Thursday, August 6, 2015

Hari ke-9 berpantang

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ke-9.

Hari pertama tu kira masa hari melahirkan lah yer...

1. Done berurut 3 hari.

Alkisahnye aku mengalami engorgement of boobs since my baby didn't really want to direct feed.

Aku dah tuam tapi tak betul-betul lega. Well, time dah bengkak baru la terhegeh-hegeh nak panggil orang mengurut.

Makcik yang selalu urut aku tu tak dapat dihubungi le pulak. Maka, aku contact spa depan rumah ni. Spa Lurvely Beauty kat Bukit Permata. Amik 3 hari jer cos price boleh tahan... Huahua. Amik pakej urutan orang bersalin + hot stone massage since takleh bertungku (bertungku di sini bermaksud guna tungku utk tolak2 kat perut betulkan peranakan ke ape tah... Aku kan czer, so takleh nak wat)

RM110 per session x 3 hari = RM330

Alhamdulillah so far serasi dengan aku. And I love the hot stone massage! Sedap gila badan! =D



Badan rasa ringan and yang paling penting, susu dah lancar and takde bengkak or ketul2 lagi (seksa wehhh)


2. Done daftar nama baby.


محمد راءق الفا ته

Raiq : aku bagi nama
Alfatih : ayah budak yang bagi nama

Surat beranak kali ni je tempat lahir "Sejati Maternity & Specialist Centre". Yang dua orang sebelum ni kat Hospital Angkatan Tentera... Takpelah. Special case sikit... Kebetulan ade rezeki lebih, alhamdulillah...


3. Dah boleh mengiring.

Alhamdulillah... Czer kali ni tak derita sangat mcm dulu. Baru hari ke-9 and aku dah boleh mengiring susukan Raiq. Takleh lama-lama, but still boleh la tanpa sakit melampau. Dulu memang takleh langsung even dah 2-3 weeks! Tak tau la ape masalahnye dulu sampai teruk bebenor... Tu yang dulu aku heran camne orang cakap after 2 weeks dah ok. Aky tak ok2... NOW baru ok. Alhamdulillah syukur sesangat. Jalan pun laju je takde sakit sangat dah.

But, still takleh berbengkung. I tried compressive camisole too, but still hurt. So tak nak la paksa badan. Biar je dulu...

What else to jot down?

Mmmm tah. Tak ingat.

Adiossss


Oh ya! Tengok gambar ni baru teringat... Raiq dah botak today!

Sunat patutnya cukur kepala baby hari ke-7, tapi sebab bz and takde alat, tak buat-buat...

Hari ni aku ke Sejati cos nak doctor check luka czer (aku dah cabut sendiri pelekat kat luka cos masuk air... Patutnya appointment 7hb ogos untuk doctor cabutkan pelekat).

Balik dari klinik tu singgah kedai gunting depan rumah untuk cukur kepala Raiq.

Lega. Sebabnye macam ade 'cradle cap' in the making... Elokle botakkan je.

Hmm...

I can't wait to get back to work... Bukan sebab aku SUKE sangat nak kerja, tapi sebab risau and tak harap kat adik-adikku huhu... Padahal diorang ok je so far... Agak stress jugak bila takde kat kedai untuk monitor keluar masuk barang  and restock stuff.

Ikutkan hati memang le nak cuti je lelama.. At least 2 bulan ke.. Tapi macam takleh. Tengok le camne...

Till then.

Wslm

0 comments: