubat sapu and ubat gatal.

Esoknya Isnin tak puas hati cos aku rasa betul la HFMD ni.. bawak pergi Pakar Ling plak. Betul telahan aku. HFMD. Ade bagi ubat sapu ubat gatal gak tapi takde pakai pun... bila letak terus budak tu bergaru so biar jela... tak letak. Aku sapu tea tree oil jer... and sekali ada letak calamine lotion.

Takde ubat kan... just wait it out I  guess.. Tunggu surut.

Patutnya arini (Rabu) 1st Oct aku hantar Razin pergi Little Caliphs. Tapi dah sakit, kena la duduk rumah dulu.

Baru je daftarkan dia untuk sesi tahun depan. Tapi aku cakap dengan teacher tu bulan 10 leh masuk dah ke tak cos takde orang nak jaga Razin time aku busy di kedai. Kat kedai aku bawak Raul je. Tak larat la nak handle sampai dua orang. Dahle kedai takde tv ke ape... mesti boring Razin nanti.

Kedai?

Yes, dah ada kedai. Tu next entry kalau rajin.

Wish I could have more time to blog.

Till then. Doakan Razin cepat sihat. Sedih jer tengok benda merah2 tu banyak naik kat siku and mulut. Ade jugak kat area bontot and crotch. Bila datang masa yang gatal ya amat tu sampai nangis2 Razin.... abis tu mak nak buat ape ajin.... T_T

Raul ada kat kampung, Mamito amik semalam (Isnin) cos takut berjangkit. Nak hantar Razin memang tak la cos dia pun tak nak balik kampung.

Tapi semalam Nini bagitau Raul meragam and dalam mulut dia ada merah2. Belakang tengkuk pun merah2. haihh risau plak aku... harapnya takde ape2 cos Raul memang tengah teething kot... asyik gigit jari and isap. Memang tengah gatal gusi.

Anyway, got to go. Adios.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Saturday, September 27, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...


Head aches.

Makin kerap lately.

Having one now.

Semlm nyaris tak black out masa kemas2 brg bizz. Nasib baik ada Hanis.

Kept thinking of death lately.

Al Fatihah to arwah Abg Lan yang baru meninggal beberapa hari lalu (Abg kpd arwah Yong Arnida-will add hyperlink once on lappy)

Aku asyik sakit kepala ni sebab ade penyakit ke...

Dah nak mati ke?

Allah... Sesungguhnya.... Dan sejujurnya aku memang belum bersedia nak mati. :( 

I kept thinking what if I dont wake up tomorrow?

What would happen to my children?

Tu paling aku risaukan... Aku harap ajal aku sampai bila anak2 dah besar dan berdikari. Sedih kalau anak2 membesar tanpa mak... Tqpi apa pun Allah je yang tahu... 

Ahh ape aku mengarut memalam ni...

But oh adik beradikku serta suamiku... Jika aku mati dulu dari kalian, please jgn bg org asing mandikan jenazah aku. Please... 

Haih cepatlah sihat...

Sakit sakit sakit kepala!!! 😭

Sakit baru ingat tuhan

Sakit baru ingat mati

Teruknya wahai seorang aku.




P/s: mungkinkah kerana sibuk dgn projek baru? Ntahla... Takut nk pg klinik... Takut tekanan darah rendah/tinggi. Huhu

Bukan ciri2 muslim yang baik bila takut mati. Nampak sgt cintakan duniawi yg sementara ni. Risaukan anak2 yang Allah pinjamkan... Walau anak aku tapi bukan milik aku. Milik Allah... Sebagaimana ape yang ada di alam semesta ni. Astaghfirullahalazim... Please forgive me ya Allah









Alhamdulillah...
Wednesday, September 24, 2014
Bismillahirrahmanirrahim



I'm so tired

My body hurts

My head hurts

I'm hungry but i dont have the appetite. I wouldn't drink or eat if it weren't for the stomach pain and the milk for Raul.


Now, my knees and thighs are throbbing. I don't know why.

Cepatla siap segala benda ni... 

Aku serabut gila dengan rumah yang macam tongkang pecah.

And pls understand what I meant with 'no visitors' at the moment.

Cos i'm freaking tired to tidy the damn mess.

Razin isn't helping.

Buat aku naik darah je bila dah kemas and dia sepahkan balik. So aku malas nak sakit2 hati... And there it is. 

