Tuesday, May 4, 2010
bismIllah...


I woke up in the middle of the night... And then tak tau nak buat ape... Ntah kenapa, tetiba je rasa nak browse gambar-gambar lame...

Aku upload secara rawak...

kad matrik ku masa baru masuk sambung degree di uitm shah alam in July 2007



My bestfriend, Nyda... gambar masa aku belum sambung degree lagi..
Dulu sama-sama dok sebilik masa diploma di uitm penang.. :]



Masa bermalam di Hospital Seri Manjung temankan Cikgu Pah operate buang cysts..



Outing ke Low Yat teman orang beli barang-barang untuk setup komputer.
Nini pun ada...
Awal 2008?


Hoho.. this in in May-June 2007. Masa aku jadi cikgu sementara di SMKCB.
Jadi cikgu PSV and ngajar dari Form 1 sampai Form 5.
Siap pegang kelas Form 4 lagi tu! Giler...
Ni masa budak Form 1 nyer kelas.. budak dpn ni manja ngan aku...
Nak buat kerja pun nak menempek kat meja cikgu... =)



Gambar 2008 di Fakulti Kej. Mekanikal...
Bergambar dengan lif fakulti yang unik.
Tekan level yang anda nak naik dan tunggu di depan lif... (akan kuar lif A,B,C atau D)
So takdela tercangak2 nak ngusya lif mana masa kuar bunyi 'ting'
Unik kan? Kat blok engineering jer lif pesen ni ada... =)


Bunga ros yang aku pressed and simpan dalam buku teks Metallurgy.
Ini salah satu kuntuman ros yang aku dapat masa konvo from ex-bf. =)
Semangat untuk belajar nih... (time dulu ler...)


Gambar syok sendiri di Kafe 3, Fakulti Kej. Mekanikal Uitm
Testing contact lens Pure Hazel... cun gak warnanye...
potong je jerawat kat dagu tu... huhu


OMG! This is a nostalgic picture!
Back in 2003-2006 in Uitm Penang where we took our final exams here, in the open hall...
Laman Perdana, Uitm Penang...
And people say our campus ni macam shopping mall cos designnyer camni..
Leh usya-usya dari tingkat atas (ade 4 floors xsilap)
So, memang macam mall la bile sume dok usya pentas kat bawah tu kalau ada ape-ape events



Konvokesyen diploma 2007.
Si Ayu yang depan sekali tu baru ke kahwin... :)



Ni masa kelas bahasa Jerman!
ni masa level pertama... aku satu group dengan Anwar, Lutfi, Wani and Morris.
Wani and Morris je sesat budak Law amik bahasa Jerman. =)



Gambar ni dah 4 tahun...
Masa 2006 di Carrefour Seberang Jaya...
Dulu leh katakan almost everyday study kat foodcourt situ... haha





Salam sayang,


alhamdulIllah...
bismIllah...

Sonnet 46

by William Shakespeare

Mine eye and heart are at a mortal war,
How to divide the conquest of thy sight;
Mine eye my heart thy picture’s sight would bar,
My heart mine eye the freedom of that right.
My heart doth plead that thou in him dost lie,
A closet never pierc’d with crystal eyes
But the defendant doth that plea deny,
And says in him thy fair appearance lies.
To side this title is impannelled
A quest of thoughts, all tenants to the heart;
And by their verdict is determined
The clear eye’s moiety, and the dear heart’s part:
As thus; mine eye’s due is thy outward part,
And my heart’s right, thy inward love of heart.



p/s: Ade sesapa rajin nak terjemah poem ni tentang ape?? aku takut tafsiran aku berbeza... dan aku ada blur2 ngan certain ayat... any English teachers? maleh lak nak menggoogle... tapi sajak ni bermain-main di kepala hotak ku...

Tq...



alhamdulIllah...
Saturday, May 1, 2010
bismIllah...


Salam dear readers...

Pagi ni aku dikejutkan dengan perkara-perkara yang bagi aku angin satu badan. Sape follow twitter aku tau la... yang tak tau, takpelah... Anda takde rugi ape-ape...

These days, aku merasakan aku banyak giler rasa tak puas hati. Dalam banyak benda. Hal kerja, hal di rumah etc. Tapi mostly bile melibatkan orang lain. Rasa tak puas hati tu bertambah cos kita takleh nak tegur. You know, ade orang yang bukan jenis boleh ditegur. Ade je jawapan dia. Atau pun jenis tak makan saman... tegur la camne pun, tapi takde ape-ape kesan positif.

