Wednesday, August 12, 2015
NBismillahirrahmanirrahim...

Entry tertunda cos mak Razin busy baru beranak time ni...

Lawatan Little Caliphs Sri Manjung ke Pangkalan TLDM.

Received a whatsapp message from his teacher;

Assalammualaikum W.B.T kepada Ibu bapa yang dikasihi sekelian. 
Berdasarkan takwin tadika pada tahu n ini, satu sesi  lawatan akan diadakan pada 6 Ogos 2015. Lawatan kali ini dirancang ke Pangkalan TLDM Lumut. Guru-guru dan murid-murid akan menaiki bas awam yang disewa khas untuk ke sana. Berikut atur cara yang telah disusun sepanjang lawatan.
0800 – Murid-murid berada di Tadika untuk sesi taklimat
0900 – Minum pagi
0930 – Beratur menaiki bas
0945 – Bas mula bergerak ke Pangkalan TLDM
1000 – Lawatan ke Markas Udara ( Aset Udara)
1100 – Lawatan ke kapal TLDM (Aset Laut)
1200 – Bergerak balik ke Tadika
1220 – Dijangka tiba di Tadika

Pada hari tersebut juga semua murid hanya diperlukan hadir pada SESI PAGI sahaja dan berpakaian sekolah lengkap (Kopiah/Tudung). Sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi kami melalui telefon atau whatsapp. Jazakumullahukhairan Kasiran


Tak update cos takde gambar. Ni baru jumpa gambar orang share kt FB.


Nampak ke Razin? Haha.. Belakang orang and terdongak sikit...

Aku rasa 90% dari budak2 ni anak-anak navy kikiki


Lepas tengok helikopter, naik kapal/bot (kapal ke bot??? Kecik je! Hahaha) plak.



Nampak ke Razin? Atas kerusi dekat teacher yang tengah menunduk. Rimas betul tengok rambut terkeluar-keluar dari kopiah. Comot jeeee hish


Tu je gambar yang dapat dikesan. Nape la deme tak whatsapp gambo. Huhh


Ni aktiviti sate buah hehe.. Aku save je asalkan ade gmbo Razin (yang baju hijau). Pakai baju sukan aritu...

That's all.

Bye


Alhamdulillah
Friday, August 7, 2015
bismillahirrahmanirrahim...


Have you ever felt so unappreciated?

You became bitter and cold.

Love turned to hate.

Despair.


Have you ever felt so down?

You cried your eyes out only to find nobody to comfort you... and you have to calm yourself from thinking or doing something stupid.

Have you ever felt that way?

And then you felt ashamed --- you're an ungrateful person.

Others had it worse.

You felt bad and selfish.

But you still are not satisfied!

Do I have to swallow all the pain? Will there be a way out? Ever?

You don't know.

You have no one to confide to.

You have no one to talk to.

And you're all alone.


Miserable.

Unhappy.


Tell me have you ever felt like that?

Like you could never be happy again.


And the thoughts brought shivers down your spine.


Written By Ryehana
Thursday, August 6, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ke-9.

Hari pertama tu kira masa hari melahirkan lah yer...

1. Done berurut 3 hari.

Alkisahnye aku mengalami engorgement of boobs since my baby didn't really want to direct feed.

Aku dah tuam tapi tak betul-betul lega. Well, time dah bengkak baru la terhegeh-hegeh nak panggil orang mengurut.

Makcik yang selalu urut aku tu tak dapat dihubungi le pulak. Maka, aku contact spa depan rumah ni. Spa Lurvely Beauty kat Bukit Permata. Amik 3 hari jer cos price boleh tahan... Huahua. Amik pakej urutan orang bersalin + hot stone massage since takleh bertungku (bertungku di sini bermaksud guna tungku utk tolak2 kat perut betulkan peranakan ke ape tah... Aku kan czer, so takleh nak wat)

RM110 per session x 3 hari = RM330

Alhamdulillah so far serasi dengan aku. And I love the hot stone massage! Sedap gila badan! =D



Badan rasa ringan and yang paling penting, susu dah lancar and takde bengkak or ketul2 lagi (seksa wehhh)


2. Done daftar nama baby.


محمد راءق الفا ته

Raiq : aku bagi nama
Alfatih : ayah budak yang bagi nama

Surat beranak kali ni je tempat lahir "Sejati Maternity & Specialist Centre". Yang dua orang sebelum ni kat Hospital Angkatan Tentera... Takpelah. Special case sikit... Kebetulan ade rezeki lebih, alhamdulillah...


