Wednesday, December 8, 2010
bismIllah...


Someone is thirty years old today...

Happy birthday, dear husband!!

^__^


Dah 30 tahun... macam tak sangka... tua dah laki aku ni... hihi...


Walaupun kadang-kadang bila dilihat pada rupamu, tak macam orang umur 30 tahun, tapi ubanmu yang dah mula banyak itu adalah bukti yang dirimu bukan muda lagi...
hehehe...


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dalam hidup ni.
Ana doakan jugak supaya keluarga yang baru kita bina ini bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t.
Amin.

.
.
.
.
.
.
.
Kita sudahi entry ini dengan gambar lama Mr CC masa student UTM
yang ku cilok dari FBnyer (kawan dia yang tag).

Aku tak tau la ni gambar kat mane and masa tahun bila...

Nyenyak betul tido pakai helmet.

Kehkehkeh...

When I asked him about it, he said that was because there were so many mosquitoes!
(nyamuk kan suke pergi kat telinga... kacau nak tido)

LOL.

Ntah ape-ape je laki aku ni... :P

jangan marah...


Yang masih muda,

alhamdulIllah...
Monday, December 6, 2010
bismIllah...


Last night, aku, Nini dan Nan tengok Ngangkung kat cinema Sitiawan. Kami bertiga je cos hubby duty. Sebelum tu pergi melantak char kuey tiow kat stadium dulu... Malas nak masak... Lagipun sampai umah di Lumut time Maghrib cos gerak dari Beruas lambat. Nini and Nan hantar aku cos esoknye (hari ni) nak amik Diyana kat Manjung plak cos Diyana off day.

Best gak citer tu... nak plak tengok wayang... orang pun ramai cos semalam Ahad. Riuh la panggung dengan gelak-tawa manusia. Yang penting, aku tengok citer ni cos takde amaran perempuan mengandung takleh tengok. Hehe... Citernya takdela seram pun (except part yang jembalang tanah tu nak kuar dari perigi. Semacam je aku tengok mata dia melilau-lilau).

Mostly memang funny la. Heh. Untuk aku yang jarang gile tengok citer melayu kat wayang, aku rasa... worth it. Cos memang akan gelak. :)

Mm.. aku memang tak reti nak review movie. Nak tau, tengok la sendiri. Tapi siyes watak annoying dalam movie adalah watak Suri a.k.a bini si Sam Shaheizy. Ape kenama pompuan tu... Eira Syazeira ek? Cantik memang cantik... But I don't like her voice. Huhu

Ok. Enuff about movies.

*--------------------------------------------------------------------*

Aku cuba nak tenangkan hati bila dibenci seseorang.

Aku cuba tak nak diri aku ni terkesan dengan caci-maki orang.

Aku cuba nak membenci orang yang benci sangat kat aku tu.

Tapi kadang-kadang, hati tak mengikut minda.

I could never hate that person... sebab aku masih anggap dia sebahagian dari hidup aku, kawan aku... mungkin?

Ntahlah... Tapi hati mana tak sedih bila dibenci oleh orang yang dia sayang?

Kawan semasa susah, senang...

Kadang-kadang aku hairan, bagaimana seseorang boleh merasa benci yang sebegitu dalam?

Berdendam...

Kau pernah baik sangat ngan aku. Aku pun pernah tolong kau. Kenapa jadi macam ni?

Sakit hati aku dengar kata-kata kesat.. maki hamun semua tu.. tak fikir ke? Aku ni kayu ke?

Pergi mati lah...

Aku pun dah malas nak peduli.

Buat la ape kau nak.


alhamdulIllah...
Sunday, December 5, 2010
bismIllah...

Semalam pas kerja, hubby hantar aku balik Beruas. Mainly because dia duty hari Ahad... so saje la bagi aku balik kampung. Dok umah sorang-sorang pun nak watpe... Tapi laki aku tak tido Beruas pun cos dia takut lambat pergi duty pagi ni.

Askar... tak abis-abis ngan duty...