Adakah aku perfectionist?? Nahhh... I don't think so. Cos aku pun kekadang ade gak angin malas aku datang, aku buat cincai bancai je. Tapi, THAT doesn't happen a lot! Especially bila tiba kat kerja, of course la kena buat betul-betul kan.... salah sikit-sikit tu biasela tapi moga-moga ia tak berulang.. Kita pun manusia, bukan perfect. Mesti ada buat salah punyer la...

tapi macam mana kalau salah yang asyik berulang-ulang dan menyusahkan orang walaupun dah pernah ditegur?? Tak ke tension?

Buat kita malas nak tegur dah... but end up, diri sendiri yang susah sebab kena buat kerja dua kali!
I come to a stage yang aku rasa takleh nak harap certain kerja tu siap dengan elok if dibuat oleh orang-orang sebegitu.

Tu bab kerja.

Then bab lain plak...

Aku memang pemalas gak la... bukan nak kata aku rajin. Tapi aku tak suke tengok benda bersepah kalau benda tu benda yang kita share ramai-ramai. Yang orang lain pun guna.

Contoh kalau kat pantry, aku tak suke kalau cawan-cawan dah terpakai letak kat sinki camtu je tak berbasuh. Ingatlah, orang lain pun nak guna juga. Kalau dah pakai tu, cuci la balik. Benda common sense.. Lainla kalau busy sangat... tapi kalau dah lama sangat kat sinki tak berbasuh, tandanya ape?

Orang yang nak pakai tu la kena basuh balik. And then kalau dia berperangai hampeh gak, dia pun akan buat macam orang sebelum dia buat. Pakai tak basuh balik. Itu kalau dia berperangai hampeh laa....

So, apa kata dari mula lagi just cuci jelah cawan or other kitchen utensils yang dah diguna? Senang cerita. Benda yang dikongsi kena la bertimbangrasa sikit. Jangan ingat diri sendiri je.


Macam mana warden asrama mengamuk kalau dorm kotor, macam tu la yang aku rasa. Tapi maybe still xsama gak la cos warden bukan duduk sekali dalam dorm tu.

Atau... mungkinkah kerana salah seorang penghuni dorm bagi dia punyer almari baju untuk kita pakai maka dia rasa dia boleh lepas tangan bab-bab mengemas dorm cos dia nak kita buat?
Hey... that is so wrong, ok! Lebih-lebih lagi kalau kita tak mintak pun dia bagi almari baju tu...

Hoho... penuh perumpamaan entry aku kali ni. :)

Aku rasa aku nak create another blog untuk aku meroyan sepenuhnya... Blog untuk mengamuk sahaja. Blog yang orang tak tau. Huahuahua

Sebab aku takleh nak lepas rasa tak puas hati aku ni kat sesape. Kang kata aku mulut jahat lak. So baik aku lepas kat blog.

Tapi... kenala buat emel lain, blog lain, layout lain. ahhh malasnye....


alhamdulIllah...
Thursday, April 29, 2010
bismIllah...


AMARAN:
Jika anda seorang 'penggeli', baik jangan tengok gambar-gambar bawah ni...

aku ni semua benda nak catat.
Yela, nanti dah tua-tua aku ingatla bila aku dah mula takde gigi. huhu



BEFORE....



After removal yang menelan belanja RM120 (RM80 untuk cabut, RM40 untuk ubat),
gigi aku dah takde....


Giler rosak teruk! hitam-hitam dalam tu rupanya!
Dentist baru aku ni salahkan dentist lama aku cos tak cuci betul-betul before tampal...


Tengok akar tu... punyerla panjang masuk dalam gusi.
Walaupun dah cabut, gusi aku masih sakit menahan luka kena cabut...
Dalam ohhh...


Inilah dia rupa gigi aku dan serpihannya...

Aku harap ni last gigi aku rosak... Takmo dah... seksa!!


"You're gone..
You're gone..
Baby you're gone
Girl you're gone, baby girl, you're gone..
You're gone..
You're..."

*sila nyanyi ikut lagu Gone dari N'Sync*

T___T

(semangat kan aku berblog sampai sanggup ternganga-nganga amik gambar and letak kat blog? tak malu tol... dahlah huduh! muahahaha)


Petua nak hilangkan sakit gigi dan rawatan selepas cabut gigi;
  • Makan ubat-ubatan yang diberi doktor
  • Jangan makan benda panas pastu minum air sejuk dan berais secara serentak (gigi cepat reput weh)
  • Selalulah check up gigi.
  • Kumur air garam (ni aku paling tak suka tapi terpaksa buat gak)
  • Of course la selalu gosok gigi! (ini tak bermakna aku tak gosok gigi hokey!)

Nak selamat, carilah boyfriend dentist... selamat gigi kamu... hehehe...

Salam sayang,

alhamdulIllah...
Wednesday, April 28, 2010
bismIllah...