3. Dah boleh mengiring.

Alhamdulillah... Czer kali ni tak derita sangat mcm dulu. Baru hari ke-9 and aku dah boleh mengiring susukan Raiq. Takleh lama-lama, but still boleh la tanpa sakit melampau. Dulu memang takleh langsung even dah 2-3 weeks! Tak tau la ape masalahnye dulu sampai teruk bebenor... Tu yang dulu aku heran camne orang cakap after 2 weeks dah ok. Aky tak ok2... NOW baru ok. Alhamdulillah syukur sesangat. Jalan pun laju je takde sakit sangat dah.

But, still takleh berbengkung. I tried compressive camisole too, but still hurt. So tak nak la paksa badan. Biar je dulu...

What else to jot down?

Mmmm tah. Tak ingat.

Adiossss


Oh ya! Tengok gambar ni baru teringat... Raiq dah botak today!

Sunat patutnya cukur kepala baby hari ke-7, tapi sebab bz and takde alat, tak buat-buat...

Hari ni aku ke Sejati cos nak doctor check luka czer (aku dah cabut sendiri pelekat kat luka cos masuk air... Patutnya appointment 7hb ogos untuk doctor cabutkan pelekat).

Balik dari klinik tu singgah kedai gunting depan rumah untuk cukur kepala Raiq.

Lega. Sebabnye macam ade 'cradle cap' in the making... Elokle botakkan je.

Hmm...

I can't wait to get back to work... Bukan sebab aku SUKE sangat nak kerja, tapi sebab risau and tak harap kat adik-adikku huhu... Padahal diorang ok je so far... Agak stress jugak bila takde kat kedai untuk monitor keluar masuk barang  and restock stuff.

Ikutkan hati memang le nak cuti je lelama.. At least 2 bulan ke.. Tapi macam takleh. Tengok le camne...

Till then.

Wslm
Monday, August 3, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Anak sulungku Razin dah diaper free di taska since early July. Tapi malam still pakai hehe...

Alhamdulillah.. Lambat la sikit (dah 4 tahun) tapi better late than never.

Mak aku bising "kome dulu umur setahun lebih aku dah tak pakaikan lampin. Memang le kencing bersepah tapi cepat je blajo nak kencing pergi bilik air"

Alaaa dulu mak pakaikan kitorang lampin kain. Memang le stop awal cos xlarat nak basuh. Hehehehe... Lagipun dulu2 ade orang gaji. Aku takde :p

Lega dah bab diapers abg long. Tipsnya kena beli spender comel-comel. Hahaha... Pastu puji "baru la hensem pakai spender, tak pakai pampers... Pampers mcm baby... Mcm adik... Razin kan dah besar..." 

Oklah. Kat taska dia tu ade je budak dah 5 tahun pun pakai pampers lagi. Aku teringat masa amik Razin dulu... Ni masa awal tahun la; ade sorang mak ni tunggu kat luar pagar sama mcm aku... Masa ni baru daftar taska gak la and aku segan cos Razin still pakai diapers. Aku tegur le dia, anak umur brp.. Pakai diapers lagi ke bla bla... Then she replied yang anak dia 5 tahun (boy) and still pakai diapers... And petang tu dia tunggu lama kat luar cos teacher taska tak pakaikan diapers kat anak dia...

"Teacher nyer tak pakaikan pampers pulak... Kang dalam kereta takut dia kencing.. Ni tengah tunggu diorg pakaikan balik"

"Oooo..."

Haaa... Ade je budak 5 tahun pakai diapers lagi! 

Nasib baik lah Razin dah stop pakai diapers kat taska sekarang. Alhamdulillah... Tu pun bapak dia la yang train lepas aku bising-bising. Mak tak larat cos dah sarat nak beranak ;p

Malam je susah sikit. But then, kitorang dulu pun even dah masuk sekolah rendah still kencing malam lagi huahua... So chill lah... Slow-slow...