Tapi takpela... ade chance lepak kampung... Aku pun dah tunjuk 'perkembangan' terbaru perutku kat Mamito. Beliau bising suh aku sapu losyen or minyak... Kalau ikutkan, memang aku dah fed-up cos aku memang malas nak buat benda-benda renyah camtu... Pulak tu, benda yang nak dielaknye dah ada... so macam no point...

But she said, "Itu baru sikit... kamu baru 6 bulan.. ko tunggu dah 7,8 bulan nanti.. kang pecah-pecah kat tengah-tengah perut tu pulak"

Uihh... takut la teman mendengarnya.. huhu... yer, memang dah ada stretchmark tapi bukanla kat tengah perut... dia kat bawah perut. Atas sikit dari ari-ari... pangkal perut yang tengah membesar... ade sikit kat kiri, and ada sikit kat kanan. Tengah-tengah takde... sekali imbas memang tak nampak cos bawah perut. Tapi kalau belek, of course you wouldn't miss them!

Aku dok search gambar-gambar orang yang ada stretch marks...dok harap-harap la tak jadi teruk sangat macam kat bawah ni:

This is 33 weeks pregnant stretch marks.

Setakat ni tak jadi camtu lagi...
So silalah menyapu perut ngan losyen/minyak bagai yer... MAYBE it's not too late! >__<

Now I understand la kenapa ada sesetengah perempuan tak nak mengandung and beranak.
Memang badan akan berubah sejajar perubahan hormon. Takkan sama dah. Yang dapat kekalkan tu sangatlah bernasib baik.

Ok. Stop citer stretch marks.

Erm.. macam tak sangka ye blog aku boleh berisi benda-benda macam ni?
Rase macam baru semalam aku baru terkedek-kedek nak buat akaun blogger dan berblogging di blogspot. Padahal it was in 2008!

Tetiba rindu blog lame aku kat friendster. Bebelan seorang student yang dok struggle belaja, masalah cinta, masalah keluarga...

Sekarang benda-benda tu dah macam tak penting lagi...

Macam entry ni la... tentang stretch marks... 2,3 years from now, mungkin entry ni pun dah tak penting lagi... yela, maybe aku akan dapat MORE and MORE stretch marks from 2nd baby etc... so this little discovery is no longer significant anymore. I would probably looked back at this entry and smile... feeling amused with my worries about stretch marks. Especially when there will be a lot more to be worried about in the future...;)

Because there will be more important matters pulak on that time... like learning the ropes to be a good mother etc. Kan? Love that about life. You'll never stop discovering new experiences... You'll never stop learning...

Like, how it amazes me every time I learn new things about my husband. Yeah, we've been married since June this year, tapi baru pertengahan November aritu yang kami akhirnya duduk serumah suami isteri. So, baru lah aku kenal suami aku ni macam mana orangnya...

It's a...well, it's definitely something... to learn new things from your husband. Now you know that you never really know him... until you lived together.

Sometimes he annoys me, sometimes he amazes me...

He annoys me when.. well, let's see.. for example, kadang-kadang suka hati dia je nak londeh seluar or tanggal baju kat mane... kalau kat depan pintu bilik air, haaa... kat situ la baju/seluar tu sampai ke sudah. Yang ni aku pernah tegur, "Aii... main jelui je seluar tu tak reti nak sangkut ke bang?". And then he'll tease me about the word 'jelui' cos he's never heard of it. Orang utara tau kan 'jelui' tu ape? Londeh la kan? Dok biar seluar tu tergulung je kat lantai... haaa gitu la laki aku...

But he also amazes me. Lagi banyak yang buat aku rasa kagum dari annoyed actually. For once, I never knew he can cook! So macam terkujat jugak la bila aku perati, laki aku ni rajin nak masak. Sungguh tak sangka. Lega pun ada gak la cos aku malas masak! Wakaka...