My house.


Pening kan?

Yer. Aku sangat2 pening and CAN'T WORK in this environment. 


Argghh semoga cepat barang2 ni dikemas.


Alhamdulillah...
Tuesday, September 16, 2014
bismIllah...


Azam baru di bulan September?

Peduli hape aku.

My life, my resolution ler... hehe...

Anyway, lama tak update blog ni cos tuan tanah busy gila. Biase la... ape lagi alasanku? busy busy busy. Dah anak dua la katakan.

Now tengah busy macam-macam benda.

Jaga anak, uruskan bisnes, plan itu, plan ini. Woahhh memang super busy la wei. Tak pernah aku rasa busy and tepu kepala hotakku seperti sekarang ni.

Ni curi masa jap update blog cos Raul tidur and Razin tengah syok main and ade suamiku menengok dia.

Anyway...

Azam aku ialah:

1. KURUS. At least biar berat 64-65kg jer udah la. Ni still 70ish kot (aku pun lama tak timbang). Aku kena beli penimbang cos selama ni tak pernah beli pun so memang tak pernah serius le kot untuk kurus??? Bukan ape, aku dah rasa mengah and penat bila banyak ke hulu ke hilir... woi umur baru 29 kot! jangan tua sebelum masaaaaa

2. CANTIKKAN RUMAH. Ya, aku seorang wanita yang tak pandai menghias rumah. Muka sendiri pun tak berhias (aku memang tak mekap sangat lagi2 now since duduk di rumah je), nak hias rumah memang tak la. Dah la rumah aku penuh barang-barang berniaga. Wuwuwuwu... aku tau kemas and bersihkan. Tapi tak tau camne nak bagi cantik. Takpe... kita blaja slow2 di group deco. Ataupun, simpan duit upah interior decorator je udah! :p

3. URUSKAN MASA DGN LEBIH BAIK. Yup. I need this.

4. HAVE SOME 'ME' TIME. Ini adalah benda yang aku takde dapat. No date nights. No mommy-daddy outing whatsoever. Nada. Lama giler aku tak tengok wayang okeh!! Ni aku ni.. Raihana ke ni?? I used to watch movies in cinemas every weekend okeh... itu tak tegar lagi... Dulu masa Pavilion tu belakang tempat kerja, almost every night pergi tengok wayang. Siap kad kredit aku yg Eon GSC tu lagi hahahaha.... Well, masa alone tanpa anak ni MESTI ada. Tak dapat once a week pun, once a month pun jadi ar. Encik husband sila take note (remember how crazy i look when i almost lose it? so plsssssssss dont make me lose my sanity)

5. MAKE MORE MONEY. Need I explain more?



Cukupla la 5 je dulu. Nanti sambung lagi. Raul dah bangun. My time is up!

Bye!


IKLAN: Please follow instagram @mama_panda_store untuk update product baby terbest di pasaran. Yang penting ori yer... takde jual barang fake or imitations ;)



Written By Ryehana
alhamdulillah
Thursday, August 28, 2014
bismIllah....


This entry is long overdue. haha...

Nak review carseat Recaro yang awesome!

Kisahnya, Razin was carseat-less for quite some time since he outgrew his Safety 1st Baby Gold SX carseat few months ago... and I still haven't decided what carseat to buy to replace the old one.

The good old carseat was sold to a dear FB friend by the way...

The Recaro child items dah masuk Malaysia last few months. Ape lagi... rembat la sebijik... Husband plak perasan 'car racer'... so of course nak brand Recaro (Recaro ni sangat-sangat famous dengan seat for racing cars yang snug, safe and comfy)

So here's a review on Recaro Young Sport.

Recaro Young Sport - Cherry
Specification:

RECARO YOUNG SPORT CHERRY


The cherry fabric Recaro Young Sport has an easy operational recline position which is great for when your child is tired. It is also equipped with full side impact protection that supports the head, side and hip areas of your child in case of a collision.


FEATURES & BENEFITS OF THE RECARO YOUNG SPORT BOOSTER SEAT


  • Easy installation in your car using the 3 point seat belt system
  • Seat is suitable from 9 months - 12 years (9-36kgs)
  • 5 point child safety harness for children up to 18kg (up to 4years)
  • 3 point seat belt to be used for children over 18kgs (4 years +)
  • Excellent side impact protection for added safety if in a collision
  • Harness is automatically adjusted when backrest is adjusted
  • Easy operate recline position for ease of use
  • Removable insert cushion for smaller children
  • Excellent padding for comfort on long journeys
  • Removable and machine washable covers


Okey... tu info copy paste je haha... So this is a car seat for older baby... 9 months above.

Razin is 3.5 years old.

Memang ok dalam carseat ni. Tapi kerana anakku badan macam budak 5 tahun, memang kena remove insert cushion di seat tu... Kalau letak, agak sempit.


Budak happy dapat gadget baru

Masa first tunjuk kat Razin, dia dah excited dah. Fuhh lega. Tapi belum lega betul-betul lagi selagi tak praktik hehe...

So far sangat puas hati dengan material and design seat ni. Fyi, the car seat is made in Germany yer. Ada 4 years warranty lagi ;)


Ada recline jugak tapi tak banyak recline dia...

Nevertheless, I don't use this feature at all. Sebab??

The car seat is snug and fits my son perfectly!

The design does not make your child's head lolling around or tersenget-senget time tido.

Ok sangat.

It 'hugs' the child.

Comfy rate: 10/10 

(cehh pepandai je aku hahaha... macam la aku yang duduk situ HAHA... tapi kan, Razin tak complaint or tak protes pun duduk dalam carseat ni! Siap tido lagi and dia memang senyap dalam carseat ni... so I assume comfortable lah kan?? hehe)





"Mak, jom shopping kat Aeon??"

Test test...
Pakai macam ni kalau baby lingkungan 9-18kg yer.
Nampak klip merah yang clip seat belt kat tepi tu? 
Haaa... kemas je ada benda tu...




Haaa.. sedap je tidur tak sampai setengah jam. ;)



Angkat carseat ni pun cos nak balik raya dulu... Raya plak kat Pahang. Jauh tu nak travel. Sebelum ni Razin terbaring je kat belakang (time takde carseat) tapi now kan dah ada si adik, camne nak baring, mana muat. Tambahan lagi suamiku yang perasan 'car racer' tu bawak kereta memang... err... kering darah aku dibuatnya... So lebih baik dan selamat dengan meletakkan anak-anak dalam car seat masing-masing.


Di bawah adalah gambar suasana dalam kereta masa nak balik Raya last month.


Adik dalam Maxi Cosi Pebble.
Abang dalam Recaro Young Sport.

Ni masa baru nak gerak dari Lumut.





Haaa.. dua-dua dah tidur... ni masa berhenti isi minyak kat mana tah.. Dah sejam dalam kereta.

Yang adik tu masih belum biasa dalam carseat so asyik nangis (and aku suspect dia mabuk kereta? Asyik muntah je). So Mak budak kejap-kejap pindah ke belakang... duduk di tengah-tengah tenangkan si adik.

Abang Razin?

Alhamdulillah very well behaved.


Nasib baik jugak memang dah biasekan Razin dalam carseat since baby... So ok la... 

Tak banyak ragam.

Mungkin jugak sebab car seat Recaro ni best! ^_^


Recaro carseats untuk budak-budak ada beberapa model lagi...

Recaro Performance Ride (leh pakai dari newborn... model US and assembled in US, bukan Germany)

Recaro Young Sport (seperti yang ku review)
Recaro Monzo Nova IS (ni best! siap ada speaker lagi... and mahal ckit dari lain... kalau ade bajet, sambar yang ni terus :D)
Recaro Milano 

Sape-sape berminat, silalah order di MamaPanda.com. Ada stroller Recaro Easylife juga yer... Stroller Recaro Easylife ni macam Babyzen Yoyo dari segi compactness... yang penting cheaper than Yoyo hehe... Sesape berminat sila jengah. 

Nak order di FB Mama Panda Store pun boleh.



Best! silalah consider Recaro sebagai car seat for your child hehehe...


Sekian, dah malam buta tuan tanah tidur dulu ya...



Wassalam.

Written By Ryehana
alhamdulillah...
Friday, August 22, 2014
Bismillahirrahmanirrahim...

Sebak dan sedih je sejak tengok lintas langsung tv3 pagi tadi...




Below is how I feel... Credit to a talented FB friend, Azida Abuzar.



Alhamdulillah...