Lega jugak hantar Razin kat Little Caliphs. So far nampak improvement dia... Islamic ok.. Hepi kalau jadi imam. Kadang-kadang kat rumah dengar dia menghafal bacaan dalam solat and 3 Qul. Suke sangat surah An-Naas. Funny sangat bagi dia ade banyak sebut "naas naas kat surah tu..."

English words pun dah banyak dia tau. Kadang-kadang terkejut sendiri bila dengar Razin said words in English. Yelaa aku takdela nak berspeaking2 pun... Most parents nowadays latih anak English dengan cakap kat umah kan... Aku tak... Maleh and awkward. Lagi plak laki aku suke main2kan usaha aku and counter dengan speaking Kelantanese pulak. Meluat. Hahaha

Ala mak aku pun kat umah takde speaking bagai gak. Terer je aku English time sekolah dulu... Ekekekeke...

What else to write about Razin?

Tu je kot.

Haih tak sangka dah 4 tahun lebih usianya. My firstborn. My first normal delivery... Ya Allah rindu sangat nak bersalin normal. :'(

Stress bila mikir dah 2x czer ni. Next baby confirm kena czer if beranak kat gomen. Kena la cari gynae yang leh layan wish aku yang nak VBA2C. 

Pehh awal gila dah mikir! Lol

Takdela... Aku nak anak dalam 4,5 orang... At least 4. So kena beranak lagi. Bab jantina tu tak kisah la cos Allah sebaik-baik perancang. Memang le nak girl pulak. Tapi kalau Dia nak bagi lelaki jugak, terima jela. Ade la sebabnya Dia bagi camtu kan... 

And if 3 anak je pun syukur alhamdulillah... Semua berlaku ade hikmahnya.

Bye for now


Alhamdulillah...




Sunday, August 2, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


5.55am

Baby dah tidur semula lepas bagi susu 60ml. Bottle fed. Formula milk.. Sebab tak sempat nak pam. Malam tadi aku penat sesangat... Hours of trying to coax him to suckle... Dapatla dia nyusu sikit. Pehtu tido or melalak nak botol. Geram betul aku cos dia maleh nak direct feed...

Bengkak susu pun yer... Stress gila. Nasib baik lepas tuam macam ok sikit. Sakit oi berbonjol2 jadinya... Nasib baik tak demam.

Aku dah tak ingat pengalaman masa Raul dulu camne... Memang bagi FM jugak awalnye cos aku tak larat nak bangun... Sakit gile kat tempat czer. And masa 1st czer dulu memang aku rasa teruk sesangat... Alhamdulillah this time aku larat jugakla bangun untuk pangku baby nyusu... Tho i must admit my back is killing me :(

Mamito has been helping me since day 1. Dia tau aku camne kalau penat... Budak kecik tak bersalah pun kena marah. Alhamdulillah so far I still can keep my calm... Ade 3,4x jela termarah baby cos dia takmo suck. Penat, bengkak and sakit pinggang... T.T

Aku belum start berurut lagi... Makcik yang aku slalu urut tu tak dapat dihubungi. So aku call spa depan umah ni je... Spa tu ade wat khidmat urut orang bersalin gak. Hopefully ok la... Dia akan dtg hari ke-7 nanti.

Nurse KKIA Sitiawan dah start datang melawat since Jumaat. So dah 2x datang. Arini Ahad pun nak datang lagi... Yang semalam cakap baby ade mild jaundice. Haihhh ni yang tak larat. Bab jaundice ni... Budak ni dahla takmo menetek sangat. 



Razin has been a great "abg long". Helped me to fetch stuff... Very loving towards his baby bro, and tolong kontrol Raul for squashing lil baby.

Raul? He's an adorable toddler... Dia sabgat loving tapi still tak reti nak control lagi. Semalam dapat naik atas katil seronok gila (katil has been off limits to him sejak dia cuba cepukk kepala baby). Excited tengok baby baru... And when I let him to get closer to the baby, he kissed baby's head. Awwww... Air liur Raul pun selambak jatuh atas dahi adik hahaha... 

Sian gak kat Raul cos Mak tak dapat nak manja2 and dukung Raul... Mak takleh angkat berat2 lagi... And Raul is 12kg-ish! Huahua


Alhamdulillah i feel so blessed with the 3 heroes.


"Hi... I'm the newest baby bro. U can call me Raiq"

Hehe...