Sakit yang rasa nak hempuk orang adalah sakit gigi!!!

Muka sakit gigi.


Arghhh... aku terjaga 3 setengah pagi tadi sebab gigi aku sakit... Berdenyut-denyut sampai ke kepala rasanya. Bengang jer aku...

So aku mesej Aqram yang aku kena amik MC gak arini untuk cabut gigi... Habisle duit aku.... Oh, nasib baik boleh claim!

Dah tak tahan sangat rasenya... Gigi geraham aku ni memang dah rosak.


Ni gambar gigi molar @ gigi geraham kita...


Di bawah ni gambar gigi geraham kiri aku sekarang....

Buruk kan? Dah teruk sangat dah geraham tu... hitam-hitam dalam tu...
Actually, dia just tinggal sikit je.. (yg warna kuning dekat gusi tu jela gigi aku sebelum ni) then dentist aku buat mcm bentuk gigi balik...
Dia letak filling ape tah warna hijau...
Sekarang filling tu dah tak elok... dalam dah rosak...
Dah teruk sangat dah...


Rasenya, kalau buang semua filling tu, rupa gigi aku lebih kurang macam gambar kat bawah ni... or maybe lagi teruk? sebab aku dah takde gigi dah sangat

Sakitnyer.... urghhh



So, plan aku pagi ni just hantar Nini pergi kerja and then balik rumah menahan sakit sampailah klinik gigi Maluri tu bukak kul 10 pagi. Then cabut. Hari tu dia kata kena dalam RM80 lebih kot... Hmmm kena keluar duit dulu cos tak cukup cash dalam purse.

Moga-moga sakit gigi aku takkan datang lagi.... Awal bulan dah sakit dah... konon makan painkiller jer... tapi memang takleh la... kena cabut gak. Sayangnyer gigi geraham aku... T__T

Adoi... cepatlah siang...

Tak sabar nak kembali ceria....


abaikan jerawat dua bijik yg berada di dahi dan pipi


Huhu.... T____T



alhamdulIllah...
Monday, April 26, 2010
bismIllah...


I'm at the office now. Dah 6.30 lebih tapi tak balik lagi... I feel like I need to write down something...

I'm sad...

Hati tak seronok la...

Tak best pergi kerja...

Tak best...

Tak best...


Aku rasa sangat-sangat tak dihargai. T____T

kenapa tak paham-paham....


alhamdulIllah...
Sunday, April 25, 2010
bismIllah...


Have you guys watched Shutter Island starring my ex-boyfriend Leonardo Dicaprio? Kalau belum, sila beli dvd or tengok wayang sekarang... Aku baru je pas tengok movie dengan Nini... Beli dvd kat pasar malam Taman Maluri beberapa jam lepas...

Cerita dia memang best cos buat kepala otak kita ligat berfikir. Sape yang gila? Dia ke orang lain? Kenapa mimpi dia pelik-pelik? Kenapa doktor-doktor tu macam jahat?

Okeh.. meh aku tulis sinopsis sikit.

Shutter Island ni nama pulau yang ade sebuah insitusi mental di situ. Dan pada awal cerita, seorang US Marshal bernama Teddy Daniels (Leonardo Dicaprio) dan partnernya, Chuck (Mark Ruffalo) ditugaskan ke Shutter Island untuk menyiasat kes seorang pesakit yang hilang bernama Rachel Solando.

Teddy Daniels and Dr. Cawley (Ben Kingsley)


Movie ni dari awalnya berkisar tentang macamane seorang pesakit boleh hilang tanpa jejak... and then berkembang sampai menyentuh tentang kisah-kisah misteri yang dilakukan oleh hospital gila tu pada pesakit-pesakit. Lebih-lebih lagi bila doktor yang ada kat hospital gila ni sangat mencurigakan... macam melindungi sesuatu...

Sampailah kemuncaknya yang hero filem ni pun disabitkan gila juga.

And then, as the plot thickens, barulah kita tahu cerita sebenarnya berkenaan Ted Daniels ni. Haaa... nak tau ape citernya, kenalah tengok sendiri. Tapi part Ted Daniels punyer history ni memang aku rase sayu giler... sedih...

Bagi aku citer ni memang best la... Aku dan Nini jenuh berteka-teki sendiri bila tengok movie ni. 2 thumbs up!

Bagi yang dah tengok, ape pendapat korang ngan ending citer ni? Adakah dia masih gila atau dia dah tak gila?

Aku rasa dia dah sedar... tapi dia still buat-buat gila. Disebabkan last words dia tu...


"Which would be worse, to live as a monster or to die as a good man?"
Teddy Daniels a.k.a Andrew Laeddies


You decide.

Oh... truth hurts.


alhamdulIllah...