Ala... nak kata masak power-power tu takde la.. tapi... dia rajin ke dapur. Kalau tak masak pun (cos ape guna aku ni??), dia akan tolong aku. Setakat dah duduk bersama ni, tak pernah lagi la aku siang ikan. Dia yang tolong. Muahaha.. aku paling anti nak siang ikan actually... :p

Benda lain yang aku cam terkejut adalah... dia suka binatang. Yerla, sejak bujang dia ada bela ikan dalam akuarium. Pastu dulu masa baru-baru kahwin, dia plan nak bela kucing. Tapi aku dah terpregnant so tak jadi la cos pregnant woman takleh kena bulu-bulu kucing or uruskan kencing berak kucing kan... so postpone niat tu. Aku ingat dah takmo dah bela kucing cos nanti ada baby kan leceh nak jaga kucing lak... tapi hubby macam nak jugak bela kucing... Itu... tak tau lagi la kesudahannye.. hehe..

Benda ni macam biase jela kan? Ramai suke kucing. Well, aku pun suka kucing... tapi aku agak hampeh sikit cos kucing tak comel, kotor dan terbiar memang aku tak layan. Lagi-lagi yang aku tak tau apa asal-usulnya. Kucing tu selalu lepak katne.. guling-guling katne... and kalau tak comel tu lagi la... tak pandang pun. Nak pegang? Usah harap. Aku memang jarang nak pegang kucing yang comot-comot. Kotor. Tapi laki aku? Selamba je dok belai-belai kucing terbiar... tu yang aku kagum. Cos I'll never do that! (of cos I'll make sure he clean his hands after that!)

Macam Cruella de Vil pulak aku ni yer... huhu...

Oh well I guess life is like that. Opposites attract.

And now, since 3 weeks living together (after 6 months of marriage!), banyak yang aku belajar... Tengah belajar give and take... bersabar... and most of all, bertimbang-rasa. I'm still learning all that to be a good wife and heck it isn't easy...

Uihhh panjang le pulak entry ni... biase la kalau dah dok Berueh... idea mencurah-curah walau takde sape give a damn. Haha..

Peduli ape kan... blog aku... kuikuikui. Yang penting, ada catatan peristiwa yang aku give a damn di sini... ^__^

Salam...


alhamdulIllah...
Saturday, December 4, 2010
bismIllah...




It's a nightmare when I found out I already have stretchmarks from this pregnancy. At 6 months pregnant!! (another 3 months to go).

But heck, what to do... gotta live with it laaa... >__<

Dah jadi bertambah malas nak letak losyen or minyak segala... cos tetap ada gak. But then, dah genetik aku macam ni. Mak pun ada stretchmarks gak. Haihh... sedih cos rasa badan bertambah-tambah tak lawa... Dahle besor, gemok, pastu ada stretchmarks pulak. :'(

By the way, stretchmarks caused by pregnancy is more hideous than cellulite. Aku tau la cos aku ada selulit gak (you are most likely to have them kalau ko penah kurus and then jadi gemuk). Kalau selulit tu, warna dia light lagi and takdela kulit tu pecah teruk sangat... tapi, bila kulit stretch sebab pregnancy, warna dia terang... merah darah... or dalam erti kata lain, BURUK. HUHUHUHU.... T___T


But for you little one, it's a small price to pay to have you in my life.

Membesar lah dengan sihat dan normal. Amin.


Aku tak tau la laki aku ni just nak bodek or amik ati aku bila cakap aku tetap cantik dan seksi di matanya eventho dah besar gedabak camni and badan dah tak lawa... but I appreciate it hon... rasa lega tu ada la sikit-sikit. However, I no longer stood naked and looked/inspected myself in the mirror (I usually do this to check how big my tummy grows each day). It's depressing to find new marks when you're not looking for them! Urgh.

Oh well... You gain some, you lose some. To have those marks because of being pregnant, well... I'll live.

Salam....



alhamdulIllah...
Friday, December 3, 2010
bismIllah...

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).


Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Sumber


Aku demam sejak malam 1st Dec lagi. Tak tau kenapa, tiba-tiba je demam. Tapi besar kemungkinan sebab berpanas dan ber-aircond sepanjang hari.