Baby Raiq for now.



Nanti hari ke-7 baru kita umum full name. Dah daftar dah hari Jumaat lepas btw. Ayah kena settlekan cepat cos Monday ni dah start kerja semula. Ayah cuti seminggu je and dah cuti sejak tarikh due date aritu... Nak wat cmne kan, "Sedia Berkorban" 

Ok dah 6 suku pagi. Nak kejut orang Subuh.

Adios. 


Alhamdulillah....
Friday, July 31, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah baby dah lahir.

Baby sihat, aku sihat. Sekarang tengah struggle dengan penyusuan cos macam biase, kalau czer (mcm Raul dulu) memang susu lambat kicked in.

Czer?

Yes, another c-section for me.

Aku malas gila nak story bab beranak kali ni... Tapi untuk catatan peristiwa, aku taip jelah.

My feelings right now adalah sangat kecewa. Dahla kecewa, sakit plak tu. So sesapa tanya kenapa czer kt fb, memang aku malas jawab. Frustrated. Tapi dah tu nasib aku, terima jelah.

27hb July.
- due date. Doc wat VE. Nothing. Nada. No dilation AT ALL. Nak buat membrane sweeping pun takleh cos jauh lagi jarak serviks ke ape tah.. Jari doctor pun tak sampai.
- was told to come again the next day to be induced.
- aku sangat takut kena czer so i asked the doctor, what happened if takde buka? Dia kata selalunya buka cos aku bukan tak pernah melahirkan... Pernah je beranak normal. So.. Tunggu je sakit datang.. Mmm fine.


28hb July
- warded at 8.40am... Doctor came at 9.30am. VE again, but still takde ape-ape bukaan, so masukkan ubat untuk induce ke dalam miss v. Around 10 am gitu...
- Doktor cakap dia akan check balik pukul 3.30 petang kang. 
- Everything was fine. Aku still tak sakit-sakit eventho dah noon.
- At lunch and after that nurses came untuk bagi ubat "poopoo"
- Terus membuang lepas masuk ubat
- Still, sampai doctor came at around 4pm aku masih tak sakit ape pun... (Orang kata induce sakit kan, aku takkk!)

4pm, 28th July
- I was not in pain and bila doctor buat VE, takde bukaan! Doctor was surprised too.
- I was told that he could not give me another induction pill because:-

a) jarak kehamilan dekat sangat... And previous pregnancy aku dah kena czer. So takut akan ade kes uterine rupture

b) dah masuk satu ubat pun takde sakit ape... So most probably kalau letak ubat lagi still takde bukaan.

Maka, the doctor gave me time until that night... Tengok malam tu sakit beranak ke tak. And if takde sakit ape, dah pukul 12 tengah malam kena puasa la cos esoknye nak kena operate.

Nak tak nak kena operate gak la cos baby dah overdue. Aku lak ade GDM... Ni dah 2 hari delay dari due date dah pun.

Malam tu still takde sakit. Sakit nak berak, sakit baby gerak-gerak je... Takde pun sakit contraction or baby mengeras. Alahaii sedih dah.

Malam tu nangis after jam dah lepas pukul 12. I couldn't help it.

Bengkak biji mata bangun pagi tu. Sedih sangat... Sebab aku tau dah camne seksanya nak pantang nanti (ok time taip ni pun nangis jugak)

Dah pernah rasa time Raul dulu.. Memang tak nak sangat2. :((

Bangun pukul 4 pagi. Ke toilet, ade macam berlendir2 time lap miss v. Tetiba rasa ade harapan... Tapi malangnya sikit je benda tu.. Could be the result from VE dari doc sebelum tu...

Pagi tu doctor datang and wat lagi VE. Memang takde bukaan langsung. "Baby jauh lagi..." He said. Alahaii pasrah la. 

So deal nak operate pukul berapa etc...

Masuk OR pukul 9.45 pagi.

Baby keluar pukul 10.04 pagi.

Cepat je nak kuarkan baby... Nak tunggu jahit tutup dalam setengah jam. Around 10.40am I was back in my room.

Hubby was there the whole time during the operation. 1st time la dia tengok aku kena lapah hidup-hidup.

