Friday, December 3, 2010

Not well... again.

bismIllah...

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).


Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Sumber


Aku demam sejak malam 1st Dec lagi. Tak tau kenapa, tiba-tiba je demam. Tapi besar kemungkinan sebab berpanas dan ber-aircond sepanjang hari.

Pulak tu, aku kena pergi check gula dalam darah on 2nd Dec. So malam sebelum tu kena puasa after 10 pm. Esoknya pagi-pagi kena ke klinik sharp kul 8am sebab nurse nak amik darah. Then aku disuruh minum air glukos. I hated it. Kena abiskan satu gelas besar air gula! Nak termuntah okey. Dahla aku demam, selsema lagi.. kena paksa minum air gula pulak. Ewww... nasibaik tak muntah. Cos nurse dan gitau awal-awal, kalau muntah bagitau diorang. Aku dapat rasa kalau muntah, kena pergi klinik lagi!! So aku tahan jela rasa nak termuntah tu. Abis gak 1 gelas air gula (yang manis gilababi!!) aku telan.

Then, kena tunggu selama 2 jam baru nurse amik darah lagi. Dalam masa 2 jam tu kami (ibu-ibu mengandung yang kena check gula dalam darah) dikumpul dalam satu bilik dan diberi briefing about diabetes. Well, punca aku kena pergi check gula tu sebab berat badan naik banyak. Naik 4 kilo... pastu check lagi seminggu lepas tu, berat turun 1.6 kilo lak. So.. diorang nak check gula dalam darah. Pulak tu, tengok history genetik, mak aku ada diabetes...

Anyway, diorang kata akan call waktu petang semalam kalau ada apa-apa... tapi takde call pun. So aku assume aku tak ada kencing manis la. Alhamdulillah... :)

Nak dijadikan citer, lepas je selesai diambil darah untuk kali kedua di klinik, aku masuk-masuk je kereta terus termuntah air gula. Abis basah skirt and tangan aku. Ingatkan just sendawa, tak sangka abis kuar sumer air gula. Nasib baikkkk dah lepas amik darah. huhu

Sebelum balik rumah, aku singgah beli panadol solubles. Seriously, kalau bukan sebab selsema teruk, tak hingin aku beli. Aku memang sangat tak suke minum air panadol soluble. Tapi sebab nak baik, beli jela. Aku jugak yang gatal nak balik cepat dari klinik. Sanggup tak amik ubat kat klinik sebab dah tak larat dok situ lama-lama... So beli panadol soluble jela.

Sampai umah, masukkan panadol soluble dalam air satu cawan dan minum. Lagi suku nak abis, aku sendawa dan muntah abis sume air tu. Abis karpet! Laki aku geleng-geleng kepala jela... (dia pergi kerja kul 11 cos kapal dia yang berlayar tu masuk kul 12). Abis, semua benda takleh nak masuk, camne nak baik?

So... Aku tidur jela sampai Zohor... dapat call kata ada customer nak amik keta the next day. Kena la aku bangun and ke ofis untuk get ready kereta. Dahla kad minyak takde, carwash pun kena bayar duit petty cash dulu... haih... cepatla abis duit petty cash... (tak sampai RM800 plak tu)

Arini aku di ofis. Dengan badan yang masih panas dan hidung merah, aku dah masuk ofis kul 8 pagi. Aku nak tunggu customer je... kalau aku masih xlarat, aku nak pergi klinik pasni and amik MC.

Tapi, bila fikir-fikir balik, rugi je amik MC. Kerja sorang, ape-ape hal pun, aku KENA JUGAK attend. Percaya laaaa... Kecuali aku kena admit masuk hospital. Jadi camtu baru la takleh watpe melainkan orang Penang attend.

Eh, aku tak citer lagi ke yang aku kena kerja SEORANG sampai 1st January 2011??

Yer, seorang. Dulu, patutnya ada seorang lagi yang akan tolong aku starting 1st Dec. Tapi since hujung tahun ni ramai orang clear cuti, so ofis Penang tak cukup staff. Rental assistant yang patut kerja ngan aku bulan ni kena cover manpower sana.

So.. aku agak stress di situ.

Kalau sumer benda dah setup, memang takde masalah.

Tapi, banyak tak settle lagi.

Carwash, pusat servis... semuanya kena bayar by cash buat masa ni cos takde wat akaun lagi. Kad minyak pun takde... bila nak dapat tah? Petty cash ada berapa sangat... Pastu portable credit card machine pun dah kena amik ngan Penang. Camne kalau ada deliveries? Camne nak swipe kad kredit customer? Lagi... mesin kad kredit kat ofis ni takde pre-auth ngan offline sale. Camne aku nak pre-auth kad kredit customer yang walk in?

Emel dah hantar about all those things. But respond masih takde. Serabut otak aku...

Dahla... banyak dah aku membebel.

Gotta go. Bye...


mane customer ni tak sampai-sampai lagi...

2 comments:

deena awanis said...

get well soon babe..

Ryehanna said...

thanks..

i'm recovering... huhu