Pulak tu, aku kena pergi check gula dalam darah on 2nd Dec. So malam sebelum tu kena puasa after 10 pm. Esoknya pagi-pagi kena ke klinik sharp kul 8am sebab nurse nak amik darah. Then aku disuruh minum air glukos. I hated it. Kena abiskan satu gelas besar air gula! Nak termuntah okey. Dahla aku demam, selsema lagi.. kena paksa minum air gula pulak. Ewww... nasibaik tak muntah. Cos nurse dan gitau awal-awal, kalau muntah bagitau diorang. Aku dapat rasa kalau muntah, kena pergi klinik lagi!! So aku tahan jela rasa nak termuntah tu. Abis gak 1 gelas air gula (yang manis gilababi!!) aku telan.

Then, kena tunggu selama 2 jam baru nurse amik darah lagi. Dalam masa 2 jam tu kami (ibu-ibu mengandung yang kena check gula dalam darah) dikumpul dalam satu bilik dan diberi briefing about diabetes. Well, punca aku kena pergi check gula tu sebab berat badan naik banyak. Naik 4 kilo... pastu check lagi seminggu lepas tu, berat turun 1.6 kilo lak. So.. diorang nak check gula dalam darah. Pulak tu, tengok history genetik, mak aku ada diabetes...

Anyway, diorang kata akan call waktu petang semalam kalau ada apa-apa... tapi takde call pun. So aku assume aku tak ada kencing manis la. Alhamdulillah... :)

Nak dijadikan citer, lepas je selesai diambil darah untuk kali kedua di klinik, aku masuk-masuk je kereta terus termuntah air gula. Abis basah skirt and tangan aku. Ingatkan just sendawa, tak sangka abis kuar sumer air gula. Nasib baikkkk dah lepas amik darah. huhu

Sebelum balik rumah, aku singgah beli panadol solubles. Seriously, kalau bukan sebab selsema teruk, tak hingin aku beli. Aku memang sangat tak suke minum air panadol soluble. Tapi sebab nak baik, beli jela. Aku jugak yang gatal nak balik cepat dari klinik. Sanggup tak amik ubat kat klinik sebab dah tak larat dok situ lama-lama... So beli panadol soluble jela.

Sampai umah, masukkan panadol soluble dalam air satu cawan dan minum. Lagi suku nak abis, aku sendawa dan muntah abis sume air tu. Abis karpet! Laki aku geleng-geleng kepala jela... (dia pergi kerja kul 11 cos kapal dia yang berlayar tu masuk kul 12). Abis, semua benda takleh nak masuk, camne nak baik?

So... Aku tidur jela sampai Zohor... dapat call kata ada customer nak amik keta the next day. Kena la aku bangun and ke ofis untuk get ready kereta. Dahla kad minyak takde, carwash pun kena bayar duit petty cash dulu... haih... cepatla abis duit petty cash... (tak sampai RM800 plak tu)

Arini aku di ofis. Dengan badan yang masih panas dan hidung merah, aku dah masuk ofis kul 8 pagi. Aku nak tunggu customer je... kalau aku masih xlarat, aku nak pergi klinik pasni and amik MC.

Tapi, bila fikir-fikir balik, rugi je amik MC. Kerja sorang, ape-ape hal pun, aku KENA JUGAK attend. Percaya laaaa... Kecuali aku kena admit masuk hospital. Jadi camtu baru la takleh watpe melainkan orang Penang attend.

Eh, aku tak citer lagi ke yang aku kena kerja SEORANG sampai 1st January 2011??

Yer, seorang. Dulu, patutnya ada seorang lagi yang akan tolong aku starting 1st Dec. Tapi since hujung tahun ni ramai orang clear cuti, so ofis Penang tak cukup staff. Rental assistant yang patut kerja ngan aku bulan ni kena cover manpower sana.

So.. aku agak stress di situ.

Kalau sumer benda dah setup, memang takde masalah.

Tapi, banyak tak settle lagi.

Carwash, pusat servis... semuanya kena bayar by cash buat masa ni cos takde wat akaun lagi. Kad minyak pun takde... bila nak dapat tah? Petty cash ada berapa sangat... Pastu portable credit card machine pun dah kena amik ngan Penang. Camne kalau ada deliveries? Camne nak swipe kad kredit customer? Lagi... mesin kad kredit kat ofis ni takde pre-auth ngan offline sale. Camne aku nak pre-auth kad kredit customer yang walk in?