Doc bius import dari Kpj. Dr Ngah namanya tak silap aku... He was standing near my head when he said "ok cuba angkat kaki" 

I tried. Of cos tak leh la... "Haa takleh kan.. So kita nak start operate ya... Relaks shj" 

Ok. Dalam OR tu ade Dr Goh, bini dia Dr Diong and then ade Dr Ngah tu aka anaes. Nurses ade 3 orang.

Kali ni mcm pelik sikit biusnya... Aku rasa kebas-kebas and bole rasa doc sapu yellow liquid tu before dia start incision. But of cos la aku tak rasa sakit incision kan.. Gile kau hahaha

Cuma pelik sikit kali ni. Awal-awal tu dapat rasa... Dah start potong baru tak rasa. Masa Raul dulu, I didn't even know when the doc started cutting cos memang bius tak rasa ape langsung.

Baby lahir 3.3kg... Exact weight was 3.285 kg.

Another boy.



Tu jelah cerita kelahiran.

Tido satu malam kat situ then esoknya dah boleh keluar. Aku tak sabar nak balik eventho aku tau betapa tension aku akan jadi... Dengan bab susunya, dengan sakit perutnye...

Now i'm already sleep deprived cos susu takde lagi... Ade tu ade tapi sikit kot. Still colostrum warna jernih. Baby tak puas so aku sumbat je susu botol. Luckily clinic supplied 2 cans of Frisolac. So ade la susu backup.

I need my sanity rather than stressed about baby crying sbb lapa. Esok lusa baru ok susu aku ni...

Sekian. 

Till then.

Assalamualaikum
Monday, July 27, 2015
Bismillahirrahmanirrahim...



Hari ni due date.

27 July 2015.

Well, still belum beranak eventho dah bedal nenas almost sebijik, berjalan2, naik turun tangga etc.

Semalam sakit perut tu yer, sampai 2x ke toilet... tapi sebab makan nenas banyak sangat je kot.

Mamito came with Hanis today. Dia tumpang Hanis yang datang cos buka kedai (arini baru buka kedai).

Hantar Razin pergi taska, and memang plan nak hantar Raul pergi babysitter juga tapi pepagi tu babysitter sms ade urgent case nak ke Ipoh. So Raul dok umah dengan Mamito.

Husband and I went to Sejati Maternity Centre around 11 am. Sebabnye aku pergi kedai dulu settlekan benda-benda nak pos (sempat lagi tu)

Hari ni la 1st time laki aku teman aku checkup kat Sejati and tengok skrin ultra sound. huhu...

Berat: 94 kg.
Weeks: 40
B/p: 135/77

Mula-mula doktor scanned ultrasound.

Baby macam biase, ok je. Engaged. Air ketuban semua ok.

Then tibalah saat-saat yang ditakuti iaitu seluk/VE/vagina exam.

Doctor nak check bukaan serviks... sama ada dah lembut ke ape ke... and dia nak buat membrane sweeping jugak untuk cepatkan labor (without induce).


Nak wat macam pic ni...


However, this cannot be done cos memang takde bukaan langsung.

Doktor siap cakap, "Hmmm.. jauh lagi. Tak sampai"

Haha... jari dia tak sampai katanya. Takleh nak sweep pun.

Sakit gak lepas kena VE, tapi luckily tak sesakit macam nurse kat HAT buat dulu. huhu...

Balik rumah baru perasan ada darah. Tapi darah dari VE je, Bukan sebab nak beranak pun.

So, doktor aku suruh datang esok. Esok warded. And will be induced. Masuk pil kat bawah nun.

Haih.. ape boleh buat kan. Redha jelah.

To be honest, aku memang tak sabar dah nak beranak.

Inducing a labor ni memang banyak risiko.

Doctor sempat brief aku walaupun aku dah tau. Yeah, ade risiko jalan still tak buka... and dia akan bagi ubat sekali je cos kalau 2x takut nanti luka czer aku terbuka pulak. Sebab ade history czer kan... Rapat-rapat plak tu. So memang risky.

Alhamdulillah la dia tak terus suggest Czer. Meaning, dia still nak aku try VBAC.

Semoga ada rezeki untuk normal delivery. Insya Allah.


Till then.

Dah beranak nanti aku update lagi yer dear blog.

Adios.


Assalamualaikum...
Written By Ryehana
alhamdulillah...