Emel dah hantar about all those things. But respond masih takde. Serabut otak aku...

Dahla... banyak dah aku membebel.

Gotta go. Bye...


mane customer ni tak sampai-sampai lagi...

Tuesday, November 30, 2010
bismIllah...


No matter how you try, if that person still ketegaq jugak, memang takkan jalan.

Aku pentingkan persahabatan. Tapi mungkin orang lain tidak.

Berbaik salah, bermusuh apakan pula...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata??

Tahukah kamu bahawa kata-kata itu lebih tajam dari tusukan pedang?

Betapa sakitnya... hanya kamu dan Tuhan yang tahu.

Oleh itu, berfikirlah semasak-masaknya sebelum menghamburkan caci-maki atau umpatan.

.
.
.
.
.

Aku?

Biarlah aku tanggung sendiri.

Apa yang tertulis di sini bukan ape seratus-peratus ceritaku sebenarnya.

Tak mungkin aku cerita semua.

Salam.



alhamdulIllah
Saturday, November 27, 2010
bismIllah...


Hubby tak jadi ikut sailing... apat cuti 6 hari lagi sejak semalam... He's been helping me with my work. Tolong hantar aku collect kereta kat Orient Star and alih-alih kereta kat parking Marina Island. Muahaha... Tak bergaji yer sayang... Tapi takpe la, dapat bawak macam-macam kereta walaupun sekejap. :P

Arini pun ada collection kat Orient Star lagi... So hubby kena tolong hantar lagi... Yer, aku malas nak claim teksi ke ape cos aku pun tak sure teksi kat sini ada resit ke?

Anyway, kejap lagi nak balik Beruas cos nak pergi kenduri kahwin Noriza. Balik kenduri baru la pergi collect kete kat hotel cos customer tu nak pulang kul 1 petang... Mmmm terpaksa la wat camtu...

So petang kang pas collect kereta customer, kami nak balik Pahang.

Sian kat hubby... last time balik Pahang adalah time raya aritu. Memang dah lama la tak balik sana... Nasib baik la aku memang masih 'floating' lagi. Officially masuk kerja 1st Dec, so ok la...

Semalam rumah didatangi oleh Mak, Mak Njang, Pak Njang, Eti dan Amirul (amirul mesti nyibuk gak). Diorang melawat rumah kami... Nasibaik la Nini dah gitau sehari sebelum semalam so memang dari pagi kami dah mengemas rumah. Vacuum cleaner pun baru beli sehari sebelum tu. Wakaka... So umah memang clear la... hek hek...

The only downside was; tak cukup perkakas dapur. Yela, duduk berdua je kan... makan pun simple-simple. so tak teringat la nak beli mangkuk banyak2, sudu garpu etc yang mencukupi. Pinggan makan tu ade la... melampau la kalau takde. Mak bawak bihun sup... yang ada cuma mangkuk-mangkuk comel... tak cukup besar... oh well... Sudu pun nasib baik cukup! haha... nasibaik mereka memahami. :)

Contoh makanan simple di rumah kami.
Hehe... biase la aku... malas....
(tak tau kenapa gambar senget)


Malam tadi terus pergi borong sudu garpu. LOL. Yang lain nanti dulu... slow2... ;p

Semalam juga mencatat satu sejarah hitam buat hubby....

Ikan koi yang dia dah bela selama setahun mati... Cos ikan tu melompat dari akuarium. Akuarium lak tak bertutup...

Patutnya ikan koi memang bukan duduk dalam akuarium kan... tapi sebab takde bajet lagi nak buat kolam, so ikan tu dok jela dalam akuarium. Dulu badan dia kecik je... sekarang dah besar sikit.... aktiviti melompat pun lebih power la kot...




Lambat sedar yang ikan dah melompat...
Bila letak balik memang tak timbul dah la...


Sebenarnya nak bela kucing gak, tapi sebab aku pregnant, so tak jadi la...
And mungkin dah ada baby nanti pun tak bela kucing kot.
Susah plak nanti... huhu (aku dah la malas!)


Ok, that's all for now. Nak siap pergi kenduri. Byeee...



alhamdulIllah...